Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama
Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ramai yang
berkata, aku seorang yang kuat. Aku seorang yang tabah. Yang cekal. Yang sabar
mengharungi dugaan-dugaan Allah s.w.t.
Benarkah?
Aku ingin
tegaskan di sini, aku bukanlah seperti yang kalian sangka. Aku tidak kuat. Aku
bukan seorang yang sabar. Aku bukan manusia yang tabah. Aku bukan insan yang
cekal. Bukan.
Ramai juga
yang bertanya, bagaimana aku boleh bertahan selama 4 bulan lamanya semenjak aku
disahkan mengalami PPROM sewaktu usia kandunganku 4 bulan @ 16 minggu. Walhal
kajian menunjukkan seseorang yang mengalami PPROM tidak dapat mempertahankan
kandungannya lebih lama dan berisiko tinggi untuk bersalin serta merta. Lalu
aku ditanya tentang kaedah yang digunakan oleh doktor untuk menyelamatkan
kandunganku semasa itu.
Aku juga
kerap ditanya tentang bagaimana Faiq dapat mengharungi segala kepayahan dan
kesukaran sewaktu pertama kali melihat dunia ini. Bagaimana paru-parunya yang
sangat tidak matang pada waktu itu boleh pulih dan membolehkan beliau bernafas
sendiri walhal aku sedia maklum kes sebegini mempunyai peluang yang amat tipis
yang telah diakui oleh para doktor dan para pakar perubatan kanak-kanak.
Bagaimana pedihnya hatiku perlu melihat Faiq setiap hari diberikan bantuan
pernafasan maksimum menggunakan ventilator untuk menyambung nyawanya.
Aku tahu, di
kala itu, tiada siapa yang dapat membantu. Bukan diriku, bukan suamiku, bukan
ibu bapaku, bukan para doktor, bukan sesiapa.
Jawapan pada
pertanyaan-pertanyaan yang diajukan kepadaku itu adalah satu.
Allah.
Keajaiban
Allah.
Allah yang
menyelamatkan kandunganku selama 8 bulan lamanya walaupun semacam tidak logik
apabila ditafsirkan dari segi perubatan.
Allah yang
menyelamatkan Faiq yang sedang kritikal walaupun
pasukan perubatan terhebat di hospital menyatakan sebaliknya.
Sesungguhnya
aku hanya mampu bergantung padaNya pada waktu itu. Dan doa-doaku kurasakan
sungguh ikhlas ku lafazkan, menandakan aku benar-benar berada dalam keadaan
terdesak. Menandakan aku benar-benar memerlukan bantuanNya.
Benarlah
Allah yang Maha Berkuasa. Dialah yang Maha Berkehendak. Dan kehendakNya mahukan
Faiq terus bersamaku. Dan kerana KehendakNya doa-doa ku yang hina ini
ditunaikan
Pengalaman mengajarku
supaya merendah diri seterusnya menepis egoku supaya terus memperhambakan diri
kepadaNya. Memohon dariNya dengan seikhlas mungkin terhadap sesuatu yang
benar-benar ku perlukan. Bergantung sepenuhnya pada Allah terhadap apa saja
yang tertulis dalam takdirku. Berharap pada keajaibanNya. Dan ya, keajaiban ternyata wujud. Padaku, inilah keajaibanNya. Diturunkan dalam
bentuk yang sesuai dengan keadaanku. Berdoalah, mohonlah dariNya. Insya Allah,
keajaiban juga pasti menjadi milik hamba-hambaNya yang terpilih.
The knot that remains till Jannah, Insha Allah. |
Keajaiban Allah SWT mmg susah nak dijangka kan fa.. Bila saya berputus harap, saya juga selalu berharap pada keajaibanNya. Alhamdulillah dan syukur untuk kebahagiaan fa..
ReplyDeleteAlhamdulillah, tapi kita pun tak tahu apa akan jadi esok ummi...Mungkin boleh jadi esok nasib Ummi lebih baik dari Fa. Kita tak tahu kan. Dan kita tak berkuasa untuk menolak takdir. Apa yang boleh kita buat cuma berdoa mohon pada Allah supaya kita akan terus dilimpahkan rahmat dan keajaiban yang kita tunggu-tunggu. :)
ReplyDelete