Thursday, 31 January 2013

Faiq : CT Scan Thorax

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Semasa menulis entri ini, aku seringkali merasakan debaran yang kuat memalu-malu dinding jantungku. Sungguh, kadang kala aku merasakan hidup ini penuh dengan ketakutan dan kegusaran. Namun, aku tahu, Allah sentiasa ada untukku.

Readers tahu apa itu CT scan?

CT Scan membawa maksud Computerized Tomography Scan. Suatu jenis scan (imbasan) yang dilakukan untuk mengesan keabnormalan (abnormalities) sesuatu sel/ struktur/ organ bergantung kepada apa yang diimbasnya. CT Scan dilakukan untuk melihat dan mengkaji dengan lebih jelas sesuatu struktur itu berbanding dengan imbasan sinar-X. Pendek kata CT Scan ni ialah imbasan yang lebih terperinci berbanding X-Ray.

Memandangkan Faiq pernah menjadi warga PHDU selama 3 atau 4 hari (maaf, aku tak ingat (sebenarnya tak nak ingat langsung!!!) ), maka Faiq diwajibkan untuk menjalankan CT Scan pada paru-parunya. Medical term - CT Scan Thorax. Tarikh telah dipilih, 17 Januari 2013. Aku yang jauh dari Terengganu, sanggup pulang semata-mata untuk menemani Faiq yang tersayang pada hari itu. Aku sangat-sangat berterima kasih pada Pengetua sekolahku, yang amat memahami situasi diri ini yang sangat tersepit di antara masalah peribadi dan komitmen terhadap kerjaya. Kerjaya lah sangat kan, ha ha ha, cikgu je pun. Alhamdulillah, permohonan cutiku lulus!

16 Januari 2013
Perjalanan dalam bas Sani Express dari Stesen Bas Kuala Terengganu ke Stesen Bas Shah Alam bukanlah suatu jangka masa yang menyeronokkan. Tambahan pula dengan debaran yang tak putus-putus singgah di hatiku, bimbang terhadap apa yang bakal terjadi esok. Ya, esok 17 Januari 2013. Itulah harinya.

17 Januari 2013
Sesampainya di rumah pada pukul 4.30 pagi, aku tertidur sekejap selepas melihat Faiq yang masih lagi lena dibuai mimpi yang indah barangkali? Temujanji doktor pada pukul 8.00 pagi. Aku harus cepat. Siapkan Faiq dan kelengkapannya, dan walla! Inilah kami :-

Faiq Si Nelayan Moden.


Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) tidaklah terlalu jauh dari kediaman kami. Hanya dalam 4 minit perjalanan je. Setelah pendaftaran selesai, kami ke Klinik Pediatrik HTAR dengan menyorong Faiq yang sepanjang masa menangis. Kenapa? Adapun mungkin aku ini terlalu hodoh baginya, sampai tengok muka aku je nangis. Arrrrrrr!!!!!


Faiq tak kenal aku lagi. :(

Sebab tu dia nangis.

Gambar kat atas tu nampak ceria sebab yang duk agah ialah Tok Abah kesayangan Faiq. Memang la lebar senyumnya.


S E D I H T A U T A K ?

Memang lama jugaklah Faiq menangis dalam klinik tu. Mati aku. Apa nak buat ni??? Mujurlah Tok Ma ada teman kami. Kalau aku yang dukung, memang meraunglah jawabnye. Dengan Tok Ma dia kemain lagi senyap siap peluk rapat-rapat sebab takut aku ambik. Eleh. Sombong tul Faiq sekarang. Huuuuu.

D O U B L E S E D I H T A U T A K ?

Anyway, lama-lama Faiq mahu jugak la dengan aku. Tapi aku tak de la berani sangat nak dukung dia, setakat tolak stroller je la aku mampu buat. Kang pegang lagi kang, menjerit cinonet tu. Aku pulak dituduh penculik bayi. Sape nak jawab?

-Enough of crapping- 

Menurut doktor, bayi yang akan menjalani CT Scan akan diberi ubat pelali bagi mengelakkan sebarang pergerakan seperti meronta-ronta, mengiring, meniarap dan lain-lain semasa proses scanning dilaksanakan. Selain itu, patient CT Scan harus dimasukkan sejenis pewarna medikal sebagai highlight pada sesuatu sel/ struktur/ organ tersebut. Highlight ni penting untuk mencari keabnormalan yang mungkin terdapat pada organ yang discan itu. Pewarna itu perlu dimasukkan melalui line yang akan disetkan di vena patient. 

Kalau readers baca entri yang terdahulu, mesti anda tahu bahawa urat Faiq memang sangat susah untuk dicari! Kami menunggu hampir 45 minit di luar bilik persediaan semata-mata untuk menunggu doktor untuk set line jarum pada tangan Faiq! Yes, 45 minit dan bayangkan betapa panjangnya senarai menunggu bagi patient selepas giliran Faiq? Muka masing-masing hangin semacam je bila tengok aku. Dah aku nak buat camne, aku pun kalau boleh takmau Faiq kena cucuk bagai, ok! *muka gedik mata ke atas*

And it end up with this statement :-

Puan, kita tak dapat jumpa la urat anak puan, susah sangat nak cari urat dia, asal cucuk je bengkak, cucuk je bengkak, cucuk je bengkak.."

Ok, ayat "cucuk je bengkak" itu diulang 3 kali, maknanya sah Faiq dicucuk paling minimum 3 kali. 3 kali ok? Aku yang tua bangka ni pun still rasa pedih bila kena cucuk sekali. Ni paling kurang 3 kali. *geleng kepala* Kesian Faiq, dari tadi menangis dalam bilik tu, alih-alih itu ayat yang doktor bagi. It was a relief, indeed. Aku pun tak nak Faiq dicucuk lebih banyak lagi.

"So macam mana dengan pewarna tu, perlu guna tak?"
"Kami dah call CT Scan Department, diorang kata, takpe, hantar je patient dulu ke sana. Kalau doktor dapat tengok jelas dalam screen, tak payah masuk pewarna la..."
Readers, anda rasa tak apa saya rasa? Kalau anda seorang ibu, tentu anda tahu apa yang meluap-luap dalam hati saya.

45 minit digunakan sepenuhnya untuk entah-berapa-kali cucuk diakhiri dengan tiada apa-apa outcome.

Memang aku marah dan kesal tapi aku tahu doktor telah melakukan yang terbaik. In Shaa Allah.

Poor Faiq.



Next, kami pun ke CT Scan Department untuk menyempurnakan prosedur itu. Jauh jugak la dari Klinik Pediatrik, lenguh jugaklah kami berdua (aku dan mama) berjalan dari klinik tu. Sampai je kat sana, aku dapat tengok pelbagai patient dari pelbagai umur menunggu untuk discan. Ada kanak-kanak mahupun warga emas. Telan liur aku melihat situasi itu. Lalu aku melihat Faiq. Barangkali Faiqlah patient paling muda di sini. Sabarlah sayang, Allah ada untuk kita.


Faiq yang telah lena setelah diberi ubat pelali.
Kasut pun dah tercabut gara-gara bersilat denga aku masa nak bagi ubat pelali tu.

CT Scan Suite, menunggu masa giliran.

Bilik Scan yang akan dimasukki oleh Faiq sebentar lagi

Faiq yang telah bersedia untuk menjalani CT Scan.
Pakaian perlu ditanggalkan kerana Faiq akan discan di dadanya, di mana terletaknya paru-paru.


Hanya aku dibenarkan masuk menemani Faiq. Mama terpaksa tunggu di luar. Aku tidak dapat mengambil sebarang gambar sewaktu berada dalam bilik tersebut. Tapi aku ada attach satu gambar dari Google yang menunjukkan bagaimana CT Scan dijalankan.


Beginilah situasi Faiq sewaktu CT Scan dijalankan.

Dari bilik tersebut, doktor akan mencari sebarang jika terdapat sebarang keabnormalan yang wujud dalam paru-paru Faiq. Memang sangat mendebarkan sewaktu melihat skrin yang terpampang. Walaupun aku tidak memahami gambar imbasan tersebut, namun ada kekhuatiran yang wujud dalam diriku. Aku sama sekali tidak mahu lagi melalui episod-episod duka yang mana pernah aku lalui sebelum ini. 

Setelah selesai proses CT Scan, Faiq dihantar keluar dari bilik, untuk dipakaikan pakaiannya semula. Dan beginilah Faiq selepas selesai prosedur.

Masih lagi lena penangan ubat pelali. Sampai rumah pun belum sedar-sedar lagi. Cuak ok!

Menurut doktor, keputusan laporan tidak dapat disiapkan pada hari yang sama. Beliau telah memberikan tarikh temujanji 3 bulan dari hari ini. Sekiranya keputusan CT Scan ini memerlukan Faiq untuk menjalani apa-apa rawatan segera, maka temujanji seterusnya akan diawalkan. Pihak hospital akan menghubungi aku atau AB melalui telefon sekiranya terdapat perubahan temujanji.

Kata-kata doktor itu mematikan keceriaanku pada hari itu. Sungguh, aku benar-benar berdebar menunggu keputusan tersebut.

Aku hanyalah seorang manusia yang seringkali berfikiran negatif. Kenegatifan yang selalu menjadi igauanku kadangkala membawa kegusaran padaku pada sesuatu yang tidak pasti. Seringkali aku lemah kerana aku tahu aku tidak berdaya melawan taqdir. Namun, di sebalik kebimbangan yang bersarang, aku juga punya suatu harapan. Harapan untuk melihat anakku sembuh, sihat dan sentiasa berada di bawah lindunganNya Yang Maha Menyayangi. Dan berpegang pada kekuatan itu, aku akan terus mengorak langkah untuk melindungi dan meyayangi Faiq walau apa jua keputusan yang bakal ku terima selepas ini.

"Ya Allah, sembuhkanlah Faiq, sihatkanlah Faiq, selamatkanlah Faiq..
Pinjamkanlah Faiq lebih lama untukku, 
 Kerana sesungguhnya diri ini belum puas untuk mengecapi keindahan dunia bersama-samanya" 






















8 comments:

  1. Salam. Cikgu banyakkan bersabar ea, insyallah mendapat keputusan yang baik, saya doakan agar Faiq, cikgu dan keluarga bahagia dan insyallah dipermudahkan segala urusan. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam, Syahmi..

      Thanks sebab berkunjung ke blog cikgu. Lama dah tak jumpa awak. Terima atas doa yang disedekahkan, amin..

      Cikgu doakan segala yang terbaik untuk awak. Thanks juga sebab sudi follow blog ni. Cikgu tak tau plak awk ada blog.. :)

      Delete
  2. In Shaa Allah faiq xde ape2 ni. tgk muka comel sihat je. hehe. kesian kt teacher, faiq xkenal dah smpai nangis2 kena dukung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Mashimoaroman,

      Thanks atas doa tersebut, amin..

      Delete
  3. Dear, sory lama sanat tak drop comment kat sini. Sempat jugalah baca entries u sebelum ni tapi tak sempat nak comment. Malam ni free sikit, so bolehlah baca lama2.

    Masa baca part Faiq kena cucuk tu, serius rasa macam.... ishhh,tak tahulah nak kata. Tak suka part tu. Serius, sedih tengok tangan anak kita bengkak kena cucuk kan.

    Apa2 pun, Faiq memang anak yang kuat. Insya-Allah tak ada apa-apa ok. Keep praying, fikirkan yang baik-baik saja ye. Insya-Allah, Faiq akan menjaga Fa nanti sebagaimana Fa menjaga dia.

    Ok, Fa. Sambung lain nanti ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nad..

      Fa rasa macam berdebar sangat kalau keputusan dah keluar. Tak sanggup nak tahu apa-apa.. Memang bengkek jugak la.. Sebab dah banyak kali cucuk, tapi alih-alih cakap tak perlu sangat pun pewarna tu. Huhuhu.

      Amin, semoga doa-doa dari Nad dan semua yang mendoakan akan dimakbulkan Allah..

      :) ------> A meaningful smile. Hanya kita yang tahu. ;)

      Delete
  4. Fa, did u noticed a comment from RNadia dalam entry u Istimewa Sebuah Pengorbanan. She also fight PPROM at 16 weeks. I think, she need ur support as a mother who has experienced this situation. I baru lepas baca entry dia. Maybe Fa boleh bagi good advise and support. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I've noticed, and I have personally drop a comment in her blog.. Tapi no feedback received. Dalam comment Fa tu, Fa mintak emel dia sebab kalau nak cerita memang panjang sangat. So I've thought of sending her an email so that we could share personally with each other about this.

      Still waiting from her reply. ;)

      Delete