Bismillahirrahmannirrahim.
Dengan Nama
Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Tarik nafas
dalam-dalam….Lepas….Tarikkkk lagi…… Lepas… Fuh-Fuh, tiup tapak tangan sikit,
ok, sedia untuk menaip entri ini.
Hari ini 17
September 2012. Aku masih ada di rumah
berlagak seolah-olah aku mempunyai 10 pembantu rumah yang sedia menurut
perintah membuat housechores yang sememangnya tak pernah habis. Eheh. Baju
dalam bakul dah penuh, baju yang kena gosok pun dah siap gantung kat penyidai
yang ibarat hidup segan tak mati-mati, sambal
sardin tak masak lagi, karang abom boiiikkk balik nak dinner(Yes, aku tau aku
pemalas. Tu yang korang pikir kan??? Jangan tipu!) Lantai dah penuh dengan debu-debu kasih. Adoi
banyaknye kerja.
Tapi aku
masih lagi cool menaip blog dengan tenangnya sambil menghirup air soya sejuk
yang aku capai dalam peti. Eheh. Apa benda aku nak stori? Sebenarnya tak ada
apa yang menarik pun. Cuma kat sini nak buat luahan perasaan sikit tentang
kerja aku semenjak aku bertugas semula sejak sebulan lepas.
Apa yang aku
rasa sejak sebulan lepas sememangnya sukar untuk aku gambarkan. Bayangkan aku
dah lama gila tak kerja, lama gila tak borak dengan rakan sekerja, lama gila
tak update dengan status sekolah, sampai ada kawan-kawan aku yang dah mengandung
dan bersalin semula pun aku tak tau. Mana taknya, tengok figure diorang duk
lagu tu gak. Maintain je. (Yes, aku memang terasa kalau korang nak tau!)
Aku pun
seolah-olah hilang punca. Hilang kawan-kawan rapat, hilang students yang aku
pernah rapat dulu, you know, seolah-olah aku ni cikgu baru bagi diorang. Rasa
macam dipinggirkan pun ada jugak, tapi secara tidak sengaja la. (School
Buddies, kalau korang baca ni, ni bukan salah korang tau. Aku je menggedik emo
pikir jauh-jauh. Jawab paper Bio masa SPM pun tak pikir lagu ni tau.)
Oleh sebab
itu, aku suka duk sorang-sorang. Kadang-kadang lunch pun bungkus bawak balik
kuarters sebab aku rasa kekok nak sembang dengan member-member yang ada kat
kantin. Konon balik nak solat kat rumah,
lebih tenang. Ceh, alasan! Sebenarnya… Ehmm.. Sebenarnya… ( sambil kuis-kuis
jari kat meja tersipu-sipu) aku malu
sebab faktor bahasa yang berbeza dari orang-orang sekeliling. Paham tak? Tak
paham lagi? Meh nak detail sikit.
Bahasa yang
berbeza boleh menjarakkan perhubungan. Sebab tu kadang-kadang seseorang tu
lebih selesa pilih pasangan yang sama negeri, sama gaya bahasa. Memudahkan
komunikasi. Kan komunikasi tu penting dalam sesuatu perhubungan. Ok, bajet
kaunselor. Harap maklum, memang cita-cita aku nak jadi pakar psikologi. Anyway,
sambung balik. Sebab aku dah lama duk Klang, 8 bulan la lebih kurang, jadi
telor bahasa (Sila ambil perhatian, telor dalam konteks ini bukanlah telur ayam
mahupun telur burung unta. Telor = dialek) aku pun dah berubah.
Kalau dulu,
sebab kerja kat sini, bahasa pun boleh ikut dialek sini, dialek Terengganu.
Tapi bila dah lama tak kerja, nak pulak duk nuuunnn jauh di Klang, bahasa aku
pun dah fasih bahasa standard Bahasa Melayu ala-ala bahasa Buletin Utama kat
TV3 tu. Abih tu camno? Rasa macam pelik pulak kalau aku balas pertanyaan dalam
bahasa standard kalau yang bertanya tu guna dialek Pantai Timur. Mau je cikgu
tu bagi pandangan Gediknya-Budak-Ni-Cakap-Luar kat aku. Kalau aku cuba cakap jugak dalam dialek
tersebut, mau kena bahan pulak nanti, salah intonasi, lagi malu aku dibuatnya!
Hal ini telah terbukti sebab A.B dah banyak kali bahan aku sebab nak
cakap Terengganu tapi tak jadi. Huhu.
So, apa
pilihan yang aku ada? Diam dan menyendiri. Lalu aku dikenali sebagai seorang
cikgu yang pendiam lagi pemalu di sekolah padahal aku memang totally different!
Mulut aku ni kalau jumpa geng yang sebahasa mau halilintar dibuatnya!
Students pun
macam tu jugak. Masing-masing pelik
tengok aku berbahasa standard BM. Adakah aku seorang calon program On Air
mahupun sasterawan negara? Kadang-kadang diorang ajuk semula cakap aku,
contohnya :-
Aku : Kelas,
cikgu TAKNAK awak semua fail lagi dalam Addmaths.
Students :
Ye, cikgu, kami pun TAKNAK fail cikgu.. TAK NAK! TAK NAK! TAK NAK!
Ok, aku
sedar aku diperli. Di Terengganu, istilah TAK NAK tu kat sini orang panggil TAK
MBOH atau di Kelantan, TOK SEY. Memandangkan students aku ni rata-rata berasal
dari negeri-negeri itu, memang diorang suka la perli aku cakap luar. Huh. Apa
pun tak boleh.
Jadi macam mana?
Macam mana aku nak get along dengan diorang? Perlu ke aku terus berbahasa
standard BM atau cuba sedaya upaya jugak ikut dialek tempatan walaupun
keadaannya macam aku ni seorang desperado yang desperate nak ikut serta dalam
sesuatu perbualan?
Mungkin diam
dan bersendiri paling sesuai kot waktu ni sementara aku cuba mahirkan diri dengan
vocab dan intonasi Pantai Timur. A.B la yang kena jadi cikgu aku
walaupun aku tau aku pasti akan jadi bahan Maharaja Lawak dia. Whatever!
No comments:
Post a Comment