Monday, 23 July 2012

Faiq's Territory

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Mood entri ini adalah santai. Jadi bahasa pun agak pasar borong sikit. Hee~

Faiq! Faiq! Faiq! Agaknya mesti readers semua bosan kan..Asyik tentang Faiq je? Hmm.. masalahnya itu je yang bermain dalam fikiranku sekarang. Eheh..Boleh la kan? Layankan aje...Hihihi.


Entri ini hanya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang Faiq dan wilayahnya. Wilayahnya? Skema. Eheh. Faiq' Territory.. Faiq's belongings, Faiq's stuff, Faiq's things, whatever you name it. Check it out!

Ni Playpen Faiq. Nama pun boy, so warna pun boyish la. Blue colour ada orange sikit-sikit. In the play pen, we placed a mini cot just to make him feel comfy. So, malam-malam memang tido kat sini. Oh yes, this playpen is located outside of my room sebab besar sangat. Bilik aku pun dah sendat. Tak muat dah. Eheh.

Macam ni la ghopenye kalau dia tido dalam play pen ni. Demo jap. *Klik*Klik*



Tiga ni je lah mainan yang Faiq ada setakat ni. Hehe. Pathetic tak? Takkkkk...bukan kedekut tau. Just because Faiq ni sensitif sikit kalau mainan yang berbulu macam teddy bear ke apa.. since he has the history of breathing difficulties, jadi aku pun tak beli la toys sebarangan untuk dia. Anyway, these toys are useful untuk dia belajar memegang dan mendengar bunyi-bunyian.

 Haipppp...Jangan usik, ni Faiq punya!




Ni pulak diapers Faiq. Hehe. Sebenarnya Faiq dah guna macam-macam brand, tapi rasanya 2 brand ni la pilihan aku. PetPet dan MamyPoko. Selalunya PetPet ni aku pakaikan hari-hari biasa, tapi untuk malam atau untuk gi jalan-jalan Faiq guna MamyPoko. Ada bau-bau saving sikit di situ. Eheh.


As I mentioned before, Faiq memang dah guna pelbagai jenis susu formula sebab susu ibu dah makin kurang. Plus dengan perutnya yang memang cerewet sangat! Tukar macam-macam susu, still sembelit. Haih....However, this is the latest brand Faiq minum sekarang. Enfalac A+ Step 1. Faiq agak sembelit jugak waktu minum susu ni awal-awal. But dah lama-lama ok la sikitActually, Enfalac A+ ni recommended by Faiq's paed. Katanya bagus. Tak tau la.. No doubt, susu ibulah yang terbaik kan. :)


Ok, ni bouncer Faiq. Jenama Sweet Cherry. Ada bulan, bintang dan matahari. Mungkin motif inventors yang design bouncer ni adalah untuk mendidik babies jadi angkasawan satu hari nanti? Hehe.. Anyway, bouncer ni Faiq guna waktu santai-santai, petang biasanya. Teman aku surfing internet. Hehe.



Ni pulak perkakas yang digunakan untuk mengroom Faiq, selalunya diguna lepas mandi. Segala minyak, lotion, cotton buds, cologne, semua dalam container ni. Baby wipes tu untuk lap bila Faiq shee-shee. Eheh.
Eh, apa yang macam bunjut tu? Nanti aku explain. Next pic please!


Haaaa~ klasik tak? Kain batik dengan daun sirih. Eheh. Memandangkan Faiq ni memang Hero Kembung, (colic), mama telah berusaha keras menjadi bidan tidak bertauliah dengan menuam perut Faiq guna alat-alat ni la. Bunjut tu sebenarnya berisi jintan hitam. Petua orang lama, bagus untuk hilangkan kembung perut baby. Caranya, daun sirih tu diletak di sebalik napkin, lalu diseterika biar panas. Lepas tu tekan-tekan atas perut Faiq. Tuam la tu maksudnya. Then, guna bunjut tu pulak. Lalukan kat seterika, biar panas. Tuam jugak kat perut Faiq. Kurang la sikit kembungnya. Oh ya, untuk baby lelaki, biasanya disarankan untuk tuam sekali genital dia untuk elakkan angin pasang. Istilah orang dulu-dulu. Rasanya medical term dipanggil hernia kot. Kurang pasti. Correct me if I'm wrong :)



This is my precious Spectra 3 Double Breast Pump. Spectra 3 ni aku guna time susu tengah meriah dan melimpah ruah dulu. Huhu. Tapi zaman tu dah berlalu. Sekarang aku masih lagi guna pump ni untuk buat relactation just untuk stimulate susu semula. Teringin nak Faiq membesar dengan susuku sendiri. Tak dapat fully, partially pun orait la kan?



Memandangkan aku ni pun agak terkial-kial jugak bab-bab menjaga baby ni, especially premature macam Faiq, aku perlukan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku ini untuk menjadi ibu yang lebih bertauliah. 
Yeah!



Dah macam hospital kan? Ni adalah ubat-ubatan Faiq sepanjang 5 bulan ini. Macam-macam ada! Sebut je korang nak ubat apa, Faiq ada. Eheh. Ubat gatal, ubat sembelit, ubat demam, ubat muntah, ubat kembung, ubat kahak, ubat batuk.. semua lah! Tapi aku tak la biasakan sangat Faiq dengan ubat-ubat ni. Kalau keadaan memaksa sangat je aku bagi. Kalau biasa-biasa tu, aku hold on dulu tengok dia boleh recover tak.. Kalau boleh, tak payah la bagi ubat. Bagus untuk build up his own antibody.



Kenangan.... :)  Ni la bekas-bekas kecik yang aku isi susuku untuk Faiq sewaktu dia di NICU dulu. Dan itulah ice box yang aku guna untuk hantar susu pada Faiq setiap hari dulu.
*Sebak tengok barang-barang ni*



Ni pun kenangan jugak. Susu Similac Neosure inilah yang aku bagi pada Faiq sehingga dia naik berat badan sehingga mencapai berat normal iaitu 3 kg. Sebenarnya ada lagi satu susu yang Faiq minum, Enfalac Khas Pramatang. Tapi susunya aku tak simpan. Ni pun kebetulan ada setin susu extra kat dapur. Boleh la pinjam jap buat photoshoot. :)


Stroller Sweet Cherry Model SCR 6. Kenapa aku beli stroller ni? Hmm, panjang citer nye. Ok tu ok la...Cantik tu cantik..tapi hati aku lebih berkenan kat SCR 9. Tapi memandangkan suami suka yang ni, (lagipun beliau yang nak beli) aku pun ikut je la. Aku suka SCR 9 sebab ruangnya lebih besar untuk Faiq tido kat dalam tu. Lagipun tapak baby tido tu flat. Lebih selesa rasanya. Kalau yang ni, tapaknya agak condong menyebabkan Faiq selalu menggelongsor ke bawah. So, aku cari alternatif untuk flatkan tapaknya dengan meletakkan playgym Faiq yang aku ubahsuai jadi pelapik cushion stroller ni. 
Jadi mak ni kena kreatif beb!
Playgym yang telah diubahsuai menjadi cushion. Say Hello to Monty The Lion!
Ok lah kan dari takde langsung. Eheh.



Ok, ni car seat Faiq. Jenama Sweet Heart. Hehehe. Barang-barang Faiq semua sweet-sweet kan? Sweet Cherry, Sweet Heart, hehehe. Ala-ala sentimental gitu. Waahh!
Anyway, car seat ni Faiq belum pernah guna lagi semenjak dibeli. Kenapa pun aku tak tau. Eheh. Maybe sebab bentuknya yang agak melengkung menyebabkan kami tak berapa berani lagi nak bagi Faiq guna.

Haa, ni Faiq bila guna car seat ni. Agak melengkung kan badan dia? Awat masyam sangat tu sayang? Nak tido la tu, mama kaco nak amik gambar dia. Eheh. Sebab itu, for the time being, kami lebih suka bagi Faiq guna :-



Orang putih panggil Moses Basket. Orang Melayu panggil bakul. Eheh. Ikut suka la nak panggil apa pun. Kenapa panggil Moses Basket? Aku rasa la kan, sebab kisah Nabi Musa dulu kot. Kan dulu Nabi Musa pernah dihanyutkan di Sungai Nil guna bakul? Jadi sempena peristiwa itulah maybe bakul ni dinamakan Moses Basket. Boleh google kisah tu ok. Aku pun pandai-pandai je ni. Tak tau la betul ke tak. Eheh.


 Ni hadiah dari Auntie aku, Teh Su. Sama je function dia. Moses Basket jugak. Cuma yang ni saiz dia lebih kecil.



Demo by Faiq again!
Faiq dah mengantuk..Tengok muka dia pun macam muka pasrah je. Tapi aku je yang buat tak reti. Jap Faiq, last!Last! Hehe.




Haa... Ni la pusat pentadbiran wilayah Faiq. Hehe. Ok. Merapu. Ni la workplace Faiq. Segala mak nenek ada kat sini. Malas nak citer la, korang tengok sendiri betapa banyaknya barang-barang dia.



Untuk menguruskan Faiq, kami diharuskan mencuci tangan sebelum menyentuh dia. Even this applies untuk semua ibu yang ada babies tak kira la baby tu premature atau full term. Wash your hands before you touch them. Sort of a kind reminder, including myself as well. Aku pun kadang-kadang tu lupa gak nak cuci tangan. Eheh.



Ok, yang ini memang kena selalu ada dalam simpanan aku. Dentinox Colic Drops for Infants. Even kadang-kadang kalau bawa Faiq keluar pun aku sumbat jugak ubat ni dalam beg. Kadang-kadang kalau Faiq kembung, he tends to be very cranky. Untuk mengelakkan Faiq terus mengamuk, aku kena spare ubat ni, just in case hasil tuaman guna daun sirih dan bunjut jintan tu tak menjadi. Don't worry, it's alcohol free. Memang dirumus khas untuk infants.



Eheh, macam posing ambik gambar kelas pulak aku tengok ubat-ubat ni. Hehe. Ni la daily vitamin Faiq. Appeton Infant Drops, Syrup Folate, Syrup Ferric Ammonium Citrate.
Faiq perlu ambil setiap hari vitamin ni untuk kesihatan seharian. Yang paling dia uwweeeek ialah Appeton tu. Memang cukup dibenci oleh Faiq. Pekat sangat kot.. Aku pernah rasa. Ok je bagi aku. Rasa masam manis. Yang paling dia suka ialah syrup Ferric Ammonium Citrate. Yang ni pun aku pernah rasa. Tapi blueekkk, tak sedap langsung! Kenapa yang Faiq suka sangat pun aku tak tau.


Sekadar mempamerkan koleksi puting Faiq. Tapi haraammmmm tak mau dia. Puekk terus. Rejected!


Yang bawah tu ialah termometer Faiq. Just untuk check suhu dia kalau-kalau dia demam atau normal. Harga murah je, RM12.90. Ada yang mahal, tapi aku beli yang murah.
 Yang warna biru tu ialah tasbih elektronik aku. 
Kenangan juga, aku mesti bawak tasbih tu ke NICU. Semasa jenguk Faiq dalam incubator aku menuturkan zikir. Ku harap aku terus istiqamah dalam berzikir. InsyaAllah. :)
*Sebak*

Mainly, Faiq ada 3 jenis botol susu. Avent, Tommee Tippee dan MAM. Ketiga-tiganya aku suka. Avent dan Tommee Tippee senang untuk sukat air sebab measurementnya jelas. Measurement MAM macam tak berapa jelas sebab covered dengan designnya yang over corak. So for design I choose Avent dan Tommee Tippee. Simple, senang nak measure. But for teat, let's view the next pic.
 Inilah teat yang paling Faiq suka. Vote for MAM's teat!
Disebabkan teat ni muat untuk every standard wide neck bottle, aku guna teat ni untuk semua botol Faiq termasuklah botol Avent. So memang teat ni je yang Faiq betul-betul berselera minum. But, unfotunately, it doesn't fit for Tommee Tippee's.  Too wide for it. 


Ini pulak...Oppss! Banyaknya baju Faiq! Kena stop cepat ni nak basuh baju pulak. By the way, ini merupakan laundry basket (?) Faiq. Betul kah laundry basket? Eheh. Whatever you call it..Selalunya aku mesin je baju-baju Faiq ni. Untuk elakkan cepat rosak, aku guna laundry bag. Ala, beg yang jaring-jaring tu. Try google ek sape yang tak kenal.


All in all, itulah sebahagian belongings Faiq yang sempat aku share dengan readers semua. Banyak lagi sebenarnya yang nak aku share, tapi yang unnecessary tu rasanya tak payah la kan? Korang pun bukan nak baca sangat blog ni. Eheh. Aku je yang syok sendiri. Hihihi. Whatever.



Faiq kalau kat rumah macam ni je pakaian dia. Sempoi tak? Kenapa? Sebab Faiq tak tahan panas. Nanti cepat demam. So baju-baju dia memang banyak yang ventilated supaya senang masuk angin. Seluar pun kadang-kadang pakai, tapi mainly selalu pakai diapers je.  
Chill je kan tengok dia tido? 



Fa, gi basuh baju woi! 
Opps! Okay..Okay..


Till then, we'll meet in the next entry. 

Insya Allah.


9 comments:

  1. Haha. Seronok baca bebelan fa tentang barang2 faiq. Yg penting, faiq tetap comel walaupun muka terpaksa. Haha

    ReplyDelete
  2. Hehe~ Faiq memang selalu kena buli dengan Fa ummi. Hikhik.. :D

    ReplyDelete
  3. Good info.. Tapi kalau masukkan harga brg tu lagi best sebgi referenace kia org jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks anonymous..

      saya tak terfikir pulak nak masukkan harga barang..haha..sebab saya rasa blog ni takde sape nak baca pun. just suka2 je ceritakan pengalaman saya pada readers

      In Shaa Allah, saya akan masukkan harga barang2 dalam entri ni soon. Thanks for the suggestion, and thanks for viewing this blog. :)

      Delete
  4. mcm sama je taste kita klu brg dak kecik tu ye :)
    what ever pun semoga tabah dlm mhdpi khidupan sbg seorang ibu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis! And thanks for viewing this blog. :)

      Delete
  5. seronok baca blog ni ... sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan semangat pada saya. bayi saya pramatang lahir pada 29.1.13 berat 1.1kg. fa seorang yang tabah dan kuat, semoga saya jadi macam fa.

    ~MurniAyunie~

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Murni Ayunie,
      Alhamdulillah, thanks for the thought ye.. Tapi saya rasa banyak lagi yang patut saya belajar, in fact, saya tak kuat seperti orang sangkakan. Saya lemah. Cukup lemah sehinggakan saya rasa saya tak mahu ada hari esok. Tapi bila tengok dari sehari ke sehari sejak kelahiran Faiq, saya mula kumpul semangat, kenapa saya harus bersedih? Saya tak tahu selama mana saya akan hidup bersama Faiq, lalu saya merasakan saya perlu manfaatkan waktu yang ada, supaya saya dapat terus bersama2nya selagi Allah mengizinkan.

      Harapan saya supaya Murni dapat mengharungi hari-hari bersama baby dengan sebaik-baiknya. At least kita takkan menyesal dengan pengorbanan kita kerana pengorbanan itu merupakan suatu tanda kasih kita pada anak. Apa sekalipun yang jadi lepas ini, kita akan dapat terima, kerana kita dahpun lakukan yang terbaik untuk mereka.

      In Shaa Allah..

      Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. :)

      Delete
  6. sy pn beki scr 6. bby menggelongsor ke bawah pastu kaki mcm terlipat kan. mmg pening fikir mcm mne nak buat. seb bek awk bg idea. thnx ya!

    ReplyDelete