Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Aku suka hidup dalam angan-angan. Angan-angan yang sememangnya tak wujud dan kalau wujud pun tak seindah yang disangka. Dek kerana angan-angan yang terawang-awang itulah aku jadi manusia pendiam, hidup dalam dunia sendiri, bercakap sorang-sorang dan suka melengahkan masa.
Manusia dibekalkan masa sebanyak 24 jam sehari. Dan semua manusia memiliki masa yang sama. Terpulang kepada bagaimana kita mencorak masa kita supaya ia dapat dimanfaatkan menjadi suatu yang berguna atau sebaliknya.
Aku baru sahaja selesai membaca entri yang dikarang oleh rakan blogger merangkap rakan sejiwaku Ummi Najla, yang mana membuatkan aku terdiam, berfikir dan meneliti sejenak.
Apa yang aku mahu dalam hidup ini?
Kenapa aku suka membuang masa dan melengah-lengahkan perkara yang sepatutnya disiapkan?
Susah sangat ke nak berubah?
Sepatutnya aku lebih bijak membahagi masa supaya aku dapat dijadikan contoh kepada anak muridku.
Entri tersebut serta merta membangkitkan rasa percaya diri dalam jiwaku. Berkobar-kobar semangatku untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sejujurnya, memang aku seorang yang bencikan peraturan, disiplin dan sistematik. Aku seorang yang memegang prinsip asal boleh, aku redah je. Aku gemar benar membazir masa sehinggakan aku rasakan hari-hari mendatang begitu kosong dan tak bererti. Pergi sekolah, balik sekolah, main intenet, makan, tidur. Esok ulang semula.
Tapi sampai bila?
Jadi persoalan-persoalan ini seringkali berlegar-legar dalam minda buat aku terfikir, sampai bila aku mahu terus hidup berangan-angan? Sampai bila aku harus mewarnakan hidupku ini dengan hanya berbekalkan rona hitam dan putih? Di mana rona yang selebihnya? Pelangi dipuji dan dikagumi kerana warnanya yang pelbagai. Ya, aku juga mahu hidupku seperti pelangi. Aku mahu jadi seorang yang bermanfaat dan mampu memberi manfaat pada orang lain. In Shaa Allah.
Diharapkan supaya blog ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat yang boleh diguna pakai kepada seluruh viewers dan readers yang memerlukan, In Shaa Allah.
Ayuh, Fa.. Bangkitlah dari mimpi dan berlarilah menuju pelangi yang merona indah di atas sana. :)
Istimewa pelangi terletak pada warnanya. Istimewa manusia terletak pada akalnya. Jom pelihara akal dari sifat-sifat mazmumah. :) |
Sya suka first prngan tc.. hmpir sama.hehe. :p. Thanks tc bnyk manfaat yg sya dpt dri blog tc :). Tc mmg seorng idola yg trbaik ;)
ReplyDeleteThanks Syahmi.. Tc juga belajar dari pengalaman. Pengalaman mematangkan kita.
DeleteRajin-rajinlah membaca buku motivasi untuk didik hati dan jiwa.. :)
Take care! :)
Sya suka first prngan tc.. hmpir sama.hehe. :p. Thanks tc bnyk manfaat yg sya dpt dri blog tc :). Tc mmg seorng idola yg trbaik ;)
ReplyDeleteKenapa i x perasan entry ni? Kembang semangkuk dibuatnya. Hihi. InsyaAllah Fa. Bila dah sampai waktunya, kita akan terasa nak manage diri dengan lebih baik. Lagi-lagi bila terpaksa. Insya-Allah :)
ReplyDeleteHahaha, exactly!
DeleteYou inspires me. Thanks a lot :)