Tuesday 26 February 2013

Most Hated or Most Loved?

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Euuuuwwwww... Apa bau busuk ni.. Letak tepi! Letak tepi!

Amboi kemain kerek kan statement. Harap janganlah anda unfollow blog ini disebabkan oleh kebiadapan dan kekerekan ayat di atas. 

Apa yang bau busuk?

Tu diaaaaaaa. Penuh semangkuk lesung tu!
(source : Google Images)


Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga Melayu, of course. Mama dan abah Melayu tulen, walaupun ada lah jugak campur tolak dari beberapa spesis kaum, tapi secara umumnya mereka adalah Melayu.

Dan semestinya anak mereka yang innocent lagi lurus ini juga ialah Melayu. Rambut, kulit dan warna mata jelas menunjukkan aku seorang melayu yang tulen lagi bertatasusila. Muehehehe. 

Selama 27 tahun, aku hidup tanpa makan belacan. Bukan sebab mama dan abah tak ajar aku makan, tapi aku je yang perasan aku lahir di United Kingdom bermain salji dan snowman. Hakikatnya aku hanyalah seorang yang dilahirkan di negara Khatulistiwa beriklim tropika. Snowman hanya aku jumpa dalam buku Nursery Rhymes sewaktu aku berumur 4 tahun. Tak pernah aku lihat snowman secara live. Tsssk.

So kenapa kau sombong sangat taknak makan belacan hah? 
Ingat belacan tu hina sangat ke? 

Adakah itu yang korang nak lontarkan? Go ahead. Aku tak marah sebab aku pun pelik kenapa dulu aku anti gila dengan belacan dan sewaktu dengannya. Bau je pun dah boleh buat aku mati selera. Kalau ada la belacan kat meja, memang aku tak makan la kat meja tu. Sanggup aku bangun dan berjalan membakar kalori 2-3 joule ke sofa depan tv sebab tak nak bertentang mata dengan si belacan yang tidak bersalah sama sekali.


Sanggup pulak bangun. Time mama suruh jawab telefon masa tengok syok makan kau buat derk pulak. 

Jangan ikut perangai mazmumah ini ye rakan-rakan. 

No..No..No..

Walaupun begitu, dulu aku tak pernah tahu bahawa belacan ini digunakan dalam pelbagai masakan yang rata-rata aku memang suka seperti :-

Masa cari gambar ni pun aku boleh terliur tau.
Laksa Penang.
(source : Google Images)
Masa pertama kali aku diberitahu, bahawa belacan perlu ditambah ke dalam laksa penang, hatiku hancur bak budak hingusan baru putus cinta. Sedih sebab aku dah TERsuka laksa penang yang mengandungi si musuh ketatku dalam versi makanan iaitu BELACAN.

OH TIDAK

Aku telah mengkhianati prinsipku yang selama ini aku pertahankan! 

No!

 Aku TAK boleh suka belacan! 

Aku tak suka! 

Aku tak suka!

Aku tak suka!



Pada umur 24 tahun, sewaktu aku dihantar posting ke Melaka, aku diperkenalkan dengan masakan-masakan yang PEDAS GILA sampai boleh berair mata dan meleleh hingus. Mujur aku sempat cover dengan tisu. Malu weh.


Cikgu yang mana?

Ala, cikgu muda yang baru posting tu.

Ala..Tak tau la. Ramai sangat cikgu baru. Yang mana satu?

 Ala.. Yang makan sambal ikan keli sampai meleleh hingus tu..

Ohhhh... yang tu... Tau..tau... 


 Kau nak statement macam tu keluar dari mulut-mulut students yang boleh tahan propa nya? 
Semestinya tidak kan..

Back to the topic, bertitik tolak daripada makanan di Melaka itulah, aku rasa bahawa aspek kepedasan itu sangat penting dalam setiap makanan aku. Mulalah aku berjinak-jinak dengan cili padi dan mula menyukai sambal ikan keli masak lemak cili padi, maggi celur air tambah cili padi, tomyam tambah cili padi, pendek kata, semua cili padi. Walaupun hingusku masih meleleh disebabkan oleh cili padi itu, namun pedas itu membuatkan hidangan itu sangat umpph walaupun hanyalah sekadar maggi kari 60 sen. Tak ada cili padi tak sah ok! 

Jadi, berpunca dari situasi itu, aku mula menggemari makanan pedas. I mean, sangat pedas. Kalau setakat cili biasa tu aku tak layan beb. Nak cili padi jugak.

Pendekkan cerita, pada suatu hari yang hening sewaktu umurku 27 tahun, bertempat di sebuah restoran tomyam di Kuala Terengganu, (masa ni aku dah dapat transfer ke Terengganu) AB telah memesan tomyam, ayam masak halia, telur dadar dan kailan ikan masin. Sewaktu makanan sampai, aku dapati adik penghantar makanan tu bagi sekali sambal belacan + timun. 

So, what do you expect kalau aku jumpa belacan? Haruslah menjadi kerek dengan meletakkan piring belacan tu nun jauh di hujung meja. :p

Suapan demi suapan aku telan. Rasa pedas tomyam belum dapat melonjakkan seleraku. Tak cukup pedas.

 Oh, tidak. Macam mana ni? 

AB nampaknya begitu berselera. Dah tinggal separuh nasinya manakala aku baru 2-3 suap. 

Tak boleh jadi ni. Macam best je belacan tu. Bubuh la sikit, bagi rasa pedas.

Dengan muka setebal kulit badak sumbu, aku telahpun mengambil semula belacan yang ku halau tadi berdekatan denganku lalu mencedok sedikit ke dalam pinggan. Kacau-kacau sikit dengan nasi. Masuk dalam mulut. Kunyah.

Kunyah


Kunyah


Kunyah


Telan.



Eh, sedap jugak ye. Tambah la sikit lagi.


Cedok dalam pinggan, kali ni dalam kuantiti banyak sikit.

Gaul-gaul dengan nasi.

Masuk dalam mulut.

Kunyah.

Kunyah.

Kunyah.

Kunyah.

Telan.


Haah la, sedap jugak belacan ni!

Lalu proses cedok, gaul, masuk mulut, kunyah, kunyah, kunyah, kunyah, dan telan telah berlaku sekali lagi sampai licin pinggan aku kerjakan.

Fuhhh!

*



*



*



*



*

BELACAN MEMANG SUPERB

Dan aku merasakan hidupku selama 26 tahun lepas sia-sia dan rugi sebab sombong, ego, dan kerek dengan si belacan yang sangat -sangat awesome in its own way.

Ruginya tak dapat makan belacan for the past 26 years. 

(Well, approximately 26 years, you don't expect a toddler to consume belacan, do you?) 


*


*


*


*

Dan kini, lihatlah bagaimana aku menikmati makananku sekarang :-

Harap maklum, yang curah atas nasi tu bukan kuah ye, tapi BELACAN.
Yes, it's belacan that I hated so much.


A closer view.
Call me si pencinta belacan tegar.

Maka ingatlah adik-adikku sekalian, janganlah dicemuh makanan itu kelak makanan itu akan menjadi makanan kesukaanmu.

Dan ini berlaku pada aku.

Aku bukan lagi minah saleh celop yang tak makan belacan.

Aku adalah anak melayu, selamanya melayu.

kerana Melayu dan belacan takkan pernah bercanggah 

walaupun sejauh mana anda nafikan. 




HIDUP BELACAN!


:)






















Sunday 24 February 2013

Lupa

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Entri ni aku tulis pada pukul 10.20 malam, depan tv, sebelah AB yang landing baeeekkk punyaaaa sambil pegang remote control dengan santai dan liburnya.

Sebenarnya, entri ni tak ada motif pun. Aku saja-saja tulis sebab aku rasa tension sangat dengan kerja pengkeranian yang berlambak-lambak sampai aku sendiri dah lupa apa yang aku harus dahulukan dan apa yang aku harus kemudiankan. 

Ok lah, sebenarnya aku masih lagi terbayang-bayang time meeting tadi, kelas 4UiTM kena panggil disebabkan belum update lagi maklumat latar belakang pelajar. Pasti setiap guru-guru sibuk membelek buku pengurusan penasaran nak tahu siapa guru kelas 4UiTM? Siapa yang tak buat kerja tu? Siapa yang malas tu? Siapa? Siapa? Siapa?



Ohhh, dia ni ke... Yang cuti panjang taun lepas tu..
Emm...Patutlah...

Serius, macam... What? Bila kena buat? Kenapa aku tak tau? Kenapa aku boleh lupa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Mungkin ke aku ni terlalu memikirkan Faiq, jadi prestasi aku merundum? Ke memang sifat seorang manusia tu mudah lupa? ALASAN kan..

Mungkin la kot.. Mungkin aku ni terlalu diasak sangat dengan masalah-masalah peribadi sampai aku hilang fokus. Tambahan dengan kerja-kerja sekolah, campur dengan tahun ni aku kena mengajar 2 subjek, Matematik Tambahan dan Sains, tambah pulak dengan PBS, tambah pulak dengan kelas tambahan SPM, stress mengajar, stress nak maintain keputusan, stress Faiq jauh, stress badan letih, stress baju kurung sutera kena basuh handwash, stress nak kurus, aihhh macam-macam dalam kepala otak ni. 

Mungkin disebabkan itu, aku lupa satu perkara yang remeh namun penting iaitu - data pelajar kelas aku. 

Kalau la ada software yang boleh organise sikit otak ni dah lama aku download tau.

Dan menyesali kealpaan aku, terus aku buka laptop dan kemaskini data APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) kelas 4 UiTM, walaupun tulang belakang rasa macam nak patah, mata yang kuyu menahan kantuk dan otak yang berserabut dengan perkara-perkara harian. 

Lupa sejenak aku pada shawl yang aku aim nak beli bila dapat gaji ni.
 Oh, ye. Gaji nak masuk esok!
 Yeay! 

Hilang mengantuk kau ye cakap pasal duit. ALASAN! HUH.  

Well, at least ada jugak perkara yang menggumbirakan kalbuku. 

Bagi chance la wey...


Manusia sememangnya mudah lupa, dan mudah sedar, lalu mudah lupa semula apa yang telah disedarinya.

Astaghfirullah'al azim.

Sama-sama muhasabah diri 
In Shaa Allah kita jadikan hari esok lebih baik dari hari ini. 

:)






Sunday 17 February 2013

Faiq : Laughs and Tears

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Sebelum ini aku tak pernah menyiarkan apa-apa video tentang Faiq. Aku belum bersedia. Namun hari ini, aku bersedia untuk menyorot kembali sebahagian memoriku bersama Faiq selama ini. Bersempena harijadi Faiq yang pertama pada hari ini, khas untuk kalian, aku titipkan buat readers yang tak pernah gagal menyokong kehidupanku. Kehidupan Faiq. Kehidupan kami.

Terima kasih atas setiap titipan doa dan kiriman semangat kalian pada Faiq. 

Tiada apa yang mampu aku katakan selain bersyukur, bersyukur dan bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya padaku kini.



Faiq setelah 3 minggu dilahirkan. Tiub biru tu ialah tube feeding susu. 

Suka tenyeh mata dengan kuku lepas tu bila sakit nangis sendiri.







Faiq bersin 2 kali setengah. Yang last tu tak jadi bersin, cuma bunyi je lebih. 

Hehe.


Dan setelah setahun berlalu, 

*




*




*




*




*









Faiq yang terkekek-kekek gelak masa aku buat-buat tumbuk perut dia guna botol Pepsi. 

Apa yang kelakar sangat pun tak tau.


Maaf kualiti video agak kurang memuaskan. Memandangkan aku snap pakai telefon aje. Telefon pulak bukanlah Galaxy Note mahupun Galaksi Sistem Suria. 

Hehehe. 

Suara yang mengilai kat belakang tu harap dimaafkan. 

I memang easily excited. 

Begitu juga dengan bantal yang agak lusuh disitu.

Sesungguhnya aku jujur dan tak hipokrit. 

Waaaah? Gitu. Motip?

Hik Hik Hik.

Enjoy!


17.2.2012, 8.00 pm : You were still in my womb before the surgeons took you out at 8.20 pm and was immediately sent to NICU for full ventilatory support.

17.2.2013, 8.00 pm : A year passed and here you are, safely at home enjoying your very first birthday cake in the Bumbo seat, wearing the nicest bodysuit (supposed to be the nicest since he is always with his baju lubang-lubang) accompanied by Tok Ma and Tok Abah.


Allah the Greatest :')





Saturday 16 February 2013

Faiq : Little Fighter

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Ada apa dengan 17 Februari?

 Dia dilahirkan.

Tanpa kedengaran suara tangisan yang kuat.

Hanyalah sekadar elusan halus

Yang cuba meraih seberapa boleh nafas yang mampu



Lalu segera dikejarkan ke NICU.

Disahkan kritikal setelah 7 jam dilahirkan. 

Yassin terus dialunkan oleh imamku

Dengan harapan kami masih punya peluang

Walau hanya secebis cuma.


Namun,

Tiada satu pun kata-kata positif yang dibutirkan oleh pakar.

Harapanku hancur.

Jiwaku luluh.

Semangatku hilang.

Namun, siapalah mereka untuk menentukan?

Jika kita punya Allah yang berkuasa atas dalil "Kun Faya Kun"

Dan siapa kita untuk menafikan?

Maka yang mustahil tetap akan tertulis andai itu iradahNya.

Asuhan dalam tangisan kepayahan, 

Jerih peluh membasahi hati 

Aduh, gusar benar hatiku

Apakah masih ada sinar kegembiraan untuk kami?

Usahkan berharapkan sinar, 

Percikannya sahaja sudah memadai.


Seperti mana aku khabarkan,

Nilai 'Kun Faya Kun" terlalu misteri.

Tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi,

Esok masih lagi teka-teki.


Dan aku tidak menyedari waktu menguntum dari hari ke hari,

2013 membawa aku ke tarikh 17 Februari,

Satu tahun telah di titi,

Oleh Faiq Aqwa si jantung hati.


Allahu Akbar.

Allahu Akbar.

Allahu Akbar.




Terlalu banyak yang ingin aku luahkan. 
Terlalu banyak. 
Lalu puisi ini dikarang sebagai suatu rangkuman cebisan perasaanku terhadap Faiq Aqwa yang sangat istimewa.
 Terlalu istimewa barangkali untukku. 

Faiq sayang, mama tak pernah terfikir yang mama berpeluang menyambut ulangtahunmu suatu ketika dahulu.

Dan mama tak mahu mengingatkannya lagi.

Cukuplah.


I love you more than everything.

Always.


Happy First Birthday, sayang.

*hugs*

*kisses*

*tears*



Priceless.
*SujudSyukur*




















Welcome Esprit!

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Blog ini telah berwajah baru sesuai dengan usia saya yang dah nak menginjak 30 tahun lagi 2 tahun. 

So, kita matangkan sikit imej blog dan saya telah buat sedikit perubahan nama blog :-

ESPRIT


Harapan baru.

Thanks for supporting.

Enjoy.

:)





Friday 15 February 2013

Ayuh, Bangkitlah!

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Aku suka hidup dalam angan-angan. Angan-angan yang sememangnya tak wujud dan kalau wujud pun tak seindah yang disangka. Dek kerana angan-angan yang terawang-awang itulah aku jadi manusia pendiam, hidup dalam dunia sendiri, bercakap sorang-sorang dan suka melengahkan masa.

Manusia dibekalkan masa sebanyak 24 jam sehari. Dan semua manusia memiliki masa yang sama. Terpulang kepada bagaimana kita mencorak masa kita supaya ia dapat dimanfaatkan menjadi suatu yang   berguna atau sebaliknya. 

Sejujurnya aku ni memang sangat suka membazir masa. Sebagai contoh, menaip entri ini walaupun perancangan tahunan kokurikulum badan beruniform tak siap lagi, namun aku terus gigih menekan keypad yang laju berdetak-detik memecah kesunyian. Ayat kemain kan...Hikhik.

Aku baru sahaja selesai membaca entri yang dikarang oleh rakan blogger merangkap rakan sejiwaku Ummi Najla, yang mana membuatkan aku terdiam, berfikir dan meneliti sejenak.

Apa yang aku mahu dalam hidup ini?

Kenapa aku suka membuang masa dan melengah-lengahkan perkara yang sepatutnya disiapkan?

Susah sangat ke nak berubah?

Sepatutnya aku lebih bijak membahagi masa supaya aku dapat dijadikan contoh kepada anak muridku.

Entri tersebut serta merta membangkitkan rasa percaya diri dalam jiwaku. Berkobar-kobar semangatku untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sejujurnya, memang aku seorang yang bencikan peraturan, disiplin dan sistematik. Aku seorang yang memegang prinsip asal boleh, aku redah je. Aku gemar benar membazir masa sehinggakan aku rasakan hari-hari mendatang begitu kosong dan tak bererti. Pergi sekolah, balik sekolah, main intenet, makan, tidur. Esok ulang semula. 

Tapi sampai bila?

Jadi persoalan-persoalan ini seringkali berlegar-legar dalam minda buat aku terfikir, sampai bila aku mahu terus hidup berangan-angan? Sampai bila aku harus mewarnakan hidupku ini dengan hanya berbekalkan rona hitam dan putih? Di mana rona yang selebihnya? Pelangi dipuji dan dikagumi kerana warnanya yang pelbagai. Ya, aku juga mahu hidupku seperti pelangi. Aku mahu jadi seorang yang bermanfaat dan mampu memberi manfaat pada orang lain. In Shaa Allah. 

Diharapkan supaya blog ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat yang boleh diguna pakai kepada seluruh viewers dan readers yang memerlukan, In Shaa Allah.

Ayuh, Fa.. Bangkitlah dari mimpi dan berlarilah menuju pelangi yang merona indah di atas sana. :)

Istimewa pelangi terletak pada warnanya. Istimewa manusia terletak pada akalnya.
Jom pelihara akal dari sifat-sifat mazmumah. :)










Sunday 3 February 2013

Bercakap itu Best

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



Masa kat sekolah, aku pengawas. 3 tahun sekolah rendah, campur 5 tahun sekolah menengah = 8 tahun. Fuh. Betapa hidup aku dikelilingi oleh peraturan. Ha ha ha. Walaupun sebenarnya diri ini memang suka je nak nakal kat sekolah. Korang je tengok aku skema, wei! (ditujukan khas untuk pelajar SK (2) Simpamg Lima (Batch 1992-1997) dan SMK Convent Klang (Batch 1998-2002)). Anyway, motif entri ni bukannya aku nak bangga-bangga sangat dapat jadi pengawas.

Dulu aku tak pernah terfikir pun aku nak jadi cikgu. Aku ingat aku jadi doktor. Wahhh berangan mesti tinggi, ok. Cakap macam bagus je kan, doktor apa kau nak jadi Fa oii, kalau waktu Bio kau memang tak faham apa pun masa Cik Irda Haryani ajar. Balik rumah pulak, konon nak study, atas katil buka buku Bio 3 saat je menguap. Cer jawab sikit, hospital mana nak ambik kau kerja? Hu hu hu.

Dan itu juga bukan motif aku tulis entri ini.

Pengawas dan cikgu apa persamaannya? Banyak kan.. Satu, kita kena kerja dalam sekolah, dua, kita kena jaga penampilan, mesti sentiasa kemas dan boleh menjadi contoh yang baik, tiga, kita memang jadi bahan umpatan students. Cuba cakap kat aku, pengawas mana yang korang suka? Tak de kan.. Dah asyiknya nak merampas barang je, mana tak hangin oii. Mak baru je beli handphone Nokia 3310 minggu lepas, alih-alih hari ni kantoi vibrate time spot-check. Ha, amik kau. 3310 dulu mewah, dik! Akak dulu kemain lagi pasang ringtone lagu Pretty Boy by M2M guna handphone Nokia 3310. Amboi, rasa cam stailista gitu bila nak jawab telefon. ;) Empat, kita kena pandai berkomunikasi. Ha, ni lah motif utama entri ni. Berkomunikasi depan orang ramai, skema term dia Pengucapan Awam (Public Speaking).

Memang dulu aku tak pandai cakap depan orang. Tapi nyanyi aku suka. Ha ha ha. Sekolah perempuan, beb. Memang suka sangat la bab menyanyi, menari nih. Budak lelaki takde kan, apa lagi. Rugi tak ambik peluang jadi retis masa sekolah. Heaven! Eh, rasa macam rindu pulak kat sekolah aku. Nanti la aku tulis entri pasal sekolah dulu-dulu ye. Takmo out of topic. Takmo.. Takmo.. Takmo..

Masa belajar kat U dulu, skill bercakap aku telah diasah sebagaimana yang diperlukan. Suara kena kuat, suara kena lantang, suara kena setanding dengan mic. Amboi, macam kena masuk kelas vokal dah kalau nak jadi cikgu ni. Apa yang aku notice, suara aku makin lama memang makin kuat dan lantang. Tak payah pakai mic pun makcik selang 5 rumah dah boleh dengar suara aku menyahut masa Mama panggil. Eheh. Tak de la ayu sangat kan, kalau kat rumah tu, Hehe.

Dan sekarang, selama beberapa tahun menjadi cikgu, memang aku dah rasa biasa dah kalau cakap depan orang ramai. Tak kisah lah student ke, cikgu ke. Cuma dengan pentadbir sekolah aku belum pernah lagi la bagi apa-apa pembentangan. Sebenarnya, bila fikir balik, skill bercakap ni memang kena asah dari budak-budak lagi. Mungkin sekolah aku dulu dah train pelajar-pelajar dia supaya jadi proper girls, yang pandai bawa diri dan bijak berkomunikasi. Cewaaah. Of course la, pengawas kena bercakap dalam perhimpunan, baca doa, baca ikrar, baca pengumuman, baca bla..bla.. Mau tak tajam skill komunikasi aku kalau hari-hari kena berlatih bercakap je? Patut la jadi cikgu. :')

So, bagi siapa-siapa yang ada rasa fobia kalau nak bercakap kat depan orang tu, sebenarnya perkara ni kita kena practice. Kena belajar untuk tampil ke hadapan, dan bercakaplah sebagaimana yang dikehendaki, dengan cara kita yang tersendiri. Tak perlu ikut-ikut stail orang, cakap ikut lenggok kita je. Janji orang faham apa yang kita nak sampaikan, cukup la. Dulu aku pun menggeletar masa first time kena jadi guru bertugas during my first posting.  Menggeletar bukan main-main tau. Nampak kertas aku pegang bergegar-gegar. Sampai habis tunggang langgang nama pentadbir aku sebut.  Seb baik cikgu baru, muda pulak tu. Boleh la dimaafkan. Agaknya macam tu la kot pentadbir fikir. Agak je la. Agak je. *sedapkan hati*

Masalahnya lepas dari insiden tu, terus aku dilantik jadi MC sekolah tu, tetap dan berpencen. Ha, amekaw. Salah sebut lagi, nama terus kena highlight. Jadi la MC aku ni untuk 2 tahun berturut-turut. Kenapa dua tahun je? Sebab lepas tu aku dah pindah sekolah. Wakakaka.


Lembaga Pengawas, Tahun 2000. 15 tahun.
Boleh cam tak aku kat mana. :)


2009, baru posting. Terdiam? Memang sangat berbeza kan. Ha ha ha.
Masa ni memang ligat jadi MC.

Masa ni kena bagi taklimat untuk Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, HOTS pada guru panitia Matematik.
21 Januari 2013.
Bandingkan gambar sebelumnya. Yikes!

Berangan la jadi pensyarah kejap.
Pensyarah pun tak pakai extender pointer tu ye.
Over. Eheh.

Ni la students aku. Hi hi. Tak la. Ni la guru-guru panitia Matematik.
Amanah dari Kementerian ni, aku kena sampaikan pada diorang.
Terima kasih semua, :)

So nampak tak macam mana didikan awal itu sangat membantu. Aku rasa, kalau aku tak didedahkan dengan public speaking sejak sekolah, mungkin aku juga mengalami kesukaran untuk hadapi semua ni. Sekolah, walaupun kadang-kadang boring, tapi ada kesemuanya. Kau nak apa, semua ada. Cikgu disiplin yang garang, ustazah yang tak putus-putus suruh pakai tudung (dulu sekolah aku tak wajib bertudung), makcik guard yang selalu tido, abang kantin yang hensem, kakak senior yang cute, junior yang selalu bagi kita surat nak jadi petsis (kalau korang sekolah perempuan, korang tau la apa itu petsis. Next entri aku cite..), tandas yang ada langsir (sekolah aku je ada), dan macam-macam. Dan memori itu tak mungkin akan kita dapat bila kita keluar dari sekolah lepas SPM. Mungkin naluriku yang sangat sayang pada sekolahku, menyebabkan aku memilih karier ini, supaya aku akan terus bersama-sama meniti kejayaan dengan anak-anak pelajar, sambil melepaskan rinduku pada sekolah yang mencipta aku sebagaimana aku hari ini.














Friday 1 February 2013

Sana'a Restaurant

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


"Restoran Arab? Best sangat ke makanan arab?

Begitulah reaksi kerek aku sewaktu AB menyuarakan hasrat untuk dinner kat restoran arab.
Kebetulan, beliau perlu ke Putrajaya atas tuntutan kerja pada minggu lepas, lalu bermurah hati mengajak aku sekali.

Pada mulanya, aku lebih berminat nak menjamu di Restoran Ana Ikan Bakar Petai cawangan Bangi. Tapi rasa kesian pula bertandang setelah melihat AB yang beria-ria nak makan makanan Arab, aku pun ikut je la.

Kami ke Sana'a Restaurant yang terletak di Cyberjaya.

Entrance
(source : Facebook/ Sana'a Restaurant)
Bahagian open air. Aku tak suka sangat open air sebab geng-geng ni pakat duk hisap shisha. I memang alergik sikit bab asap-asap  dan sewaktu dengannya.
(source : Facebook/ Sana'a Restaurant)

Ok, ni bahagian air-cond. Kami pilih tempat kat sini. Bebas bau shisha dan bau rokok.
Merokok membahayakan kesihatan tau tak?? Grrr. *emo*
(source : Facebook/ Sana'a Restaurant)


Menu Sana'a Restaurant


Lepas dah pilih tempat duduk, datanglah seorang staf ambil order. Dan itulah first time aku dengar AB speaking English. O.M.G! Sana'a akhirnya berjaya mengubah suamiku! *mata berkaca-kaca sambil senyum memanjatkan kesyukuran*
Ok, over.

Waitress tu sebenarnya tak pandai cakap Melayu, tu yang AB kemain speaking dengan dia. Amboi AB..... ;)


Menu dia banyak, tapi AB nak makan Hanith Lamb. Aku pun memang tak biasa dengan menu makanan Arab ni, so aku ikut je la apa yang AB suka. 

 "Two Hanith Lamb, Two Barbican "

Bar what?? Barbican??? Pelik benau bunyinya. Apa benda tu? Takde pulak ciri-ciri nahu arab. Lantas bila aku tanya apa benda Barbican tu, dia jawab..

"Fa rasa la dulu."

Suspen ok! Apa benda pulak dia nak order ni? Nak tengok balik kat menu waitress tu dah ambik balik. Tunggu je lah nampaknya. 

Dan apabila waitress tu hantar pesanan kami, aku dapati Barbican ialah sejenis :-

*



*



*



*


Ye, aku tahu apa first impression korang kalau tengok gambar ni.
Barbican-Hillsburg (RM4 per bottle) ialah sejenis bir arab, yang tidak mengandungi alkohol.
Ni pineapple flavour.

Ok, part ni yang paling susah aku nak buat iaitu mencuba Barbican ni. Serius, aku lebih selesa memanggil minuman ni air gas berbanding bir arab. Sounds so weird, and it happens to be weirder as I have taste it once!
Aku memerlukan masa yang lebih untuk cuba Barbican ni, memandangkan botolnya yang pelik, dan panggilan masyarakat pada minuman ini. Walaupun aku tahu ianya non-alcoholic, tapi aku masih lagi rasa pelik dan aneh untuk mencubanya.

Setelah diyakinkan oleh AB bahawa bosnya yang warak juga pernah meminum Barbican ni, barulah aku berani cuba. Ok, rasanya macam normal soft drinks, macam rasa air nenas bergas. Ok je. Tapi tang botol tu aku tak berapa nak berkenan. Boleh tak diorang tukar botol tu jadi botol yang bersemenggah sikit, pleaseeeee? Ni memang nampak betul-betul macam botol yang tidak bermoral tu. 

Ok, cukup cakap pasal Barbican. Sekarang jom kita pekena Hanith Lamb.

Hanith Lamb + Air Gas Pineapple Flavour (serius aku takmo sebut nama dia)

Hanith Lamb (RM 17 per set) is consist of :-

Nasi Arab
Daging kambing empuk (Hanith Style)
Sup
Sos/ sambal special

Nak review tentang Hanith Lamb ni macam tak reti sangat sebab aku ni bab-bab makan ni, kalau sedap aku bedal je. So nak describe rasa dia tu macam susah sikit bagi aku. Tapi aku try ye.

Hanith Lamb ni nasi dia macam nasi beriyani, guna material (macam kain plak ha ha) beras basmathi. Panjaaaaangggg... Rasa dia ok, sedap jugak, tak la berempah sangat macam beriyani. Nasi dimasak lembut. Tapi memang banyak la nasi dia. Aku baru plan nak diet woi!!!! Habis diet gue.

Nak cerita pasal kambing sikit. Aku ni memang anti sangat dengan kambing sebab masa kecik-kecik dulu sedara-sedara aku selalu cakap makan kambing panas, makan kambing panas, makan kambing sakit kepala, dan sebagainya. Jadi ayat-ayat itu selalu menjadi pedoman diri sampai ke tua-tua ni pun aku memang tak makan kambing. Lagipun ayat yang biasa wujud dalam masyarakat kita iaitu "bau macam kambing" telah melekat dalam otak aku. Menganggap daging kambing memang berbau. Tapi entah dari mana datangnya kekuatan , bila AB ajak makan kat restoran arab ni, aku tergerak hati nak try. AB memang peminat tegar kambing. Pastu tengok dari dalam menu macam best pulak daging ni. Try la sekali!


OMG


Hanith Lamb memang sangat best!!!!!! Lembut sangat daging dia, dan bagi aku, rasa dia tak ubah sangat macam daging lembu. Lebih kurang je. Hanith Lamb dimasak dalam aluminium foil. Tekstur dia sangat lembut dan tidak berbau hamis. Dimasak lebih kurang macam kukus. Tapi ada kuah-kuah sikit. Perut kenyang suka hati. Lalala.

Gaya makcik promote mesin urut belakang pun ada.
Mati aku kalo sape-sape edit gambar ni, hangpa pi edit letak botoi lain, tutup mata aku, pastu letak caption, " Dunia akhir zaman".
Dosa memfitnah lebih besar dari membunuh. (sedikit tazkirah di situ)

Amboi AB, control je guna fork spoon. Baik-baik bang. Terpelanting Hanith Lamb tu nanti,. Malu I sebagai seorang blogger.
(Ha. Ha. Ha. Sila muntah sekarang.)
Sup dia biasa je, macam sup yang ada kat Malaysia ni, sup kosong. Tanpa ada apa-apa daun.
Sambal dia best! Rasa macam sambal cili + tomato yang telah dicincang. Rasa pedas yang reasonable. Heaven!

So macam mana dengan hipotesis awal aku yang melontarkan kata-kata negatif terhadap makanan Arab?

*



*



*



*

Hipotesis ditolak sekeras-kerasnya. :)




Call sekarang untuk delivery untuk sesiapa yang tinggal within Cyberjaya.



More informations, log on to Facebook, search Sana'a Restaurant.

Enjoy! :)