Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
"Restoran Arab? Best sangat ke makanan arab?
Begitulah reaksi kerek aku sewaktu AB menyuarakan hasrat untuk dinner kat restoran arab.
Kebetulan, beliau perlu ke Putrajaya atas tuntutan kerja pada minggu lepas, lalu bermurah hati mengajak aku sekali.
Pada mulanya, aku lebih berminat nak menjamu di Restoran Ana Ikan Bakar Petai cawangan Bangi. Tapi rasa kesian pula bertandang setelah melihat AB yang beria-ria nak makan makanan Arab, aku pun ikut je la.
Kami ke Sana'a Restaurant yang terletak di Cyberjaya.
Entrance (source : Facebook/ Sana'a Restaurant) |
Bahagian open air. Aku tak suka sangat open air sebab geng-geng ni pakat duk hisap shisha. I memang alergik sikit bab asap-asap dan sewaktu dengannya. (source : Facebook/ Sana'a Restaurant) |
Ok, ni bahagian air-cond. Kami pilih tempat kat sini. Bebas bau shisha dan bau rokok. Merokok membahayakan kesihatan tau tak?? Grrr. *emo* (source : Facebook/ Sana'a Restaurant) |
Menu Sana'a Restaurant |
Lepas dah pilih tempat duduk, datanglah seorang staf ambil order. Dan itulah first time aku dengar AB speaking English. O.M.G! Sana'a akhirnya berjaya mengubah suamiku! *mata berkaca-kaca sambil senyum memanjatkan kesyukuran*
Ok, over.
Waitress tu sebenarnya tak pandai cakap Melayu, tu yang AB kemain speaking dengan dia. Amboi AB..... ;)
Menu dia banyak, tapi AB nak makan Hanith Lamb. Aku pun memang tak biasa dengan menu makanan Arab ni, so aku ikut je la apa yang AB suka.
"Two Hanith Lamb, Two Barbican "
Bar what?? Barbican??? Pelik benau bunyinya. Apa benda tu? Takde pulak ciri-ciri nahu arab. Lantas bila aku tanya apa benda Barbican tu, dia jawab..
"Fa rasa la dulu."
Suspen ok! Apa benda pulak dia nak order ni? Nak tengok balik kat menu waitress tu dah ambik balik. Tunggu je lah nampaknya.
Dan apabila waitress tu hantar pesanan kami, aku dapati Barbican ialah sejenis :-
*
*
*
*
Ye, aku tahu apa first impression korang kalau tengok gambar ni. Barbican-Hillsburg (RM4 per bottle) ialah sejenis bir arab, yang tidak mengandungi alkohol. Ni pineapple flavour. |
Aku memerlukan masa yang lebih untuk cuba Barbican ni, memandangkan botolnya yang pelik, dan panggilan masyarakat pada minuman ini. Walaupun aku tahu ianya non-alcoholic, tapi aku masih lagi rasa pelik dan aneh untuk mencubanya.
Setelah diyakinkan oleh AB bahawa bosnya yang warak juga pernah meminum Barbican ni, barulah aku berani cuba. Ok, rasanya macam normal soft drinks, macam rasa air nenas bergas. Ok je. Tapi tang botol tu aku tak berapa nak berkenan. Boleh tak diorang tukar botol tu jadi botol yang bersemenggah sikit, pleaseeeee? Ni memang nampak betul-betul macam botol yang tidak bermoral tu.
Ok, cukup cakap pasal Barbican. Sekarang jom kita pekena Hanith Lamb.
Hanith Lamb (RM 17 per set) is consist of :-
Hanith Lamb + Air Gas Pineapple Flavour (serius aku takmo sebut nama dia) |
Hanith Lamb (RM 17 per set) is consist of :-
Nasi Arab
Daging kambing empuk (Hanith Style)
Sup
Sos/ sambal special
Nak review tentang Hanith Lamb ni macam tak reti sangat sebab aku ni bab-bab makan ni, kalau sedap aku bedal je. So nak describe rasa dia tu macam susah sikit bagi aku. Tapi aku try ye.
Hanith Lamb ni nasi dia macam nasi beriyani, guna material (macam kain plak ha ha) beras basmathi. Panjaaaaangggg... Rasa dia ok, sedap jugak, tak la berempah sangat macam beriyani. Nasi dimasak lembut. Tapi memang banyak la nasi dia. Aku baru plan nak diet woi!!!! Habis diet gue.
Nak cerita pasal kambing sikit. Aku ni memang anti sangat dengan kambing sebab masa kecik-kecik dulu sedara-sedara aku selalu cakap makan kambing panas, makan kambing panas, makan kambing sakit kepala, dan sebagainya. Jadi ayat-ayat itu selalu menjadi pedoman diri sampai ke tua-tua ni pun aku memang tak makan kambing. Lagipun ayat yang biasa wujud dalam masyarakat kita iaitu "bau macam kambing" telah melekat dalam otak aku. Menganggap daging kambing memang berbau. Tapi entah dari mana datangnya kekuatan , bila AB ajak makan kat restoran arab ni, aku tergerak hati nak try. AB memang peminat tegar kambing. Pastu tengok dari dalam menu macam best pulak daging ni. Try la sekali!
OMG
Hanith Lamb memang sangat best!!!!!! Lembut sangat daging dia, dan bagi aku, rasa dia tak ubah sangat macam daging lembu. Lebih kurang je. Hanith Lamb dimasak dalam aluminium foil. Tekstur dia sangat lembut dan tidak berbau hamis. Dimasak lebih kurang macam kukus. Tapi ada kuah-kuah sikit. Perut kenyang suka hati. Lalala.
Amboi AB, control je guna fork spoon. Baik-baik bang. Terpelanting Hanith Lamb tu nanti,. Malu I sebagai seorang blogger. (Ha. Ha. Ha. Sila muntah sekarang.) |
Sambal dia best! Rasa macam sambal cili + tomato yang telah dicincang. Rasa pedas yang reasonable. Heaven!
So macam mana dengan hipotesis awal aku yang melontarkan kata-kata negatif terhadap makanan Arab?
More informations, log on to Facebook, search Sana'a Restaurant.
*
*
*
*
Hipotesis ditolak sekeras-kerasnya. :)
Call sekarang untuk delivery untuk sesiapa yang tinggal within Cyberjaya. |
I just like kebab arab <-- tiba2 je.
ReplyDeleteDulu masa kat madinah-mekah, suka sangat makan kebab dengan yogurt dia (apa tah nama dia). Ah rindunya saat tu :)
P/s: Fa, boleh tak you buang verification yg nak prove kita ni bukan robot tu. Pinar mata i nak tengok nombor kan huruf yg belit2 tu. Haha
Nad, ada ke? kat mana?? nak buang katne?
DeleteFa dah buat? Cuba Fa check kat setting ke. Nad pun dah tak ingat kat mana. Kalau owner tu yg comment, xkn ada word verification. Tp klu org lain, akn nmpklah... Cuba Fa logout n try comment as anonymous, nnt nmpk. Hihi
DeleteFa dah tukar, Nad, he he. Tak perasan pulak Fa gi tulis 'YES' pada verification code tu.. Thanks ye.. :)
Deletehanith lamb tu memang sedap.. DAging kambing pon lembut
ReplyDelete