Wednesday, 26 September 2012

Semurni Kasih Abah

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Aku cukup sensitif kalau berbicara tentang ibu bapa. Bahkan sifat sayangkan ibu bapalah yang sentiasa aku terapkan kepada pelajar-pelajarku. Supaya tidak mensia-siakan mereka, hargai mereka, menggembirakan mereka serta mendoakan kesejahteraan mereka.

Aku belajar dan bercakap dari pengalaman. Sesungguhnya aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. Abah bekerja di sektor swasta dan mama tidak bekerja. Aku anak tunggal. Hidupku sederhana. Tidak terlalu susah dan tak juga terlalu senang.

Abah sukakan muzik. Pernah beliau bercerita kepadaku yang dahulunya semasa kecil, beliau sangat mengagumi anak orang-orang kaya yang boleh belajar muzik, belajar biola, belajar piano dan sebagainya. Sebagai anak yang hidup dalam serba kekurangan, Abah hanya mampu mengintai harapan itu dari jauh. Lalu disebabkan itu, abah tekad menghantar aku ke kelas piano supaya aku dapat meneruskan impiannya untuk belajar muzik. Sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk aku belajar sesuatu yang unik kerana pada ketika itu tak ramai anak Melayu mahu menghantar anak mereka ke kelas-kelas sebegitu.

Aku menurut sahaja. Ya, usiaku hanya 4-5 tahun. Apalah yang aku tahu ketika itu? Abah suruh belajar, belajarlah aku.

Setiap kali kelas, guruku akan berleter memandangkan aku langsung tidak lancar bermain piano. Lalu sudah berapa kali dia menyatakan bahawa setiap pelajar piano harus mempunyai sebuah piano di rumah! Dan sudah berapa kali juga telah ku usulkan itu pada abah. Harga piano ketika itu bukanlah calang-calang. RM6000 ke RM 7000 untuk sebuah piano baru! Dan aku tahu, pada waktu itu, keluargaku tidak mampu. Hanya selepas 4 tahun kemudian, abah mampu membelikan sebuah piano terpakai yang berharga RM1000+ yang dijual di sebuah kedai alat muzik berhampiran rumahku. Hanya selepas 4 tahun. Bayangkan betapa susahnya abah mengumpul wang untukku.

Namun lama-kelamaan, aku mula malas. Tahun berganti tahun, aku merasakan piano sangat membosankan! Hari-hari kena practise! Hari-hari kena main lagu! Aku malas practise. Aku lebih suka tengok tv, bermalas-malasan dalam bilik, tidur. Ini menyebabkan aku selalu dimarahi oleh guru pianoku. Aku juga malas menyiapkan homework teori muzik yang diberikan olehnya. Hati aku mula memberontak.

"Kenapalah aku kena belajar semua ni?" 

"Kenapa? Aku tak minat semua ni!!"

Lalu aku usulkan pada abah, aku mahu berhenti belajar piano. Abah mulanya agak keberatan. Lama juga beliau berfikir, dan berusaha memujukku untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi. Namun aku tetap dengan keputusanku, aku mahu berhenti! Darah muda. Usiaku pada waktu itu hanya 15 tahun. Ku lihat abah berfikir panjang. Diam di situ. Lalu abah pun menurut dan mengalah. Yes, tak payah belajar muzik dah! Bosan! Hati ku bersorak.

Pernah suatu ketika, sewaktu umurku mencecah 23 tahun. Abah usulkan supaya aku meneruskan pengajian ke peringkat Master. Pada waktu itu, aku telahpun menamatkan First Degree ku dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi. Aku mengabaikan usul abah kerana aku mahu bekerja dan mahu berkeluarga. Pada waktu itu, aku telahpun berkenalan dengan suamiku dan serius tentang hubungan kami. 

Ku katakan pada abah, aku mahu bekerja. Aku mahu berkeluarga. Master tu boleh ambil lepas kawin, bah. Masihku ingat kata-kataku itu padanya. Benar kata orang-orang lama, hati kalau dah kemaruk bercinta, cakap la apa pun, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

Masihku ingat riak muka abah sewaktu aku bersungguh-sungguh mahu berkahwin. Mahu membina kehidupan sendiri. Ada kesuraman di wajahnya. Riak kesayuan yang jelas terpancar. Entah mengapa, wajah kesedihan itu langsung tidak meninggalkan bekas di hatiku. Masih pentingkan diri dan degil mahu kehendakku diturut. Lama abah berjeda. Panjang beliau berfikir. Namun tiada kata yang diluahkan. Lama juga aku menunggu sehingga aku merajuk memencilkan diri. Lalu, abah turutkan juga kemahuanku dalam keterpaksaan. Bimbang aku hilang pertimbangan diri andai hajatku tidak ditunaikan. Dengan berat, abah melepaskan aku untuk aku berkahwin dengan pilihan hati. Sesungguhnya, pada waktu itu, aku rasakan dunia ini hanyalah milik aku.

*    *    *    *    *
"Faiq....Faiq buat apa hari ni...."
"Sayang Faiq...Sayang Faiq...."

"Ok...ok...meh kat Tok Abah meh..Nape nangis ni?"

"Ok..ok..Faiq...Faiq... nape ni..ok..ok..jangan nangis ye..."

"Ok...nanti Faiq tido dalam cot Faiq ye...Tok Abah ulik Faiq ok...Faiq nak tido, sebab tu Faiq nangis..."

"Fa, hari ni Faiq nangis lagi tak? Perut dia macam mana, kembung lagi tak?"

"Pampers Faiq ada lagi tak? Abah beli spare ye?"

"Nah, tadi abah singgah kedai, ingat Faiq abah beli ni..."
(mainan muzik baby) 

"Takpe la, Fa gi tido..biar abah ulik Faiq...."

Readers, itu adalah sebahagian dari dialog-dialog harian abah sewaktu aku masih tinggal dengan mereka menjaga Faiq sewaktu awal kelahirannya. Sedia maklum, aku mengambil cuti panjang selama 6 bulan menjaga Faiq yang dilahirkan pramatang 32 minggu.

Ku rasa hidup ini mentertawakan aku yang mula sedar dari bayang angan-angan keseronokan sehingga mengabaikan perasaan abah suatu ketika dahulu. Dan kini lihatlah! Lihat lah Farrah! 

Siapa yang membantumu menjaga Faiq pada malam hari?

Siapa yang membantumu mendodoikan Faiq sewaktu kau terlelap dek keletihan menjaga Faiq siang hari?

Siapa yang menghadiahkan Faiq bermacam barang untuk keperluannya?

Siapa yang terus memberikanmu semangat untuk meneruskan kehidupan yang penuh dugaan sewaktu kau hiba apabila mengetahui Faiq bakal dilahirkan pramatang?

Siapa Farrah? Siapa??????

Ya, aku tahu.. Aku tahu siapa. Aku benar-benar kenal siapa. Malu hatiku tidak terkira kepada seseorang yang sangat menyayangiku walaupun aku acapkali meruntun hatinya. Mengabaikan perasaannya. Tidak mengendahkan impiannya. Hancurkan harapannya. Aku lah anak yang pentingkan diri sendiri itu. Ya, aku.

Andai dapatku ulang semula putaran dunia ini, sungguh, akanku bahagiakan abah sepertimana yang sepatutnya. Namun, apakan daya? Apa pilihanku? Sesalan yang aku rasai adakah berbaloi? 

Abah, Fa tak dapat putarkan masa kembali untuk menunaikan harapan abah yang selama ini Fa dah leburkan. Fa juga malu dengan diri Fa, malu dengan abah sebab Fa dah banyak menyusahkan Abah. Abah tak pernah berkira dengan Fa, walaupun Fa banyak kali menyakitkan hati Abah. Hanya dengan lafaz terima kasih tidak mampu untuk membalas budi abah pada Fa sekeluarga. Fa mohon ampun dan maaf bah, sebab Fa seorang anak yang degil. Tak mendengar kata. Tak mahu mengikut kemahuan Abah. Fa pentingkan diri. Fa tak fikirkan perasaan Abah. Fa minta maaf, abah. Fa janji akan menebus segala kesalahan Fa yang dulu.


*    *    *     *     *
Suatu hari, sewaktu aku berehat di rumah bersama abah.

"Abah ada satu cerita untuk Fa, nak dengar tak?"

Aku mengangguk dan tersenyum.

Begini cerita abah :-

Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang mempunyai sikap panas baran. Ayahnya telah memberikan dia sebungkus beg berisi paku dan berkata, 

"Wahai anakku, setiap kali kamu berasa marah terhadap seseorang, maka hendaklah kamu memaku sebatang paku dari uncang ini di pagar kayu itu," kata ayahnya sambil menunjukkan sebuah pagar kayu di luar rumah mereka.

Lalu, pada hari pertama, budak lelaki itu memaku 37 paku pada pagar kayu itu menandakan dia telah menyakiti hati orang lain sebanyak 37 kali. Minggu berganti minggu, akhirnya budak lelaki itu berjaya mengawal kemarahannya dan jumlah paku yang dipaku pada pagar tersebut semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Dia merasakan adalah lebih mudah untuk mengawal kemarahannya berbanding memaku paku pada pagar yang sangat keras itu.

Akhirnya pada suatu hari, budak lelaki ini berjaya mengawal kemarahannya sepenuhnya dan langsung tidak perlu memaku paku pada hari itu. Lalu, budak lelaki ini mengkhabarkan pada ayahnya berita tersebut. Ayahnya hanya tersenyum dan berkata, 

"Kalau benar katamu, maka dengarkanlah nasihat ayah. Bagi setiap hari kamu berjaya mengawal kemarahan, hendaklah kamu mencabut semula satu paku yang telah kamu paku dahulu dari pagar itu."

Hari berganti hari, lama kelamaan, budak tersebut berjaya mencabut kesemua paku-paku yang pernah dipakunya pada pagar kayu itu. Dan dia mengkhabarkan semula berita itu pada ayahnya.

Ayahnya membuka bicara,

"Wahai anakku, sesungguhnya kamu telah lakukan hasil yang menakjubkan!"

Lalu menarik tangan anakknya menghampiri pagar kayu yang dipenuhi dengan lubang bekasan paku yang dicabut.

"Lihatlah, anakku, lihatlah pagar ini. Pagar ini tidak lagi kelihatan sama seperti mula-mula kamu melihatnya. Pagar ini penuh dengan bekas lubang paku yang telah kamu cabut. Begitu juga dengan hati manusia. Sekiranya kamu memarahi dan menyakiti hati orang lain, hatinya akan meninggalkan bekas luka dek perbuatan kamu. Tak kiralah betapa banyak maaf yang kamu lafazkan, tetapi luka itu masih ada. Seperti juga bekas lubang paku ini. Ia tidak akan hilang."

Anak itu tertunduk malu.

*



*



*


Dan begitu juga diriku.






 Terima kasih abah untuk segalanya, untuk menyedarkan anakmu yang seringkali alpa dalam meniti arus kehidupan...

Fa sayang abah.




















Sunday, 23 September 2012

Malu, Okay?

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Mengajar budak-budak Tingkatan 1 memang ada cabarannya yang tersendiri. Walaupun ada yang kata senang, tak kurang ada yang pandang sebelah mata je cikgu-cikgu Tingkatan 1 ni, tapi bagi aku ada keistimewaannya mengajar budak Form 1 nih.

Dulu, masa aku Form 1, aku sangat skema. Apa cikgu cakap, aku dengar, aku salin, aku buat nota macam-macam kaler, aku sayang semua cikgu aku. Kira akulah budak paling skema dalam kelas. Memang tak pernah kena marah bukan sebab aku ni baik sangat, tapi sebab aku takut nak buat salah. Kawan-kawan rilek je masuk kelas lambat, tapi aku sanggup tak makan waktu rehat sebab takut aku makan lambat, then lambat masuk kelas. Kalau dalam exam, memang aku jawab betul-betul. Pendek kata dan panjang pun mencelah, memang budaya tiru meniru ni takde dalam kamus hidup aku.

Hari tu, aku ada kelas dengan Form 1 subjek Sains. Pelajaran pada hari itu ialah Udara di Sekeliling Kita. Mengikut format Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diwajibkan kepada seluruh pelajar Tingkatan 1, mereka diharuskan mengarang sebuah esei tentang pencemaran udara.

Jadi pada suatu pagi yang hening lagi nyaman, aku masuk ke kelas 1 Sopan dengan yakin dan bergaya. Eleh. Baju kurung kain free pun kecoh. Kain hadiah masa kawin dulu je pun. Aku suruhlah budak-budak ni study kejap sementara aku nak sediakan bahan untuk diberikan pada diorang. Sebenarnya, separuh daripada kelas 1 Sopan ni dah pun jawab soalan ni di makmal. Ada baki lagi 7 orang pelajar yang belum jawab sebab masa tu diorang ada latihan koir kat bilik muzik. Jadi, aku bajet, malas la nak buat kelas kat makmal hari ni, memandangkan waktu aku pun 1 masa je. Tunggu budak-budak ni berlenggang pun dah 10 minit. Lagipun yang belum jawab handout ni cuma 7 orang je. Buat kat kelas je la senang.

Suasana pagi tu kecoh betul. Yang dah jawab bukan main lagi ligat menyakat kawan-kawan dia yang belum jawab. Yang belum jawab plak pun sama naik balas balik apa yang kawan diorang bahan. Adui, pening kepala aku ajar budak Form 1. Bagi yang dah jawab soalan tu, aku sediakan handout lain tentang ulangkaji topik-topik terdahulu. Kang kalau biar diorang takde keje, mulalah dia gatal-gatal mulut nak bagi jawapan kat kawan-kawan yang belum jawab esei tu lagi.

"Ok, yang belum jawab esei ni, tolong pindah ke tempat duduk depan ye, yang dah jawab boleh pindah tempat duduk belakang."

Tujuan aku buat macam tu sebab senang nak pantau sama ada budak 7 orang ni menipu ke tak. Meniru ke tak. Curi-curi tengok buku ke tak. Berwibawa tak aku. Aku tengah semangat nih!!

So budak-budak 7 orang tu pun menurut perintah. Semua pindah tempat duduk depan dengan muka yang sugul. Tak habis baca la tu.

Ni lah rupa handout PBS tentang esei Pencemaran Udara yang aku edarkan pada pelajar 7 orang tu.

Glamer awak Aliff. Pinjam sekejap nama student aku yang sorang ni. 

Aku pun dengan tegasnya bagitau budak-budak ni syarat-syarat dan peraturannya.

"Ok kelas, awak tolong jawab soalan ni tentang Pencemaran Udara ye, cikgu dah bagi hint kan hari tu, awak kena study bahagian mana..Jadi hari ni, semua kena jawab dengan jujur ye. Tak boleh tipu. Tak boleh tengok kawan. Ingat, ni untuk latih awak dalam jawab exam kemudian hari, bla..bla..bla.. Yang dah jawab soalan ni, tolong jawab soalan ulangkaji yang cikgu edarkan tu. Awak jangan kacau kawan-kawan yang belum jawab esei tu. Awak kena ingat, ilmu ni bla..bla..bla.. berkat..bla..bla..bla.. nanti dapat dosa...bla..bla..bla.. kena jujur pada diri...bla..bla..bla..cikgu dulu pun tak pernah meniru...bla..bla..bla..dan bla..bla..bla.."

Sedikit bebelan di situ. Aku sedar aku membebel bila tengok budak-budak ni muka dah tak pandang aku dan semua duk sibuk ngafal apa yang diorang studi dalam 2 hari ni. Memang aku bagi masa untuk studi bab ni. Aku rasa perlu sebab memandangkan diorang pun baru Form 1, jadi kena la guide sikit untuk bagi semangat pada diorang dalam jawab esei. Kalau Form 4, Form 5, jangan haraplah aku nak baik sangat bagi hint. 

"Ok, kelas..Awak boleh jawab sekarang ye. Masa tamat pukul pukul 8.40 pagi. Yang lain boleh teruskan jawab soalan ulangkaji tu."

Memang ada di antara pelajar yang 7 orang tu cuba tanya-tanya kawan-kawan lain. Aku nampak. Aku warn dia. Dia pun senyap dan jawab balik. Aku rasa aku lah cikgu yang paling berdedikasi masa tu. Lepas tu ada pulak sorang ni cuba-cuba buka buku. Aku nampak jugak. Aku marah betul. Dia pun sambung jawab semula lepas aku suruh dia simpan buku dia kat belakang kelas. Aku pun berjalan dengan penuh karisma mengelilingi kelas tu memantau pelajar 7 orang tu di samping melayan pertanyaan-pertanyaan pelajar lain berkenaan soalan ulangkaji mereka.

Sekali tiba-tiba ada sorang budak ni panggil aku sambil melambai-lambai tangannya meminta aku menghampirinya. Kawan-kawan panggil dia Bob, montel-montel budaknya. Aku pun jalan gi kat tempat duduk Bob. Bob dah jawab soalan esei tu masa kelas lepas. Ape kene la si Bob ni, sengih-sengih plak. Kata hati aku.

"Cikgu, cikgu.. Cuba cikgu tengok tu...."

Aku toleh ke arah yang ditunjukkan oleh Bob. Apa benda pulak si Bob ni?

*


*


*


*


*

Ye, poster PENCEMARAN UDARA readers. Tak salah mata korang.

Poster Pencemaran Udara???????!!!!!!! Aku punya lah semangat suruh diorang duduk depan bagai kononnya supaya senang aku nak pantau. Rupanya diorang pun senang sangat-sangatlah nak meniru apa yang ada depan mata. Memang sangat depan mata diorang. Celik mata je nampak sejibik-sejibik tulisan poster tu. Dan memang itulah isi-isi yang perlu ada pada esei diorang.. H.A.M.P.E.H! 

Apa aku nak buat? Apa aku nak buat?  Macam mana boleh ada poster pencemaran udara kat situ? Kenapa tadi takde sorang pun yang bukak mulut? Diorang sengaja tampal hari ni ke memang dari dulu dah terpampang poster tu?? Macam-macam aku pikir. Malu ada, kelakar toksah cakap la. Nak terkeluar isi perut gelakkan diri sendiri. Tapi depan budak-budak tu terpaksalah cover kan. Mau tak cover. Cikgu yang kononya tadi yakin, berdedikasi, berwibawa, berjiwa pendidik lagi berkarisma boleh buat kesilapan yang bodoh. Aku tengok si Bob dah gelak-gelak. Budak-budak lain pun. Aku pun terpaksalah mengawal keadaan. Kononnya. Jadi :-

"Bob, tolong tanggalkan poster tu. Pandai awak semua ye, patutlah bukan main khusyuk jawab, rupanya dah terang-terang depan mata jawapan nyer. Cabut sekarang, Bob!"

Ok. Aku sebenarnya MALU ok. Malu. Ingatkan aku dah buat yang terbaik untuk protect budak-budak tu dari meniru. Dah sah-sah la kalau kat kelas tu macam-macam nak ditampalnya. Macam mana aku boleh lupa nak cek ada ke tak poster-poster ilmiah yang berkaitan dengan tajuk Pencemaran Udara kat sekeliling kelas tu? Apa la ke bengong aku ni lupa benda yang senang? Yang paling tak boleh tahan tu, siap suruh duduk depan pulak! Berbunga-bunga la hati budak 7 orang tu. Dapat copy paste je jawapan depan mata. 

Peringatan untuk semua cikgu, kalau nak buat ujian dalam kelas, cek sekeliling dulu, pastikan tak ada bahan-bahan ilmiah yang boleh menyebabkan pelajar kita menipu sebab nak dapat markah tinggi. Dan terima kasih pada Bob, kalau takde dia, sampai sekarang aku takkan tau yang jawapan-jawapan yang dihantar pada aku tu boleh jadi jawapan copy paste diorang je dari poster tu. Haru betul hari tu!




Saturday, 22 September 2012

Ya, Mama Sanggup, Sayang...

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Aku dulu bukanlah seorang yang suka budak-budak. Seriously aku rasa budak-budak sangat annoying!!! Terutama yang tengah lasak dan cakap banyak. Kadang-kadang kalau aku kat public contoh macam kat klinik ke, aku sangat tidak selesa kalau orang yang duk sebelah aku ada ramai anak. Dah tu pulak, anak-anak dia lasak yang amat! Tak cukup dengan tu, boleh pulak muntah depan aku!!! Nak ubah tempat duduk rasa macam kurang adab pulak, aku pun biar je la dengan mempamerkan muka senyum Saya-Ok-Je-Kak kat mak dia. Padahal dalam hati aku? !@#$%!!!!!!! Marahnya!!!!!

Mak aku seorang housewife. Dan disebabkan aku anak tunggal, dulu masa aku sekolah menengah, mama pernah tolong jaga anak-anak kawan dia. Dan aku lah yang paling menentang profesion mama! Sebab aku rasa budak-budak ni super bising! Dah la bising, mengacau aku nak tengok tv, aku nak tengok drama, diorang sibuk nak tengok kartun. Time aku nak hafal nota sejarah sebab esok nak exam diorang melalak sebab berebut barang mainan! Lepas tu, masa mama masak, aku lah pulak kena jaga diorang takut jatuh, takut panjat kerusi, takut panjat meja, takut tarik alas meja, takut naik tangga, takut bla..bla..bla.. OMG! It was sooooo irritating! (intonasi kena kerek tak hengat).

Tapi sekarang...Hmmm.... sekarang.... lain. Lain sangat. Lain sangat-sangat. Lain sangat-sangat-sangat. Lain sa... dah-dah arr Fa, over benar kau. Ok, tapi serius sekarang sangat lain. Aku umpama bidadari kayangan yang sangat lemah lembut dengan budak-budak. Kalau la aku versi dulu tengok aku yang versi sekarang ni, confirm akan *tangan di bahu, mata ke atas* Hahahaha..

Mungkin ada sebab kenapa Allah turunkan ujian yang maha hebat bagi diriku. Supaya aku lebih bersifat penyayang, lebih bersikap lemah lembut, lebih bersabar, lebih bersifat mengasihani. Dan aku punya ciri-ciri itu sekarang. Ada suatu perkara yang patut readers tahu tentang diri aku. Aku takut untuk mempunyai anak dulu. Aku takut beranak. Aku takut rasa sakit. Dan aku takut aku tak dapat menyayangi anak itu seperti mana yang sewajarnya. Aku juga tak faham kenapa orang berkata,"Aku sanggup mati untuk menyelamatkan anakku." Serius, aku tak faham kenapa. Dulu aku rasa kenyataan tu kenyataan yang over-emosional. Dan aku rasa tak logik seseorang itu sanggup mati untuk orang lain. Aku rasa itu hanya wujud dalam cerita-cerita Hindustan je.

Tapi selepas menempuh pelbagai dugaan untuk menyelamatkan Faiq, saat aku pertama kali mendengar suaranya yang tersekat-sekat cuba untuk bernafas sejurus selepas dilahirkan di dewan bedah, suatu naluri halus menyelinap dalam diriku. Perasaan yang sukar untuk aku gambarkan di sini. Perasaan yang hanya seorang ibu yang dapat mentafsikannya. Ya, aku mula menyayangi suara itu. Dan aku juga mahu melihatnya sendiri dengan mataku.

Malang diriku tak dapat melihatnya pada waktu itu. Anak itu terpaksa dibawa ke unit rawatan rapi untuk diberi bantuan pernafasan. Menurut suamiku, Faiq ditolak dari dewan bedah menuju ke wad NICU (Neonatal Intensive Care Unit, suatu unit untuk merawat bayi pramatang dan bayi-bayi yang mempunyai masalah kritikal) menggunakan stretcher lengkap dengan inkubator dan melalui hidungnya, dia diberikan bantuan pernafasan. Terdapat sebuah tangki oksigen setinggi seorang kanak-kanak 8 tahun ditolak bersama dan pasukan doktor kanak-kanak bergegas berlari menolak stretcher tersebut menuju ke lif untuk ke tingkat 6, wad 6D, wad NICU untuk diberi rawatan segera.

Pengalaman selebihnya aku tinggalkan readers untuk membaca entri  Sayang Mujahidku Sayang.

Mengalir airmata ini tanpa ditahan-tahan tatkala menatap sesusuk tubuh yang begitu kecil di dalam inkubatornya. Apa sudah jadi dengan Farrah Falina? Mana ego kau Fa? Mana sombong kau? Mana sikap pentingkan diri kau? Suara-suara itu bertalu-talu menerjah masuk dalam kotak fikiranku ketika itu. Dan ketika para doktor menyifatkan keadaan anakku sedang kritikal, aku rasakan dunia ini sungguh kejam terhadapku. Suara-suara itu muncul lagi mentertawakan aku kerana aku yang selama ini tidak punya simpati terhadap kesusahan orang lain sedang menangis untuk seorang bayi? Bukankah kau tak suka budak-budak? Bukankah kau benci dengan tangisan bayi? Lupa ke Fa?

Demi Tuhan, aku sungguh menyesal dengan perbuatanku. Betapa sebelum ini aku bersikap zalim terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Aku bencikan mereka. Aku merasakan kehadiran mereka menyusahkan hidupku. Aku menyampah dengan gelagat mereka. Aku jijik melihat mama membersihkan najis mereka. Aku  cemburu dengan mereka apabila mama melebihkan mereka daripada aku, anaknya sendiri. Aku malu dengan   perbuatanku. Aku malu dengan Tuhanku!

Aneh sungguh bagaimana seorang bayi yang polos dan tidak mengerti apa-apa dapat menyedarkan jiwaku yang kaku suatu ketika dahulu. Dapat menyemai perasaan kasih dalam diri ini terhadap kanak-kanak dan bayi. Dapat mengubah diriku yang jahil dalam memahami perasaan orang lain kepada seseorang yang begitu tersentuh apabila bercerita tentang bayi dan kanak-kanak. Paparkan sahaja apa jua berita di suratkhabar mengenai bayi yang kritikal memohon sumbangan dan bantuan kewangan dari orang ramai. Airmata ini pasti gugur. Pasti.

Kenyataan "Aku sanggup mati demi menyelamatkan anakku" yang ku dengar suatu ketika dahulu kini telah aku fahami. Dan kini, ya, memang benar, dan dalam entri  ini, aku akui dengan seikhlas hati, " Aku sanggup mati untuk menyelamatkan anakku. Andai nyawaku dapat jadi pertukaran untuk sebuah kehidupan yang sempurna untuk anakku, maka ambillah nyawaku." Terima kasih Faiq, kerana menyedarkan mama betapa sucinya seorang bayi dan betapa murninya kasih sayang seorang ibu. Terima kasih, sayang.

AmanahMu yang terindah. Syukur, Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku.







Thursday, 20 September 2012

Let's Be 17 Again!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Esok hari Jumaat. Lusa hari Sabtu. Nampak macam best sebab cuti, tapi tak cuti sangat la bagi aku. Huh. Esok ada kelas Addmaths pukul 10 sampai pukul 12 tengahari. Otak aku dah mula pikir nak buat kerja gila somehow.. Macam :-
  • Lepas pukul 12 tengah hari, agak-agak sempat tak nak kejar bas balik Klang? Dapat sehari pun ok la dari tak de..
  • Kalau naik flight, harga RM 143.95 sehala. Kalau dua hala, mau RM 300+..  Dalam purse ada la dalam RM40, kalau nak gi bank...ishhhh...gaji tak masuk lagi.
  • Tak jadi la naik flight..Hmm.. naik bas..naik bas..macam menarik.. naik bas pukul 2 petang, toh teh toh teh, sampai pukul 10 malam. Esok nak balik semula. Ishhh..Cramp punggung aku aihh naik bas!
  • Duk umah je la..dah memang tak dapat balik, Fa oiii..Terima la hakikat...
Memang pathetic. Aku memang nak sangat balik! Rasa macam tak betul otak aku ni sebab tak dapat tengok Faiq dalam seminggu. Jangan kata seminggu, tak tengok sehari pun rasa macam numb gila.. Numb + gila = 6 Jahanam. Hahahaha...Kan??Kan?? Betul kan aku dah something wrong somewhere??

Walau bagaimanapun, minggu ni ada jugak la aktiviti aku selain daripada peluk baju masam Faiq yang 2 bulan tak basuh. Kebetulan semalam, (19 September 2012) kawan lama aku, Aida Maria Azmi ajak aku keluar hang out kat bandar. Haa, Aida. Aku eja nama kau penuh ni, glamor la kau masuk blog aku. Eheh. Glamor setakat aku je la yang baca. Ehehehe...

Aida aku kenal sejak aku masuk matriks 10 tahun lepas. Dulu kami sama-sama belajar kat Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) first batch. Tapi memandangkan Cik Aida kita ni memang superb pandai, dia dapat course Engineering kat UPM. Pun satu U dengan aku. Cuma course aku berbeza. Aku belajar jadi cikgu je. Huhu.

Lepas masing-masing dapat kerja, Aida dapat kerja kat Dungun. Dan aku pulak dapat di Melaka untuk first posting. 2 tahun kemudian je aku dapat tukar ke Kuala Berang. Walaupun satu negeri, tapi boleh kira la berapa kali jumpa. Rasanya ada la dalam 3 kali kitorang jumpa. Al-maklumlah Dungun dengan Kuala Berang tu umpama dari Klang nak ke Gombak kot? Jauh kan. Huhu.

Anyway, kali ni, Aida text aku maklum dia ada tugas kat area Kuala Terengganu. So, dia ajak aku hang out dengan dia. Aku pikir-pikir..Ehh, best jugak keluar dengan Aida. Lagipun AB tak balik malam ni, beliau ada tugas luar. Hmmm....menarik. Tanpa berlengah aku pun terus bersetuju dengan pelawaan Aida lepas dapat kelulusan dari AB. Hikhik.

Aida kata dia habis kerja petang. Dia ajak aku stay overnight kat hotel area bandar Kuala Terengganu tu. Pikir-punya-pikir, macam best jugak. Ehh, ada duit ke aku ni nak bayar hotel??? Bajet duit berkepuk-kepuk dalam purse. Huh. Kalau kutip baki duit raya baru ni yang tak habis bagi tu pun belum tentu dapat bayar hotel tau! Lalu aku pun bertanya dengan penuh hemah.

"Aida, seganlah nak tido hotel... Aku tengah pokai ni..."

"Alah, takpe la..no hal la hotel tu!"

Maknanya? Yes, maknanya Aida nak belanja..Terharu sangat :') Suka!Suka! Suka!

Lalu aku dengan semangat membara terus packing baju, gosok baju untuk gantung dalam kereta untuk kerja esok (hari ni), pack mana-mana patut je. Alah, keluar dengan Aida je pun. Eheh.

Kira aku bawak kereta laju-laju, semua lubang aku redah, semua taik lembu aku langgar. Kononnya takut Aida tunggu aku lama. Aku sampai dalam 45 minit kemudian di Kuala Terengganu. Text Aida. Tak balas. Eh minah ni. Call la senang.

"Hello, assalamualaikum.. Aida, aku dah sampai Giant ni."

"Hello, haa..yer..eh, jap,jap..(kemudian Aida melayan pertanyaan seseorang dan menyebut beberapa nombor, kurungan, dan beberapa huruf. Sungguh aku tak paham kerja seorang Engineer TNB)

Weh, jap-jap. Aku kat site lagi ni. Kau jalan-jalan la dulu kat Giant tu. Nanti aku mesej bila dah siap."

Apa??? Tak habis kerja lagi rupanya minah ni! Ceh! Beria aku bawak laju-laju! Tau macam tu aku bawak 40km/j je sambil layan lagu Taman Astakona. Eiiiiiii.....

Tak ada kerja, aku pun jalan-jalan la dalam Giant dengan muka lemau dan berbaju kurung dari pagi tadi. Kalau ada cikgu sekolah aku nampak ni, mau menyengih je la aku. Thumbprint check out awal-awal rupanya nak pergi jalan sorang-sorang kat Giant. Itu pun tak sempat tukar baju. Such a weirdo, cikgu Farrah ni!
*rolling eyes*

Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni? Hmm...adalah dalam 3-4 kali aku turun naik escalator kat Giant tu. Lotih kaki den! Masuk kereta la! Mek Aida ni entah-entah malam baru siap.  Duk diam-diam dalam kereta, pasang radio, layan balik lagu Taman Astakona. Yes, aku memang jiwang.

Ambik gambar dulu masa tunggu dalam kete. Tu vitamin C aku beli kat Guardian.
 Kesihatan adalah hak milik setiap insan.


Ok, dah tak larat dah nak berposing dalam kete. Aida tak call-call pun.
Macam ni la rupa aku waktu tunggu kau dalam kereta semalam, Aida oii. Simpati tak?

Jam handphone dah tunjuk pukul 8 malam. Maknanya dah dekat 2 jam aku tunggu. Aku text Aida balik. Nasib baik dia kata dia dah on the way cari aku kat parking Giant. Fuh! Mencabar betul kerja kau Aida wei.. Takpe, engineer gaji melambung ala Mael Lambung. :)

So kitorang gerak ke hotel yang dijanjikan. Aku follow Aida dari belakang. Ye, adik-adik. Akak memang tak reti jalan K.T walaupun dah dekat dua tahun akak duk sini. Kak Aida kau yang bawak akak. Heeeee... Eheh.

Haa, ni la hotelnya. Hotel bajet bak kata Aida. Takpe la Aida. Aku yang menumpang free ni rasa macam dah duk kat Hilton dah :) Serius la! Kau ingat aku perli ke???

Seaview Hotel, dekat dengan Dataran Syahbandar. Nampak macam oldskool, tapi orait jugak. Ada selipar jepun dalam tandas tau. Hotel 5 Star pun tak de tau! Pakai kasut la kau masuk tandas!


 Check in, angkut baju, beg bagai, masuk bilik, landing! Aaahhhhh...leganya... Hihihi. Kitorang plan nak gi makan lepas Isyak. So, cepat-cepat mandi, cepat-cepat solat. Opsss, solat kena khusyuk dan tomakminah beb. Tak boleh cepat-cepat sangat la. Eheh.

Masa ni ada insiden lucu. Tapi aku tak reti nak stori dalam blog. So,let the scene remains in our mind je lah! Hahahaha..Aida, aku tau kau tengah sakan gelakkan aku kan???Hampeh punya kawan!

Lepas Isyak, kami pun turun nak mamam! Bestnya. Rasa macam nak gi makan kat kafe B KMK pulak. Kebab!!!Rindunya!!! Wuwuwuwu.

Pusing punya pusing, Aida kata nak belanja aku makan ikan bakar. Woooowwww!!!! Sumpah Aida, kalau lepas ni kalau kau ajak keluar memang takkan aku lepaskan peluang! *grinning*
Semangat kami cari kedai ikan bakar bawah jambatan guna GPS Aida. Sekali tengok gelap je! Halamak tutup pulak tauke nihhhh! Tak abis beraya lagi ke bang? Aduiiii...jem!jem!

Adoiii..Mana nak makan ni? Aku bukannya reti sangat restoran-restoran kat KT ni. Nak makan apa pun tak tau. Then, aku teringat ada satu kedai yang AB bawak aku makan sebelum ni. Medan Selera Waterfront. Ok jugak restoran tu, ada western food. Boleh la dari nak berlapar kat bilik 102 malam ni. So GPS pun menjalankan tugasnya. Abis segala onak duri kitorang tempuh ikutkan si GPS ni. Mujur jumpa.

Makan-makan. Aida order Chicken Chop with Black Pepper Gravy. Aku nak order apa ye? Hmmm... Apa ye.. Beef Steak ... RM 18.00..Ehmm..mahal sangat. Kesian pulak si Aida nih. Dah la aku menumpang free, pastu nak cekaw makanan mahal-mahal plak. Apa kes kau Fa.. Lain lah! Apa ye.. Emmmm...mushroom soup...RM4.00... Alamak, harga ok dah, tapi kenyang ke hirup sup je? Masa ni aku tak ingat dah nak diet. Maklumlah, ada orang sapot! Hahaha.. Adui..apa nak makan ni??? Alah, order sama ngan kau la Aida!

"Chicken Chop, sos Black Pepper ekk..."

Lama adik tu tunggu nak ambik order aku. Alah, akak ni! Last-last mintak sama ngan kawan dia je pun! Mungkin macam tu la dia pikir kot. Berkerut muka nampak dik! Sorry la...Akak memang suka susah buat keputusan. Hehe.

Aku tak sempat snap gambar masa makan. Sebab masa tu tengok syok cerita kisah-kisah dulu. Memang mengimbau kenangan. Super Best! Enjoy sangat! Dah lama rasanya tak gelak macam ni. Dah lama sangat. Betul-betul lama sejak aku tempuh kehidupan yang penuh sukar sebelum ini.  :')

Ingatkan lepas makan nak balik tido, sekali nampak satu tempat ni, macam i-City Shah Alam. Tak tau? Ala, yang lampu lip lap lip lap bentuk pokok-pokok tu. Macam ni :-

i-City Shah Alam
(Google Images)

So kami pun decide nak turun kereta dan pergi berlibur di i-City Kuala Terengganu (aku tak pasti betul ke tak nama tempat ni, tapi itulah yang ditulis kat GPS. Betul la kot?) Park kereta kat tepi jalan, pastu ambik gambar banyak-banyak berlagak macam kami umur 17-18 tahun yang baru dapat lesen kereta. Aku pun dah ala-ala lupa aku dah beranak satu.

Ni la Aida Maria. Best friend aku dulu. Sekarang pun kan Aida?
Baik kau cakap ye! Penat aku tunggu kau 2 jam semalam!!!

Aku memang tak reti dah posing bagai sejak dah ada anak ni. Tapi aku cuba gak la berlagak manja peace! Hahaha.
Ok, sangatlah nampak dah beranak. Gemuk ok. Fine.

Nampak tak pokok lip lap lip lap kat belakang tu? Cantik kan?

Kembar siam yang cantum kat kepala.


Banyak gambar jugak la kitorang ambik. Snap-snap gelak. Snap-snap gelak. Gelak bukan stok gelak ayu-ayu yang tak nampak gigi tu. Ni haru biru punya gelak. Kat hujung sana ada group tourist duk perati je kami dengan muka kebingungan. Guys, kami kat sana pukul 11.00 malam ok, gila tak gila? Tak de orang dah kat tempat tu. Yang pempuan cuma aku dengan Aida je. Mujur tak de apa-apa. Tapi memang syok gila la! 

Ok, balik! Balik! Mak aku ajar, kalau nak balik kena balik sebelum pukul 12 tepat. Jadi pukul 11.30 kitorang balik hotel Seaview tu. Sempat lagi snap sekeping lagi sementara tak bukak tudung lagi. Haha.

Hope our friendship remains forever. I'm touched.
Taknak tengok gambar ni lama-lama. Mau nangis aku.
Emo!

Esok sekolah!!!! Jadi aku kena tido awal. Pagi-pagi esoknya (hari ni) aku dah bangun pukul 5. Awal gila. Duk rumah bangun awal macam tu time nak gosok baju AB je untuk pakai gi kerja pagi tu. Senonoh kan. Nak guna baru gosok.

Pack-pack barang, kejut Aida yang masih belum bangun, salam-salam, bye-bye sume, aku terus menonong menuju ke kereta sampai habis langgar lopak-lopak air kat tanah. Maklumlah, hujan lebat waktu tu. Start enjin, panaskan kejap, jalan. 

Dalam kereta aku terfikir, bila lagi la aku nak happy gila-gila macam ni lagi.Mungkin peluang tak banyak. Lagipun aku sekarang dah ada komitmen sendiri. Tapi untuk Aida, kalau kau baca post ni, thanks a lot for the treat. Aku happy sangat dapat hang out dengan kau. Harap kita dapat berkawan sampai bila-bila.

45 minit kemudian, aku dah sampai Bumi SAHUT. Thumbprint check in, on time, it's shows 7 o' clock in the morning. Good Morning Students, here I am ready to give the best for the day. :)

Kantoi buku rekod tak siap lagi. :P



Tuesday, 18 September 2012

Inilah KeajaibanNya


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ramai yang berkata, aku seorang yang kuat. Aku seorang yang tabah. Yang cekal. Yang sabar mengharungi dugaan-dugaan Allah s.w.t.

Benarkah?

Aku ingin tegaskan di sini, aku bukanlah seperti yang kalian sangka. Aku tidak kuat. Aku bukan seorang yang sabar. Aku bukan manusia yang tabah. Aku bukan insan yang cekal. Bukan.

Ramai juga yang bertanya, bagaimana aku boleh bertahan selama 4 bulan lamanya semenjak aku disahkan mengalami PPROM sewaktu usia kandunganku 4 bulan @ 16 minggu. Walhal kajian menunjukkan seseorang yang mengalami PPROM tidak dapat mempertahankan kandungannya lebih lama dan berisiko tinggi untuk bersalin serta merta. Lalu aku ditanya tentang kaedah yang digunakan oleh doktor untuk menyelamatkan kandunganku semasa itu.

Aku juga kerap ditanya tentang bagaimana Faiq dapat mengharungi segala kepayahan dan kesukaran sewaktu pertama kali melihat dunia ini. Bagaimana paru-parunya yang sangat tidak matang pada waktu itu boleh pulih dan membolehkan beliau bernafas sendiri walhal aku sedia maklum kes sebegini mempunyai peluang yang amat tipis yang telah diakui oleh para doktor dan para pakar perubatan kanak-kanak. Bagaimana pedihnya hatiku perlu melihat Faiq setiap hari diberikan bantuan pernafasan maksimum menggunakan ventilator untuk menyambung nyawanya.

Aku tahu, di kala itu, tiada siapa yang dapat membantu. Bukan diriku, bukan suamiku, bukan ibu bapaku, bukan para doktor, bukan sesiapa.

Jawapan pada pertanyaan-pertanyaan yang diajukan kepadaku itu adalah satu.

Allah.

Keajaiban Allah.

Allah yang menyelamatkan kandunganku selama 8 bulan lamanya walaupun semacam tidak logik apabila ditafsirkan dari segi perubatan.
Allah yang menyelamatkan Faiq yang  sedang kritikal walaupun pasukan perubatan terhebat di hospital menyatakan sebaliknya.

Sesungguhnya aku hanya mampu bergantung padaNya pada waktu itu. Dan doa-doaku kurasakan sungguh ikhlas ku lafazkan, menandakan aku benar-benar berada dalam keadaan terdesak. Menandakan aku benar-benar memerlukan bantuanNya.

Benarlah Allah yang Maha Berkuasa. Dialah yang Maha Berkehendak. Dan kehendakNya mahukan Faiq terus bersamaku. Dan kerana KehendakNya doa-doa ku yang hina ini ditunaikan
Pengalaman mengajarku supaya merendah diri seterusnya menepis egoku supaya terus memperhambakan diri kepadaNya. Memohon dariNya dengan seikhlas mungkin terhadap sesuatu yang benar-benar ku perlukan. Bergantung sepenuhnya pada Allah terhadap apa saja yang tertulis dalam takdirku. Berharap pada keajaibanNya.  Dan ya, keajaiban ternyata wujud.  Padaku, inilah keajaibanNya. Diturunkan dalam bentuk yang sesuai dengan keadaanku. Berdoalah, mohonlah dariNya. Insya Allah, keajaiban juga pasti menjadi milik hamba-hambaNya yang terpilih.

The knot that remains till Jannah, Insha Allah.



Kekok


Bismillahirrahmannirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Tarik nafas dalam-dalam….Lepas….Tarikkkk lagi…… Lepas… Fuh-Fuh, tiup tapak tangan sikit, ok, sedia untuk menaip entri ini.

Hari ini 17 September 2012.  Aku masih ada di rumah berlagak seolah-olah aku mempunyai 10 pembantu rumah yang sedia menurut perintah membuat housechores yang sememangnya tak pernah habis. Eheh. Baju dalam bakul dah penuh, baju yang kena gosok pun dah siap gantung kat penyidai yang ibarat hidup segan tak mati-mati,  sambal sardin tak masak lagi, karang abom boiiikkk balik nak dinner(Yes, aku tau aku pemalas. Tu yang korang pikir kan??? Jangan tipu!)  Lantai dah penuh dengan debu-debu kasih. Adoi banyaknye kerja.

Tapi aku masih lagi cool menaip blog dengan tenangnya sambil menghirup air soya sejuk yang aku capai dalam peti. Eheh. Apa benda aku nak stori? Sebenarnya tak ada apa yang menarik pun. Cuma kat sini nak buat luahan perasaan sikit tentang kerja aku semenjak aku bertugas semula sejak sebulan lepas.

Apa yang aku rasa sejak sebulan lepas sememangnya sukar untuk aku gambarkan. Bayangkan aku dah lama gila tak kerja, lama gila tak borak dengan rakan sekerja, lama gila tak update dengan status sekolah, sampai ada kawan-kawan aku yang dah mengandung dan bersalin semula pun aku tak tau. Mana taknya, tengok figure diorang duk lagu tu gak. Maintain je. (Yes, aku memang terasa kalau korang nak tau!)

Aku pun seolah-olah hilang punca. Hilang kawan-kawan rapat, hilang students yang aku pernah rapat dulu, you know, seolah-olah aku ni cikgu baru bagi diorang. Rasa macam dipinggirkan pun ada jugak, tapi secara tidak sengaja la. (School Buddies, kalau korang baca ni, ni bukan salah korang tau. Aku je menggedik emo pikir jauh-jauh. Jawab paper Bio masa SPM pun tak pikir lagu ni tau.)

Oleh sebab itu, aku suka duk sorang-sorang. Kadang-kadang lunch pun bungkus bawak balik kuarters sebab aku rasa kekok nak sembang dengan member-member yang ada kat kantin.  Konon balik nak solat kat rumah, lebih tenang. Ceh, alasan! Sebenarnya… Ehmm.. Sebenarnya… ( sambil kuis-kuis jari kat meja tersipu-sipu)  aku malu sebab faktor bahasa yang berbeza dari orang-orang sekeliling. Paham tak? Tak paham lagi? Meh nak detail sikit.

Bahasa yang berbeza boleh menjarakkan perhubungan. Sebab tu kadang-kadang seseorang tu lebih selesa pilih pasangan yang sama negeri, sama gaya bahasa. Memudahkan komunikasi. Kan komunikasi tu penting dalam sesuatu perhubungan. Ok, bajet kaunselor. Harap maklum, memang cita-cita aku nak jadi pakar psikologi. Anyway, sambung balik. Sebab aku dah lama duk Klang, 8 bulan la lebih kurang, jadi telor bahasa (Sila ambil perhatian, telor dalam konteks ini bukanlah telur ayam mahupun telur burung unta. Telor = dialek) aku pun dah berubah.

Kalau dulu, sebab kerja kat sini, bahasa pun boleh ikut dialek sini, dialek Terengganu. Tapi bila dah lama tak kerja, nak pulak duk nuuunnn jauh di Klang, bahasa aku pun dah fasih bahasa standard Bahasa Melayu ala-ala bahasa Buletin Utama kat TV3 tu. Abih tu camno? Rasa macam pelik pulak kalau aku balas pertanyaan dalam bahasa standard kalau yang bertanya tu guna dialek Pantai Timur. Mau je cikgu tu bagi pandangan Gediknya-Budak-Ni-Cakap-Luar kat aku.  Kalau aku cuba cakap jugak dalam dialek tersebut, mau kena bahan pulak nanti, salah intonasi, lagi malu aku dibuatnya! Hal ini telah terbukti sebab A.B dah banyak kali bahan aku sebab nak cakap Terengganu tapi tak jadi. Huhu.

So, apa pilihan yang aku ada? Diam dan menyendiri. Lalu aku dikenali sebagai seorang cikgu yang pendiam lagi pemalu di sekolah padahal aku memang totally different! Mulut aku ni kalau jumpa geng yang sebahasa mau halilintar dibuatnya!

Students pun macam tu jugak.  Masing-masing pelik tengok aku berbahasa standard BM. Adakah aku seorang calon program On Air mahupun sasterawan negara? Kadang-kadang diorang ajuk semula cakap aku, contohnya :-

Aku : Kelas, cikgu TAKNAK awak semua fail lagi dalam Addmaths.

Students : Ye, cikgu, kami pun TAKNAK fail cikgu.. TAK NAK! TAK NAK! TAK NAK!

Ok, aku sedar aku diperli. Di Terengganu, istilah TAK NAK tu kat sini orang panggil TAK MBOH atau di Kelantan, TOK SEY. Memandangkan students aku ni rata-rata berasal dari negeri-negeri itu, memang diorang suka la perli aku cakap luar. Huh. Apa pun tak boleh.

Jadi macam mana? Macam mana aku nak get along dengan diorang? Perlu ke aku terus berbahasa standard BM atau cuba sedaya upaya jugak ikut dialek tempatan walaupun keadaannya macam aku ni seorang desperado yang desperate nak ikut serta dalam sesuatu perbualan?

Mungkin diam dan bersendiri paling sesuai kot waktu ni sementara aku cuba mahirkan diri dengan vocab dan intonasi Pantai Timur. A.B la yang kena jadi cikgu aku walaupun aku tau aku pasti akan jadi bahan Maharaja Lawak dia. Whatever!

Lappy,soya,mug dan aku.





Jalan-Jalan Tak Cari Apa-Apa


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Yes, Happy Birthday, Malaysia!! 16 September 2012 melayarkan bahteranya untuk memulakan perjalanan hari ni. Heeee...tapi tu bukan motip bebelan aku dalam entri kali ni. Sebenarnya aku memang sangatlah tak tau apa nak tulis. Tapi hati rasa sangatlah nak tulis gak! ( reaksi bajet ada orang nak baca blog ni. Eheh. Sangatlah apa pun tak boleh).

2 hari lepas, aku dan abom boiiikkk (kenal tak sape ni? Haruslah tak kan? Abom boiiikkk (A.B) bukanlah abang beca mahupun abang lori. Ahaks! Ok, tak lawak. Abom boiiikkk ni hubby akak dik! Kelas tak nickname akak bagi? ;) ) telah berhempas pulas meredah ranjau onak duri berliku ( macam lagu Ukays pun ada...) untuk menjenguk Faiq anak kesayangan kami nuuuuunnnnnn jauh di mata. Jadi kami travel lebih kurang 8 jam jugaklah nak boleh jejakkan tapak bunga tayar kereta A.B di bumi Klang lagi indah nian. Heeee....

Selain dari menjenguk Faiq, tujuan balik ni adalah untuk merehatkan minda aku yang memang dah mengalami simptom-simptom depresi yang kritikal sejak berjauhan dengan Faiq sejak sebulan lepas. Kenapa duk jauh? Kenapa berpisah dari Faiq? Kenapa tak duk dengan Faiq? Kenapa tak jaga Faiq sendiri? Haa, korang baca la entri sebelum-sebelum ni. Maleh den nak kupas satu-satu. Kupas bawang lagi ada pekdahnya.

So, selama 3 hari aku pulang ke hometown (hometown ok, tak menahan... bajet duk oversea selama ni...), kami mengambil peluang untuk bersukaria bertiga.di Jusco Bukit Tinggi sekali lagi ( yes,memang dah takde tempat lain dah, in case kalau itulah soalan yang menari Oppa Gangnam Style dalam minda korang.).

Pukul 3 petang macam tu, kami dah ready siap dengan Faiq yang siap dipakaikan baju Bekman dengan kasut Eskimo Baby Patch. Baju raya ni readers, memandangkan Faiq tak beraya mana masa tu, dapat flu and cough daripada aku (dengan terus terangnya). Memang rasa bersalah sangat kat Faiq sebab aku, dia terpaksa tanggung akibatnya. Sudahnya dapat selsema, siap pakej dengan batuk sekali. Mau nebes aku dibuatnya waktu raya. Sudahnya aku dan A.B langsung tak beraya sakan untuk tahun ni. Sudahnya, baju raya Faiq yang penuh satu beg diam di situ tak berusik. Sudahnya, untuk visit kali ini, aku dengan pulunnya menelan vitamin, supplement, ubat-ubatan, jamu Mak Dara, segala bagai untuk jaga kesihatan aku supaya sentiasa sihat di samping Faiq. Dengan A.B sekali aku heret untuk mengikut rutin aku. Takde la rutin sangat sebenarnya. Masa nak jumpa Faiq je baru aku praktikkan mengambil bahan-bahan tersebut. Huhu.

Kami sebenarnya tak tau nak kemana. So destinasi yang paling dekat lagi murah tanpa perlu bayar tol ialah Jusco Bukit Tinggi, Klang. Rasanya dah masuk 4 kali dah aku bawak Faiq ke sini. Dekat je kan. Malas nak bawak jauh-jauh. Karang demam, aku gak yang terkial-kial. (Sungguh tidak ada kaitan, antara jarak shopping complex dengan antibodi Faiq. Kuman merata-rata ada. Eheh.)

Sesampainya di Jusco, kitorang pun dengan yakinnya menuju ke lif bersama Faiq yang enak bersantai dalam stroller Sweet Cherry SC6 yang empuk lagi selesa. Tiba-tiba aku terfikir kenape rasa macam ringan je badan aku hari ni, kalau selalu keluar mesti satu badan berat isi barang-barang Faiq dalam beg galas... Beg?? Beg Galas? Mana beg galas Faiq? Toleh kiri, toleh kanan, tak de! Tengok kat A.B pun takde jugak.

"Beg Faiq mana?"

Sambil senyum tersipu-sipu, A.B terus menunjukkan reaksi yang paling suci sambil berkata:-

"Tak ingat nak ambik kat sofa..."

Waaaaarrrgggghhhhhh!!! Baru je sampai, dah beg pulak tertinggal. Nah, inilah salah satu kelebihan Jusco Bukit Tinggi. Dekat, lagi murah, mahupun mudah untuk mengambil barang-barang yang tertinggal di rumah akibat penyakit pelupa kritikal kami berdua. Aku pun tak tau la macam mana Faiq membesar dengan kami nanti. Mungkin situasi-situasi seperti ini bakal berlaku?

"Mama, kenapa mama bagi bekal tapi tak isi roti kat dalam?"

atau

"Abah, kenapa abah hantar Faiq gi sekolah hari ni? Kan hari ni cuti ganti?"

Harapnya tak. o_O

Hmm..jadi aku serba salah nak teruskan jalan-jalan ke nak balik rumah je. Pikir punya pikir, A.B menawarkan perkhidmatan percuma berpatah balik ke rumah untuk ambik beg Faiq. Eheh. Mujur A.B baik hari ni. Hahaha. Tak la, dia memang tiap-tiap hari baik. :P Nama pun abom boiiikkk ape?

Sambil tolak stroller masuk dalam lif, kami sempat jugak 'menyenap' beberapa gambar untuk menglamoramakan diri. Contohnya seperti :-

Ye, Faiq, mama memang takde tempat lain nak bawak Faiq. So, jangan buat muka camtu ye sayang..


Apa pun tak boleh. Tido boleh..
Jadi dengan bosannya kami jalan-jalan di Jusco Bukit Tinggi tu tanpa ditemani AB. Ok, aku tak pasti aku je yang perasan atau diorang yang memang suka menelek orang lain. Aku tengok kebanyakkan orang duk perhati kami berdua (aku dan Faiq yang tengah mimpi dalam stroller dia). Adakah aku kelihatan seperti single mother? Atau aku nampak macam sindiket pencuri bayi? Atau simply sebenarnya aku ni memang tak de tokoh jadi mak? Aku tak tau. Dan hanya buat tak tau je pada mata-mata yang memandang. Biarin aja!

Pusing punya pusing, aku rasa aku nak bawak Faiq pergi suatu port yang memang awesome bagi aku. Wajib aku masuk walaupun hanya pusing setawaf  lepas tu keluar balik. Takkan miss kalau tak masuk terutamanya waktu masih single dulu :-

Taktau la kalo tempat ni takde. Memang taktau.

Kenapa aku suka kedai buku? Entahlah, aku memang suka buku. Segala buku aku baca. Even nak masuk toilet pun aku akan bawak buku walaupun buku tu hanya buku sifir atau buku panduan telefon. Apa yang nampak depan mata, capai aje. ;) Sebab tu la mataku ini memerlukan spek. Baca dalam gelap memang faberet aku masa kecik dulu. Alah, tekun baca komik doraemon je pun! Bukannya buku Kajian Tempatan.

Kalau berpeluang, aku nak didik Faiq supaya sukakan buku macam aku. Supaya Faiq tahu apa keistimewaan buku. Kalau minat computer, minat game, minat IT tu memang ikut bapaknya la tu. Aku memang jauh sekali. Ok, yes, i memang seasoned.

Sebenarnya, aku saja nak spend time dengan famili. Aku tak la beria sangat nak shopping bagai kat Jusco tu. Saja nak keluar dengan Faiq jalan-jalan. Lepas ni, kena balik Terengganu dah. Susah sebenarnya kami nak keluar bertiga. Sebab keadaan Faiq yang tak mengizinkan, aku dengan A.B pulak kerja jauh-jauh. So, kalau dapat pergi Jusco Bukit Tinggi bertiga tu memang dah happy yippy sangat la buat aku. Pathetic kan hidup aku? Huuu...

Tak lama kemudian, A.B pun sampai dengan beg Modernmom yang digalas penuh sopan sebagai seorang bapa mithali. Hikhik.. Dan ya, kami jalan-jalan lagi dengan Faiq. Entri kali ini tak begitu bermotip ye, readers. I realized that. Tapi aku suka. Aku rasa ini salah satu quality time aku bersama famili yang susah aku dapat sebelum ni. Jadi aku titipkan juga dalam blog syok sendiri nih. Siapa lagi nak baca kalau bukan aku sorang je. Ikut aku la kan nak tulis apa. Heeeeeee.....

Faiq muka tak puas hati sebab abah tak belikan mama  perfume CK (Apa kaitankah???)


Ok, kami nak balik dah.. WQY 199 jadi pengganti. Jangan marah, AB!








Saturday, 1 September 2012

Sweet Lil' Titbits

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Aidilfitri tiba lagi..Bagiku sudah 27 kali aku menyambut hari yang penuh warna warni ini. Dari zaman kanak-kanak yang terkinja-kinja main bunga api, sehinggalah dah jadi seorang ibu. Entri ini bukanlah nak menceritakan mana aku pergi beraya, makan apa masa beraya, Faiq dapat berapa banyak duit raya, or bla..bla..bla.. yang aku rasa tak perlu aku cerita pun kat sini. Mengabihkan masa readers je kan? Typical! Korang punya cerita lagi awesome. Betul tak?

Apa yang aku nak curahkan dalam entri kali ini adalah kemanisan berhari raya bersama insan-insan tersayang. Seseorang yang digelar sebagai famili. Keluarga. Yang mana aku rasa inilah kesimpulan atau intipati konsep berhari raya-menghabiskan masa bersama keluarga.

Acara wajib di pagi raya.

Sesiapa yang telah mengikuti perkembanganku, mesti dah tahu Faiq akan berjauhan denganku kerana selepas ini tanggungjawab menjaga Faiq kupinjamkan sebentar pada mama dan abah di Klang. Jadi di waktu hari raya inilah saat-saat indah sebelum ku berikan Faiq kepada mama untuk dijaga sebaik-baiknya.

Aku secara keseluruhannya sangat gembira. Sangat-sangat gembira pada Aidilfitri kali ini. Entah mengapa. Aku dapat merasakan kemanisan hidup berkeluarga, bertiga bersama Faiq yang selama ini kami ternanti-nanti kelahirannya. Walaupun hanya beberapa hari, tapi bagiku, aku cukup puas hati dapat menghabiskan masa bersama-sama suami dan Faiq.

Nak bagi Faiq montel, akhirnya mama jugak yang kena tempiasnya! Faiq duk lagu tu gak.. Haishh..

Abah yang dah pro dalam bab-bab pegang baby.

Perkara-perkara yang kecil, namun indah pada pandanganku. Masihku ingat ketika Faiq meraung menangis-nangis ketakutan semasa malam raya di waktu senja, suamiku berpeluh-peluh bimbang melihat keadaannya sambil berusaha menenteramkannya. Masak jugaklah kami dibuatnya kerana Faiq tidak berhenti menangis selama setengah jam lamanya. Berkat bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan air penawar yang disediakan oleh seorang ustaz, tetangga mentuaku, Faiq akhirnya lena dalam pangkuan suamiku. Kami bergilir-gilir berbuka puasa sementara salah seorang dari kami mengambil tugas menjaga Faiq yang baru reda dari ketakutannya.

Aku juga senang melihat suamiku yang mula belajar membancuh susu untuk Faiq, (yang memang sebelum ni tak pernah dibuatnya!), mula belajar memegang Faiq dengan betul dalam pangkuannya, menyediakan tempat tidurnya, membawa beg kelengkapan Faiq dari kereta semasa beraya untuk memudahkan aku menguruskan nappy dan susu Faiq, mengagah dan melayan Faiq semasa Faiq bosan meminta didukung. Sungguh, aku rasa Faiq lebih gemar bermain dengan abahnya berbanding denganku.

Anak abah.
Ya, aku tahu itu hanyalah perkara-perkara enteng yang semestinya readers berpendapat "Hello, tak payah nak bangga sangat la setakat buat susu!" atau "Setakat bawak beg pun nak stori dalam blog ke??" Heeee..aku tahu, memang ada di antara readers yang berpendapat sedemikian. Tapi, bagiku, aku happy. Aku gembira dengan usaha-usaha kecilnya. Kerana beliau sebelum ini seorang yang kekok dengan budak-budak. Langsung tak punya pengalaman menguruskan seorang bayi. Lalu, aku rasa dengan usaha-usaha itu menambahkan kemanisannya yang baru belajar bagaimana nak menjadi seorang abah yang terbaik untuk anakanda Faiq. Terima kasih kerana sudi menolong, abom boiiiikkkkkkk!

Faiq, mama dan abah tak punya sejuta ringgit untukmu, tapi kami yakin dengan bekalan sejuta cinta kami khas buatmu.