Wednesday 18 July 2012

Segalanya Tentangmu, Faiq!

Bismillahirahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

17 Julai 2012
Faiq Aqwa telah menginjak usia 5 bulan pada tarikh tersebut. Alhamdulillah! Syukur pada-Mu Ya Allah.
Sesungguhnya aku sangat bersyukur anugerah ini terus diberikan kekuatan oleh-Mu untuk terus bersama-sama kami menyusuri kehidupan yang penuh ranjau berliku. Namun, kami akan terus mengorak langkah memberikan yang terbaik untuk anakanda yang tersayang. Seandainya aku perlu menggadaikan nyawa untuk kesejahteraannya, aku sanggup demi zuriatku.

Menjaga bayi pramtang tidaklah semudah menjaga bayi normal. Setiap apa yang berlaku ke atasnya harus diambil kira. Harus diteliti dan diperhatikan. Pernafasannya, penyusuannya, sistem penghadamannya, sistem perkumuhannya, alergi jika ada, ukur lilit kepalanya, segalanya!

5 bulan Faiq dalam jagaanku, pelbagai ragam yang dapat ku perhatikan melalui anak kecil itu. Perlahan-lahan aku mula berkenalan dengan empunya diri Faiq Aqwa. Berikut merupakan 10 perihal anakku yang satu ini.

  1. Faiq mudah mengalami kembung perut (colic) seawal usianya 2 bulan sehingga kini.
  2. Faiq sudah diperkenalkan dengan susu formula memandangkan beliau kurang gemar dengan direct feeding sejak awal lagi. Aku cuba yang terbaik untuk memberikan beliau susu ibu sehingga sekarang, namun penghasilan susu sangat mengecewakan. Kini aku menjalankan relactation dengan harapan susuku akan bertambah dari sehari ke sehari. InsyaAllah.
  3. Faiq sangat sensitif. Mudah merajuk sekira susunya lambat disediakan. Namun apabila dipujuk dan diusap, beliau mula bertoleransi.
  4. Faiq tidak menggemari puting kosong.
  5. Faiq suka dihayun dalam baby cot ketika mahu tidur. Aku tidak mengamalkan penggunaan buaian.
  6. Faiq suka mencakar kepalanya! Kadang-kadang habis luka-luka kepalanya dek kukunya yang tajam itu! Walaupun usianya sudah 5 bulan, namun aku terpaksa memakaikan sarung tangan (mittens) kepadanya kerana habitnya ini yang sangat sukar untuk diubah!
  7. Kulit Faiq alergik pada gigitan serangga atau luka. Cakaran yang dilakukan oleh beliau akan menyebabkan kepalanya bengkak-bengkak. Ini merupakan salah satu mengapa aku terpaksa memakaikan sarung tangan kepadanya.
  8. Faiq mudah sembelit! Apabila tiba masanya, beliau akan meneran sehingga merah mukanya! Mungkin faktor susu formula yang diberikan. Sudah ku cuba pelbagai susu. Percayalah, aku juga sudah tidak ingat susu terkininya ini susu yang ke berapa!
  9. Faiq suka diagah dan tersenyum.Sekiranya beliau sangat teruja dan gembira, lidahnya akan dijelirkan.
  10. Faiq tidak mempunyai rambut yang lebat sejak lahir lagi. Jadi aku sudah biasa dengan pertanyaan,      "Oh, dah bercukur dah ye?" atau " Bila buat cukur jambul? Tak jemput pun?" Sebenarnya kami tidak buat cukur jambul pun.. Memang rambutnya begitu. Oh, bercakap tentang majlis cukur jambul, rasanya kami bercadang untuk mengakikahkannya sahaja sewaktu Hari Raya Korban nanti. InsyaAllah. Majlis yang sepatutnya berlangsung pada awal kelahiran bayi tidak dapat dilaksanakan dek kerana faktor kesihatannya yang masih belum stabil ketika itu.

*          *          *          *          *
Sebenarnya, aku tidak mahu terlalu memikirkan apa yang akan jadi 10 tahun dari sekarang. Bagaimana Faiq ketika itu? Bagaimana kesihatannya? Bagaimana pelajarannya? Bukan aku tidak ambil tahu, bukan! Bukan itu maksudku. Ibu manalah yang tidak prihatin terhadap apa sahaja tentang anak mereka walaupun isu itu seakan remeh untuk diperkatakan. Cuma aku... seakan takut. Takut untuk menghadapi hari-hari esok.  Yang penuh misteri dan tanda tanya.

Aku telah melalui detik-detik yang paling sukar dalam hidupku, telahku kongsikan bersama kalian dalam entri-entri sebelum ini. Mungkin dek kerana itu, aku seakan trauma. Trauma dengan segala-galanya yang berkaitan dengan kesihatan Faiq. Sehingga kini aku masih lagi berpegang pada kata-kata :

Aku hanya mahukan satu hari lagi bersama anakku, untuk melihatnya terus membesar dan sihat sepenuhnya. Aku tidak mengharapkan lebih, aku tidak pernah mahu untuk memasang angan-angan tinggi. Cukuplah apabila aku tahu, hari esok anakku masih lagi sihat dan ceria bersamaku.

Dengan berfikir sedemikian, aku sentiasa akan mahu berikan yang terbaik untuk Faiq setiap hari. Aku tidak mahu sesalan menyelubungi fikiranku dek kerana aku bertindak sambil lewa terhadapnya. Aku tahu, ada di kalangan kalian yang kurang bersetuju dengan caraku berfikir. Mengatakan aku seorang yang mudah berputus asa, tidak bercita-cita tinggi, berfikiran negatif, dan banyak lagi anggapan-anggapan peribadi kalian yang pelbagai warna.

Aku hormati pendapat kalian. Kalian berhak menyuarakan apa sahaja pendapat yang dirasakan wajar. Namun aku punya alasan tersendiri. Alasan yang hanya aku yang mengerti.

Prinsip tersebut menjadikan aku sentiasa mahu menjadi ibu terbaik untuk Faiq. Sentiasa mahu berusaha untuk meletakkan prioritinya di tempat yang teratas. Mungkin perasaan malas kadangkala menguasai, namun apabila aku berpegang pada prinsip tersebut, serta-merta rajin pula yang menyapa. Ah, itu hanya psikologi semata-mata! Ku harapkan aku terus istiqamah dalam menjaga dan mendidik Faiq, membimbingnya ke jalan yang diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah..

I love you, sayang!

7 comments:

  1. salam farrah, yana ni (ummu shafy).. nice entry. semoga faiq sentiasa diberi kesihatan yg baik, jadi anak yg soleh..dan ibunye sentiasa tabah dan bersabar dlm hadapi hari2 mendatang k. menten comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yana.. Thanks sudi berkunjung ke blog Fa.. Hikhik...InsyaAllah..semoga Shafy juga akan sentiasa dilindungi Allah swt, diberi kesihatan yang terbaik dariNya..Hope Yana pun sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan-dugaan mendatang. Thanks for the support and dua. Ahaks! Menten comel juga Shafy! :)

      Delete
  2. Comelnya Faiq jelir lidah. Cute sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi,
      huhuhu..tu maknanya dia suka sangat la tu sbb orang agah dia..huhu. Thanks for reading ummi. :)

      Delete
  3. comeiinye faiq...nk cubit2 pipi faiq ni

    ReplyDelete
  4. thanks "si kacak".. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Salam fa...saya seorang ibu yang sedang hamil dan disahkan mengalami ketuban kering...dan setelah membaca blog anda...saya sngat teruja untuk bangkit smula bertarung demi mujahidah saya...pinjamkan saya kekuatan anda kerana saat ni bayi saya baru berusi 24 mnggu...dan saya yakin anak saya mampu mengharunginya..dengan kuasa allah yang tiada tandingan..in sha allah

    ReplyDelete