Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ada apa dengan 17 Februari?
Dia dilahirkan.
Tanpa kedengaran suara tangisan yang kuat.
Hanyalah sekadar elusan halus
Yang cuba meraih seberapa boleh nafas yang mampu
Lalu segera dikejarkan ke NICU.
Disahkan kritikal setelah 7 jam dilahirkan.
Yassin terus dialunkan oleh imamku
Dengan harapan kami masih punya peluang
Walau hanya secebis cuma.
Namun,
Tiada satu pun kata-kata positif yang dibutirkan oleh pakar.
Harapanku hancur.
Jiwaku luluh.
Semangatku hilang.
Namun, siapalah mereka untuk menentukan?
Jika kita punya Allah yang berkuasa atas dalil "Kun Faya Kun"
Dan siapa kita untuk menafikan?
Maka yang mustahil tetap akan tertulis andai itu iradahNya.
Asuhan dalam tangisan kepayahan,
Jerih peluh membasahi hati
Aduh, gusar benar hatiku
Apakah masih ada sinar kegembiraan untuk kami?
Usahkan berharapkan sinar,
Percikannya sahaja sudah memadai.
Seperti mana aku khabarkan,
Nilai 'Kun Faya Kun" terlalu misteri.
Tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi,
Esok masih lagi teka-teki.
Dan aku tidak menyedari waktu menguntum dari hari ke hari,
2013 membawa aku ke tarikh 17 Februari,
Satu tahun telah di titi,
Oleh Faiq Aqwa si jantung hati.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Allahu Akbar.
Terlalu banyak yang ingin aku luahkan.
Terlalu banyak.
Lalu puisi ini dikarang sebagai suatu rangkuman cebisan perasaanku terhadap Faiq Aqwa yang sangat istimewa.
Terlalu istimewa barangkali untukku.
Faiq sayang, mama tak pernah terfikir yang mama berpeluang menyambut ulangtahunmu suatu ketika dahulu.
Dan mama tak mahu mengingatkannya lagi.
Cukuplah.
I love you more than everything.
Always.
Happy First Birthday, sayang.
*hugs*
*kisses*
*tears*
Priceless. *SujudSyukur* |
faa, Allah pilih faa.. sbb Allah tahu faa mampu
ReplyDeleteTerima kasih, kak Asiah.. :')
Deletesubhanallah, nukilan seorang ibu :)
ReplyDeletetahniah teacher, teacher memang kuat. semoga Allah sentiasa merahmati teacher sekeluarga :)
sanah helwah Faiq Aqwa Faizol, a strong one year old little boy :D
Alhamdulillah, terima kasih Sarah..
DeleteAmin..
Semoga doa Sarah dimakbulkan dan semoga Sarah dilimpahi rahmah dan barakahNya setiap waktu. :)
Faiq dah setahun? Cepatnya masa berlalu.. My dear faiq, selamat menyambut ulang tahun yang pertama sayang. Semoga membesar dengan sihat dan dapat jadi anak yang soleh pada ibu bapa ye. Jaga diri baik2 sbb dah besar nanti nak pinang anak auntie nad kan. Hihi
ReplyDeleteYup Nad. Macam tak percaya je. Amin. hikhikhik..Mana la tahu kan. 20 tahun lagi, mungkin.. ;)
DeleteSya betul2 kagum dgn tc . Tc betul2 seorng yg kuat ;). Sya akan sntiasa doakan tc sekeluarga bahagia n smoga faiq mnjdi seorng yg kuat mcm tc ;). Amin
ReplyDelete