Wednesday, 25 July 2012

Watch Out for Pneumococcal Attack!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sepertimana yang diketahui, Faiq Aqwa puteraku dilahirkan pramatang 32 minggu dengan hanya seberat 1.42kg. Di awal kelahirannya, Faiq telah mengalami banyak komplikasi yang membimbangkan. Saat paling getir dalam hidupku setelah menerima khabar selepas 7 jam kelahirannya, bahawa anakku itu dijangkiti pneumonia. Paru-parunya yang sangat kecil, tidak sepadan dengan usianya ketika itu memburukkan lagi keadaan kesihatannya. Para doktor juga tidak menaruh harapan tinggi terhadap peluangnya untuk terus bernyawa.

Pneumonia, atau jangkitan kuman pada paru-paru mudah menyerang anak-anak kecil terutamanya bayi-bayi pramatang seperti Faiq. Penggunaan ventilator selama 3 hari sedikit sebanyak dapat membantunya bernafas. Faiq tidak mampu untuk bernafas sendiri. Sudah kujangkakan, paru-paru Faiq sememangnya mungkin bemasalah apabila lahir kelak kerana aku telah kehilangan amniotic fluid sewaktu kandunganku hanya berusia 16 minggu.

Kisah ini telah kucoretkan dalam entri-entri sebelumnya iaitu Istimewa Sebuah Pengorbanan dan Sayang Mujahidku Sayang. 

Sebagai seorang ibu, aku ingin memberikan Faiq segalanya yang terbaik, yang mampu ku usahakan dengan kudratku. Kesihatannya merupakan elemen terpenting untukku jaga setakat ini. Keadaannya buat masa ini alhamdulillah, masih berada pada tahap yang terkawal, namun perlukan pengawasan yang rapi.

Pneumonia. Mendengarnya sahaja memberikan aku debaran yang luar biasa getarnya. Fobia dengan bahayanya yang boleh membawa maut. Masih terbayang-bayang si kecil Faiq yang bertarung nyawa saatnya dirawat di NICU melawan penyakit ini. Sudah tentu aku enggan lagi semua ini berlaku ke atas Faiq. Cukuplah sekali aku melihatnya sedemikian. Lalu aku bertekad selepas ini, aku perlu lebih peka terhadap penyakit-penyakit yang boleh membahayakan nyawa anakku.

Oleh sebab itu, aku dan suami telah bersepakat untuk memberikan Faiq pneumococcal vaccination. Apa itu Pneumococcal?



Pneumococcal diseases atau penyakit pneumokokus (istilah Bahasa Melayu) berpunca daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae. Terdapat hampir 90 jenis serotip pneumokokus. Kebanyakkannya mengakibatkan penyakit yang ringan, namun ada juga segelintir yang menyebabkan jangkitan-jangkitan yang lebih berbahaya.

Bakteria Streptococcus Pneumoniae boleh menyebabkan jangkitan pada radang selaput otak (meningitis), jangkitan darah, jangkitan paru-paru (pneumonia), dan jangkitan telinga tengah (otitis media). Menyedari hakikat ini, aku dapat merasakan adalah perlu Faiq mendapatkan vaksin pneumococcal kerana sejarah kesihatannya yang pernah mendapat pneumonia dahulu. Mungkin dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak perihal penyakit pneumococcal untuk manfaat bersama.


Penyakit Pneumococcal boleh menyebabkan 4 jenis penyakit yang berpunca daripada 1 bakteria yang sama (Streptococcus Pneumoniae)  :-

Pneumococcal Meningitis (jangkitan pada radang selaput otak)
Simptom yang boleh terjadi kepada kanak-kanak ialah perasaan resah dan mengantuk, leher yang   tegang, hilang selera makan, serta muntah-muntah. Pneumococcal meningitis boleh membawa maut, dan hampir separuh yang terselamat mungkin akan mengalami beberapa ketidakupayaan kekal seperti pekak (ketulian), kerosakan otak atau kelumpuhan.

Pneumococcal Bacteremia (jangkitan dalam darah)
Ia merupakan infection di dalam aliran darah dan mampu menjadi serius jika dibiarkan. Simptomnya adalah demam panas, kesejukan melampau, kehilangan selera makan, keresahan dan sakit snedi.

Pneumococcal Otitis Media (jangkitan telinga tengah)
Jangkitan ini amat biasa dalam kalangan kanak-kanak. Simptomnya adalah seperti sakit badan, hidung berhingus, batuk, keresahan, kehilangan selera makan, kerap menangis, cirit-birit dan muntah-muntah.

Pneumococcal Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Kanak-kanak / Bayi yang dijangkiti pneumoccal pneumonia lazimnya memerlukan rawatan hospital. Simptomnya adalah seperti demam panas, batuk, pernafasan yang laju, mendengus, sakit dada, rasa loya, pening kepala, keletihan, kesejukan melampau dan sakit sendi.


Secara umumnya, kanak-kanak bawah 2 tahun dan warga emas adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Bakteria ini biasanya dijangkiti melalui hidung dan rongga kanak-kanak melalui batuk dan sentuhan.

Penyakit pneumococcal dapat dikawal sekiranya ianya dapat dikesan dari awal terutamanya bagi penumococcal otitis media yang dapat dirawat dengan antibiotik. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan bayi adalah disarankan untuk mengambil vaksin pneumococcal sebagai usaha untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak. Walaupun, vaksin ini tidak dapat menjamin 100% bahawa mereka akan dilindungi, namun ini dapat mengurangkan risiko jangkitan. Sekiranya bayi atau kanak-kanak telah mendapat vaksin ini, kemungkinan mereka akan mendapat mild fever tidak lebih dari 1 atau 2 hari  yang merupakan kesan biasa untuk imunisasi ini. Mereka juga mungkin mendapat radang dan kesakitan di bahagian yang disuntik. Namun, kesan ini cuma sementara.

(sumber : Pamplet Pneumococcal Diseases, by GlaxoSmithKline, GSK)

Vaksin pneumococcal ini telah diwajibkan di negara-negara maju seperti US namun belum lagi diwajibkan di Malaysia. Justeru itu, sekiranya ibu bapa yang inginkan vaksinasi ini, bolehlah dapatkannya di klinik atau hospital swasta.

Menyedari betapa bahayanya pneumococcal diseases ini menyebabkan kami rasa terpanggil untuk memberikan Faiq imunisasi tambahan ini. Lalu pada hari Sabtu yang lepas (21 Julai 2012), Faiq telah kami bawa berjumpa doktor kanak-kanak di sebuah klinik swasta pakar kanak-kanak di Klang.

Abah masih berusaha untuk memegang Faiq dengan betul. Takpe,bah..practice make perfect! 
Sampai senget-senget kepala Faiq. Hikhik. Sian anak mama..


Family potrait jap sebelum masuk bilik doc. Faiq memang suka pandang bawah. :(


Kami je yang posing lebih. Faiq buat tak tau je. Ah, tengok stokin aku lagi baik.

Faiq sejurus sebelum namanya dipanggil untuk masuk ke bilik doc. All the Best Sayang! 
Mama and abah love you so much!


Aku tak sempat nak ambil gambarnya sewaktu Faiq disuntik oleh Dr. Tan. Mungkin masa tu terlalu fokus dengan Faiq sampai lupa nak snap satu gambar. Aku memang fobia sikit kalau Faiq kena cucuk-cucuk ni. Sebab ada pengalaman dah masa di NICU dulu. Huuu~ tak sanggup nak tengok dia nangis. Tapi untuk kebaikannya, aku turutkan saja.

Selepas disuntik, ye of course Faiq menjerit kesakitan. Alah, sikit je kan Faiq... Tak la sakit mana pun kan? Faiq kan anak mama yang kuat?

Faiq berhenti menangis selepas keluar dari bilik doc. Sekarang dia tak nangis dah tapi dia membebel pulak. Baby talk. Mungkin komplen tak puas hati kami bawak dia gi cucuk? Hikhik.. Sian dia.

Dalam kereta, Faiq tertido keletihan. Letih ke kena cucuk? Huhu. Alhamdulillah, dah selesai semua prosedur cucuk mencucuk ni. Total pneumococcal vaccination has 4 doses. Ini baru dos pertama. Faiq akan disuntik 3 kali lagi. Next dose nya bulan September pulak kalau tak salah. InsyaAllah.

Oh yes. Harga untuk pneumococcal vaccine ni agak mahal jugak untuk 1 dos. It depends on the clinic/hospital. Tapi range untuk 1 dose is about RM200++. So, total up dalam RM1000 jugak kot to complete the course. Untuk Faiq, insyaAllah, kami cuba usahakan yang terbaik walaupun terpaksa berhabis wang ringgit. Walau bagaimanapun, kita hanya dapat berusaha dan berdoa, Allah jua yang menentukan. :)

Pulang dari klinik. Faiq kelihatan seperti biasa. Main, aktif dan tidur macam biasa. Faiq telah dibekalkan ubat demam oleh Dr. Tan. Just in case. Aku telahpun beri Faiq minum ubat tu.untuk elakkan demam. Walau bagaimanapun, kesokkan harinya :-

Faiq demam jugak!!!! Suhunya mencatat 37.4 celcius. Mild fever.
Anyway, kami memang dah menjangkakan.Ubat demam tu pun aku continue je bagi.

Tak puas hati nampaknya En. Faiq kita, semalam kena cucuk. *Membebel*

Masih lagi ada hati nak main walaupun tengah demam :)

You always make me smile sayang. :)

Tolak kain basah dari kepala. Tak mau dah. Old fashion katanya. Beli Kool Fever la mama!

Petang tu, suhu dah mula turun. Alhamdulillah. He starts playing with Mama's fingers.

Bosan ah main asik main jari je. *Mulut muncung*


And he ended up with this. :)


You will always be my hero, Faiq. No matter what, I will always love you with all my heart. I'm willing to give you everything I could to make you happy and to make sure that you stay healthy. That's a promise.
Thank you Allah, as You have granted my wish.
My only wish.
My Faiq Aqwa.

Alhamdulillah.

Sesungguhnya aku hanya berusaha untuk memberikannya yang terbaik, namun tertakluklah pada ketentuanNya.
Pastinya itu merupakan yang terbaik antara yang terbaik.

InsyaAllah.








8 comments:

  1. Hi mummy, actually pneumococcal vaccine ni just precaution..chances nak kena tu ade..tho my son bukan premmies , he also took 4 dose of pneumococcal vaccine.But still ended up kat sepital due to pneumonia..What me suggest is avoid crowded place and haze especially..taman ke memang banned langsung.Huhuhu.

    And kalu anak hantar kat taska alahai lagila tinggi chances nak kena.

    Moga FAiq terus sihat yer? :)

    ReplyDelete
  2. Hi mummy Linziana,

    Thanks for reading. Yes, memang pneumococcal ni boleh kena walaupun baby dah ambil precaution as vaccination ni. Hmm..tapi just one of the usaha yang kita boleh buat utk mereka..Kalau kena jugak tu, memang ketentuanNya la kan..
    Yes, you are right. And thank you for the useful tips! Memang kalau hantar taska lagila tinggi chances untuk dapat. Mohon dijauhkan. InsyaAllah.

    Your baby dah sihat ke belum mummy? Hugs for him as well!
    Thanks for the duas. :)

    ReplyDelete
  3. Comelnye faiqqqq... Suka tengok dia. Fa tak gemuk pun? Slim je... Lagi satu nak puji bagi kembang sikit, cantik picture header tu. Hihi

    ReplyDelete
  4. Ummi, hahahaha. memandangkan header sebelum ni cam pathetic sangat, Fa menggagahkan diri blaja buat header. jangan tak tau semalam seharian Fa tak mandi2 sebab duk ngadap lappy godek2 macam mana nak wat header. Nak amik exam induksi pun tak macam ni. eheh...Petang dekat2 asar baru siap. hikhikhik
    Thank you ummi (blushing..ah, gedix!)

    Faiq demam lps cucuk. hikhik.ummi, fa amik gambar yang x menampakkan Fa yang sebenar. muahahahaha~ kira camera trick la kot? sebenarnya memang gemok ummi.. :)

    thanks for reading.:)

    ReplyDelete
  5. Faa, gmbr 2 dr bwh tue amat cute...tang mata yg penting 2....Aku amat kagum dgn ko dan Faiq...especially Faiq....sgt kuat dan tabah....don't give up Faiq dan mamanya, ok?

    Peanut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha~ thanks peanut..faiq ni kadang2 suka buat muka2 pelik.hikhik..insyaAllah..doakan ye peanut eh...thanks! amin..

      Delete
  6. Assalamualaikum. Tumpang tanya, anak awak berapa bulan bila awak g cucuk vaksin ni?anak saya pun premature. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sis Nio..
      Faiq masa ni nak masuk 6 months but I recommend sis untuk buat lebih awal. 6 months tu dah kira lewat juga. Ni pun buat sebab dia fragile sangat. Sikit2 batuk. Cuba tanya doc utk lebih kepastian. T.kasih sudi singgah.. :)

      Delete