Thursday, 31 January 2013

Faiq : CT Scan Thorax

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Semasa menulis entri ini, aku seringkali merasakan debaran yang kuat memalu-malu dinding jantungku. Sungguh, kadang kala aku merasakan hidup ini penuh dengan ketakutan dan kegusaran. Namun, aku tahu, Allah sentiasa ada untukku.

Readers tahu apa itu CT scan?

CT Scan membawa maksud Computerized Tomography Scan. Suatu jenis scan (imbasan) yang dilakukan untuk mengesan keabnormalan (abnormalities) sesuatu sel/ struktur/ organ bergantung kepada apa yang diimbasnya. CT Scan dilakukan untuk melihat dan mengkaji dengan lebih jelas sesuatu struktur itu berbanding dengan imbasan sinar-X. Pendek kata CT Scan ni ialah imbasan yang lebih terperinci berbanding X-Ray.

Memandangkan Faiq pernah menjadi warga PHDU selama 3 atau 4 hari (maaf, aku tak ingat (sebenarnya tak nak ingat langsung!!!) ), maka Faiq diwajibkan untuk menjalankan CT Scan pada paru-parunya. Medical term - CT Scan Thorax. Tarikh telah dipilih, 17 Januari 2013. Aku yang jauh dari Terengganu, sanggup pulang semata-mata untuk menemani Faiq yang tersayang pada hari itu. Aku sangat-sangat berterima kasih pada Pengetua sekolahku, yang amat memahami situasi diri ini yang sangat tersepit di antara masalah peribadi dan komitmen terhadap kerjaya. Kerjaya lah sangat kan, ha ha ha, cikgu je pun. Alhamdulillah, permohonan cutiku lulus!

16 Januari 2013
Perjalanan dalam bas Sani Express dari Stesen Bas Kuala Terengganu ke Stesen Bas Shah Alam bukanlah suatu jangka masa yang menyeronokkan. Tambahan pula dengan debaran yang tak putus-putus singgah di hatiku, bimbang terhadap apa yang bakal terjadi esok. Ya, esok 17 Januari 2013. Itulah harinya.

17 Januari 2013
Sesampainya di rumah pada pukul 4.30 pagi, aku tertidur sekejap selepas melihat Faiq yang masih lagi lena dibuai mimpi yang indah barangkali? Temujanji doktor pada pukul 8.00 pagi. Aku harus cepat. Siapkan Faiq dan kelengkapannya, dan walla! Inilah kami :-

Faiq Si Nelayan Moden.


Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) tidaklah terlalu jauh dari kediaman kami. Hanya dalam 4 minit perjalanan je. Setelah pendaftaran selesai, kami ke Klinik Pediatrik HTAR dengan menyorong Faiq yang sepanjang masa menangis. Kenapa? Adapun mungkin aku ini terlalu hodoh baginya, sampai tengok muka aku je nangis. Arrrrrrr!!!!!


Faiq tak kenal aku lagi. :(

Sebab tu dia nangis.

Gambar kat atas tu nampak ceria sebab yang duk agah ialah Tok Abah kesayangan Faiq. Memang la lebar senyumnya.


S E D I H T A U T A K ?

Memang lama jugaklah Faiq menangis dalam klinik tu. Mati aku. Apa nak buat ni??? Mujurlah Tok Ma ada teman kami. Kalau aku yang dukung, memang meraunglah jawabnye. Dengan Tok Ma dia kemain lagi senyap siap peluk rapat-rapat sebab takut aku ambik. Eleh. Sombong tul Faiq sekarang. Huuuuu.

D O U B L E S E D I H T A U T A K ?

Anyway, lama-lama Faiq mahu jugak la dengan aku. Tapi aku tak de la berani sangat nak dukung dia, setakat tolak stroller je la aku mampu buat. Kang pegang lagi kang, menjerit cinonet tu. Aku pulak dituduh penculik bayi. Sape nak jawab?

-Enough of crapping- 

Menurut doktor, bayi yang akan menjalani CT Scan akan diberi ubat pelali bagi mengelakkan sebarang pergerakan seperti meronta-ronta, mengiring, meniarap dan lain-lain semasa proses scanning dilaksanakan. Selain itu, patient CT Scan harus dimasukkan sejenis pewarna medikal sebagai highlight pada sesuatu sel/ struktur/ organ tersebut. Highlight ni penting untuk mencari keabnormalan yang mungkin terdapat pada organ yang discan itu. Pewarna itu perlu dimasukkan melalui line yang akan disetkan di vena patient. 

Kalau readers baca entri yang terdahulu, mesti anda tahu bahawa urat Faiq memang sangat susah untuk dicari! Kami menunggu hampir 45 minit di luar bilik persediaan semata-mata untuk menunggu doktor untuk set line jarum pada tangan Faiq! Yes, 45 minit dan bayangkan betapa panjangnya senarai menunggu bagi patient selepas giliran Faiq? Muka masing-masing hangin semacam je bila tengok aku. Dah aku nak buat camne, aku pun kalau boleh takmau Faiq kena cucuk bagai, ok! *muka gedik mata ke atas*

And it end up with this statement :-

Puan, kita tak dapat jumpa la urat anak puan, susah sangat nak cari urat dia, asal cucuk je bengkak, cucuk je bengkak, cucuk je bengkak.."

Ok, ayat "cucuk je bengkak" itu diulang 3 kali, maknanya sah Faiq dicucuk paling minimum 3 kali. 3 kali ok? Aku yang tua bangka ni pun still rasa pedih bila kena cucuk sekali. Ni paling kurang 3 kali. *geleng kepala* Kesian Faiq, dari tadi menangis dalam bilik tu, alih-alih itu ayat yang doktor bagi. It was a relief, indeed. Aku pun tak nak Faiq dicucuk lebih banyak lagi.

"So macam mana dengan pewarna tu, perlu guna tak?"
"Kami dah call CT Scan Department, diorang kata, takpe, hantar je patient dulu ke sana. Kalau doktor dapat tengok jelas dalam screen, tak payah masuk pewarna la..."
Readers, anda rasa tak apa saya rasa? Kalau anda seorang ibu, tentu anda tahu apa yang meluap-luap dalam hati saya.

45 minit digunakan sepenuhnya untuk entah-berapa-kali cucuk diakhiri dengan tiada apa-apa outcome.

Memang aku marah dan kesal tapi aku tahu doktor telah melakukan yang terbaik. In Shaa Allah.

Poor Faiq.



Next, kami pun ke CT Scan Department untuk menyempurnakan prosedur itu. Jauh jugak la dari Klinik Pediatrik, lenguh jugaklah kami berdua (aku dan mama) berjalan dari klinik tu. Sampai je kat sana, aku dapat tengok pelbagai patient dari pelbagai umur menunggu untuk discan. Ada kanak-kanak mahupun warga emas. Telan liur aku melihat situasi itu. Lalu aku melihat Faiq. Barangkali Faiqlah patient paling muda di sini. Sabarlah sayang, Allah ada untuk kita.


Faiq yang telah lena setelah diberi ubat pelali.
Kasut pun dah tercabut gara-gara bersilat denga aku masa nak bagi ubat pelali tu.

CT Scan Suite, menunggu masa giliran.

Bilik Scan yang akan dimasukki oleh Faiq sebentar lagi

Faiq yang telah bersedia untuk menjalani CT Scan.
Pakaian perlu ditanggalkan kerana Faiq akan discan di dadanya, di mana terletaknya paru-paru.


Hanya aku dibenarkan masuk menemani Faiq. Mama terpaksa tunggu di luar. Aku tidak dapat mengambil sebarang gambar sewaktu berada dalam bilik tersebut. Tapi aku ada attach satu gambar dari Google yang menunjukkan bagaimana CT Scan dijalankan.


Beginilah situasi Faiq sewaktu CT Scan dijalankan.

Dari bilik tersebut, doktor akan mencari sebarang jika terdapat sebarang keabnormalan yang wujud dalam paru-paru Faiq. Memang sangat mendebarkan sewaktu melihat skrin yang terpampang. Walaupun aku tidak memahami gambar imbasan tersebut, namun ada kekhuatiran yang wujud dalam diriku. Aku sama sekali tidak mahu lagi melalui episod-episod duka yang mana pernah aku lalui sebelum ini. 

Setelah selesai proses CT Scan, Faiq dihantar keluar dari bilik, untuk dipakaikan pakaiannya semula. Dan beginilah Faiq selepas selesai prosedur.

Masih lagi lena penangan ubat pelali. Sampai rumah pun belum sedar-sedar lagi. Cuak ok!

Menurut doktor, keputusan laporan tidak dapat disiapkan pada hari yang sama. Beliau telah memberikan tarikh temujanji 3 bulan dari hari ini. Sekiranya keputusan CT Scan ini memerlukan Faiq untuk menjalani apa-apa rawatan segera, maka temujanji seterusnya akan diawalkan. Pihak hospital akan menghubungi aku atau AB melalui telefon sekiranya terdapat perubahan temujanji.

Kata-kata doktor itu mematikan keceriaanku pada hari itu. Sungguh, aku benar-benar berdebar menunggu keputusan tersebut.

Aku hanyalah seorang manusia yang seringkali berfikiran negatif. Kenegatifan yang selalu menjadi igauanku kadangkala membawa kegusaran padaku pada sesuatu yang tidak pasti. Seringkali aku lemah kerana aku tahu aku tidak berdaya melawan taqdir. Namun, di sebalik kebimbangan yang bersarang, aku juga punya suatu harapan. Harapan untuk melihat anakku sembuh, sihat dan sentiasa berada di bawah lindunganNya Yang Maha Menyayangi. Dan berpegang pada kekuatan itu, aku akan terus mengorak langkah untuk melindungi dan meyayangi Faiq walau apa jua keputusan yang bakal ku terima selepas ini.

"Ya Allah, sembuhkanlah Faiq, sihatkanlah Faiq, selamatkanlah Faiq..
Pinjamkanlah Faiq lebih lama untukku, 
 Kerana sesungguhnya diri ini belum puas untuk mengecapi keindahan dunia bersama-samanya" 






















Monday, 28 January 2013

Faiq : Potential Asthmatic

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Lamanya tak update tentang Faiq. Readers, adakah anda tertunggu-tumggu entri tentangnya? :)

Soalan macam eeewwww sangat kan. Bukan apa, kalau tengok daripada popular post, entri tentang Faiq Aqwa memang mendapat rating tertinggi, terutamanya tentang isu sebelum dan sejurus kelahirannya. Boleh tengok kat popular post. Waaaah! Macam popular sangat la kan.

P.O.Y.O. 

:)

Alhamdulillah, setakat ini, aku bukanlah penghidap asma. Begitu juga dengan husband aku, AB. Dan aku harapkan Faiq juga begitu. Walau bagaimanapun, entri kali ini aku titipkan (bahasa adalah jiwa bangsa, sekian terima kasih) khusus untuk readers yang tertanya-tanya macam mana penjagaan Faiq, bekas bayi pramatang yang mempunyai sejarah paru-paru tidak matang akibat kekurangan air ketuban yang sangat kritikal sewaktu dalam kandungan.

Inhaler dan Nebulizer
Entri sebelum ini menceritakan perihal Faiq yang perlu menggunakan inhaler untuk mengurangkan risiko sesak nafas / potential asthma yang sebelum ini pernah menyerangnya. Faktor paru-parunya yang kurang matang dan lebih kecil dari saiz biasa menyebabkan Faiq perlu menggunakan inhaler tersebut. Penggunaan adalah apabila perlu sahaja. Contohnya kalau Faiq mula menunjukkan tanda-tanda batuk, barulah inhaler akan digunakan.

Inhaler yang Faiq gunakan ialah :-

Berodual Inhaler
(source : Google Image)

Ventolin inhaler
(source : Google Image)



Memandangkan Faiq ni belum pandai nak menyedut semburan dari inhaler ini, Faiq perlu menggunakan aerochamber yang pernah aku tunjukkan dalan entri sebelum ini. 

Tapi untuk kamu-kamu readers yang sangat best (sebab baca blog ni, kihkihkih...) aku tunjukkan juga lagi satu gambar aerochamber.

Aerochamber yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak umur 1 tahun- 5 tahun.
Sengaja aku beli yang besar sikit untuk Faiq, boleh tahan lama. Save beb! :)

Jadi sekarang ni, kalau misal kata Faiq batuk, kami akan gunakan inhaler dulu sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya terus ke hospital. Inhaler ni macam nebulizer juga, tapi dalam dos yang kecil. Sekiranya batuknya menunjukkan tanda-tanda lebih membimbangkan, maka ke hospital lah kami jawabnya dan nebulizer lah ikhtiarnya.


Mungkin ada yang tanya, kenapa ada 2 jenis inhaler yang perlu Faiq guna? Ok, kalau nak cerita memang panjang, tapi aku pendekkan je lah, masa yang ada bolehlah digunakan untuk memasak atau membasuh baju dari pada membaca bebelan aku yang kurang isi kan. Straight to the point!

Faiq lebih sesuai guna guna Berodual Inhaler berbanding Ventolin. Pada mulanya memang Faiq guna Ventolin tapi setelah kami dapati batuk Faiq tak surut-surut, barulah doktor memberinya sejenis inhaler lagi iaitu Berodual yang mana hasilnya lebih efektif berbanding Ventolin untuk Faiq. Bagi Faiq la. Lain budak, lain penerimaanya. Jadi bagi readers yang ada baby yang kesnya sama macam Faiq, check with the doctors dulu inhaler apa yang sesuai untuk baby you all. But from what I heard, Berodual lebih sesuai untuk premature babies berbanding Ventolin. Kalau yang normal, full term babies mungkin Ventolin lebih sesuai. I am not so sure, you all check dengan doctors ok.


Mamam Time!
Dari segi pemakanan, kalau untuk yang potential asthmatic ni kata doktor, try to avoid citrus fruits macam orange, pear, dan sebagainya. Sebab bahan yang ada dalam citrus fruits ni boleh menggalakkan batuk, so try to avoid them. Anyway, boleh try dulu bagi baby you all buah-buah ni, kalau batuk-batuk tu maknanya your babies allergic la tu dengan buah-buah tersebut.  Kalau Faiq, memang aku belum pernah try lagi sebab memang aku dah tahu dia ada masalah tu. So, tak berani!!


Kipas atau Air Cond?
Ok, bab ni memang ada percanggahan antara beberapa pendapat doktor, ada yang kata tak ada masalah kalau guna air cond, ada yang kata babies yang ada potential asthma ni tak boleh guna air cond. So mana yang betul???

Pada awalnya, kami menerima pendapat pertama, iaitu BOLEH guna aircond. Jadi tok abah Faiq yang sangat pemurah telah memasang air cond dalam bilik aku di Klang untuk keselesaan Faiq sejak umurnya  5 bulan. Tapi kami pasang kejap-kejap je. Takut kan. Yelah, kitorang pun dari dulu tak pernah guna air cond. Tup-tup bila Faiq ada, terus pasang air cond. Punyalah sayang benaw ke Faiq takut dia panas. Sejak umur dia 8 bulan, disebabkan kami mengambil pandangan kebanyakkan doktor yang mengeluarkan ayat "there is no problem with the aircond" untuk Faiq, maka tidurlah Faiq dalam aircond yang sejuk, nyaman lagi menenangkan. Buka hanya Faiq yang tak mau bangun sampai ke pagi, begitu jugalah dengan mama Faiq yang culas benar bangun malam untuk membancuh susunya dek terbuai dengan keselesaan itu. Yikes! 

Sampailah pada suatu hari, sewaktu umurnya 8 bulan, Faiq dimasukkan ke wad akibat batuk. Dan aku dapat menjangkakan mungkin faktornya Faiq tidur dalam bilik air cond. Tapi aku belum pasti lagi. Tambahan pulak sejak kebelakangan itu, cuaca asik hujan memanjang. Pastu tidur pulak dalam air cond, Memang walla la kan! 2 in 1 pakej untuk merangsang batuk. Sampai ke ICU si cinonet tu. Boleh baca tentang entri tu kat sini 


Sejak dari itu, aku pasti benar, Faiq TIDAK BOLEH tidur dalam air cond. Faiq lebih selesa bilik berkipas, dan kipas itu juga TIDAK BOLEH dihalakan direct ke badannya. Orang kata kena angin sepoi-sepoi bahasa gitu... Jauhkan kipas, tapi make sure he feels the coolness. Ok, mommies?


* O
Sape faham? Kalau anda faham, memang anda awesome macam saya. ;)


We may not the perfect mother for our babies, but nothing can stop us from trying to be the best we could for them.

Nevertheless, moms are such.  














Wednesday, 16 January 2013

400km vs RM150

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Aaaaaaaaaa! Mencik! Mencik!

Curious nak tahu?

*



*



*



*



*



*




Paham-paham la bila dah 16hb ni kan.. Lepas tu kena withdraw lagi RM150, memang makan benda ni je la jawabnya :-



30 Disember lepas, aku teringin nak balik seorang drive dari Terengganu ke Klang. Tak pernah ok sepanjang hayat drive sorang 400km, cam bangga gila kot masa tu! Wow! Aku hebat! Hahaha.

Dalam hebat-hebat tu la pedal minyak asik nak menekan je, kata hebat, apa kelaaaaas bawak 70-80km/j kat highway kan. Alah, kereta premium tu rilek je speeding. Myvi pun mestilah tak mau mengalah walaupun CC hanyalah 1.3 sahaja. Kemahuan menang itu harus, ok!

Ketika itulah gambar ini ditangkap :-


Kalu ikut gambar original, memang la muka aku nampak sangat beria semasa memandu di highway. Justeru itulah, gambar ini di edit sedemikian rupa.

104km/j je kottttt?

Lainlah 180km/j. Huh.

Tapi saman tetap saman beb. Menggeletar tangan aku nak bayar kat kaunter saman. Huhuhuhuhu. 

"Encik, amaran pertama takde ke????"

"Tak boleh kurang ke?"



Namun ku tetap pulang dengan hati yang lara mengenangkan RM150 ku yang telah ku dermakan kepada pihak penguatkuasa.

Haih.



Anggaplah itu sebagai suatu kafarah dalam kehidupan bagi membersihkan dosa-dosa yang tidak kita sedari.

Setakat RM150 hilang untuk jumpa Faiq yang dirindui rasanya nothing to lose kan?



Chill!











Tuesday, 15 January 2013

Apa Nak Tulis?

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Apa nak tulis? Hahaha.. Macam ape benda si Fa ni meraban kan.. Sebenarnya, seriously aku takde apa dalam minda untuk di share setakat ni.

Mungkin sedikit perkembangan dalam hidup, maybe?
Boleh la ek, sikit je ek..Sikit je.

2013 membawa suatu titik permulaan yang agak rough untuk aku kerana sebab-sebab yang tak dapat aku share kat sini tapi cukup aku katakan ia membawa perubahan besar dalam sikapku. The attitude, the laziness, the temper, everything has changed 360 degrees.

So, I think it should be suatu perubahan yang positif kan? Mungkin tulah yang dikatakan hikmah di sebalik kejadian. Mungkin di sebalik peristiwa berdarah (okay memang membohong sangat la tu, takde siapa yang terbunuh ye, melainkan sang nyamuk-nyamuk yang suka mengacau aku saat aku sedang dilanda masalah) tersebut, aku banyak belajar dari kesilapan diri. Serta merta tersedar betapa kerdilnya aku sebagai seorang hambaNya.

Hidup ni pelik. Kita menjangkakan A akan terjadi namun sebaliknya takdir menulis B. Kita sangkakan C  tak mungkin muncul, tapi C dok tercongok depan muka kita walaupun dekat 20 tahun langsung hilang tanpa berita. Pelik kan? Sebenarnya perkara-perkara tu tak pelik, tapi itulah pentas hidup. Teater pentas yang diatur oleh Yang Maha Esa dan kitalah sebagai pembawa watak-wataknya. Takdir yang telah siap ditulis sebelum kita dilahirkan maka itulah skripnya.

Mungkin kita akan menyesal dengan kekhilafan yang telah kita lakukan, dan tak mungkin kita mampu untuk mengembalikan saat-saat sesalan yang seringkali kita ratapi. Ya, kita hanya manusia, manusia memang sentiasa melakukan kesalahan, dan setiap kesalahan itu sentiasa diakhiri dengan penyesalan.

Tapi kita lupa, di sebalik penyesalan itu, di situlah timbul seseorang yang baru dalam diri kita. Seorang yang mahu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan itulah hikmah mengapa kita ditakdirkan untuk berbuat salah dan menyesal. Cuba kalau kita tak buat kesalahan, dan tiada penyesalan dalam diri, mungkinkah kita sedar tentang kesilapan kita? Tak la kan.. Memang kita takkan sedar, sebab lumrah sifat manusia sudah terhantuk, baru terngadah. Kalau tak pernah dengar, silalah mengcopy dan google apa maksudnya. Ye, memang aku malas nak taip maksud dia, kalau tu yang korang tengah pikir. Heeee.... :)

Apa pun, aku sangat happy dengan kehidupan aku sekarang, aku yang baru, kehidupan yang baru, di tahun yang baru. Beristiqamahlah dalam perkara-perkara yang baik kerana melakukan perkara-perkara yang baik meskipun liat benor nak memulakan, tapi ganjarannya tidak akan terjangkau dek akal fikiran kita. :')


credit to finalsms.com
(source : Google Images)







Sunday, 9 December 2012

Cinta Vs Hakikat

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Aku jarang mengutarakan topik ini, tapi malam ini, aku rasa aku ingin berkongsi sesuatu tentangnya.

CINTA

Klise kan? Sikit-sikit cinta. Buka tv tengok drama cinta. Tengok wayang filem cinta. Baca buku novel cinta. Angan-angan tentang cinta. Sebenarnya, cinta ni apa? 

Cinta sebenarnya fitrah. Sesiapa akan mempunyai rasa untuk disayangi dan dikasihi, begitu juga sifat ingin menyayangi dan mengasihi. Cuba perhatikan, bayi yang baru lahir, mengapa bayi akan berhenti menangis apabila dipeluk oleh seseorang? Kerana dia merasa disayangi dan dikasihi. Dia merasakan suatu perasaan yang selamat apabila berada dalam kalangan insan-insan yang rapat dengannya.

Tapi cinta ini juga kadang sangat menyakitkan. Kalau tak, takkanlah ada kes-kes bunuh diri, gantung diri, minum racun, sihir, santau dan sebagainya semata-mata untuk memuaskan nafsu amarrah yang bermaharajalela dalam diri? Sifat manusia ingin memiliki. Dan apabila tidak dipenuhi, maka amarrah mula merajai hati.

(source : Google Image)


Bagaimana pula dengan cinta pertama? Kata orang, cinta pertama merupakan sesuatu yang paling manis untuk diingati. Cinta pertama ni boleh terjadi pada bila-bila masa sama ada semasa remaja, ataupun zaman kanak-kanak. Ya, aku pasti ada yang tersenyum sewaktu membaca bait ayat-ayat ini. Teringat kenangan lalu mungkin?

Boleh jadi cinta itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Boleh jadi putus di tengah jalan. Atau mungkin tidak pernah diluahkan langsung oleh kedua belah pihak. Ada juga yang mungkin telah meluahkan tetapi sayang, cintanya tidak berbalas. Tak kurang juga ada yang telah berikrar mahu sehidup semati seperti cinta si Laila dan Majnun. Ah, cinta mampu menghilangkan kewarasan fikiran, dan ternyata bagi yang sedang kemaruk bercinta, mereka rela menurut kata hati daripada berfikir menggunakan logik akal. Aneh bukan?

Cinta itu tidak aneh. Sebenarnya manusia yang membikin cinta itu menjadi aneh, kusut dan rumit. Semakin rumit sesebuah kisah cinta itu, dirasakan semakin agunglah tahap cintanya. Padahal ia tidak lain dari hanya menyeksa diri untuk meraih sebuah cinta yang tidak diketahui pasti dimiliki atau sebaliknya. Ini banyak terjadi dalam dunia percintaan masa kini. Mereka bisa menjadi apa sahaja demi menghirup kemanisan sebuah percintaan. Mampu menjadi pencuri, peragut, anak yang derhaka, isteri yang curang, suami yang lalai, murid yang gagal, pemilik syarikat yang bankrap, apa sahaja! Wah, besar sungguh kuasa cinta!

Bagi diriku, pengakhiran cinta ialah kebahagiaan. Tanyalah pada diri, adakah kita bahagia dengan cinta kita kini? Jika ya, nah, itulah dia cinta agungmu! Tetapi jika tidak, mungkin cinta itu perlu di'improvise' supaya lebih kelihatan menarik dan tidak jemu dipandang. Bagaimana mahu ditafsirkan kebahagiaan itu terpulang pada masing-masing.

Mungkin ada yang tidak seberuntung orang lain kerana kehilangan cintanya. Lalu bertubi-tubi menyalahkan takdir, mengapa? Mengapa aku? Mengapa aku? Kadang-kadang kita tidak mengerti mengapa cinta yang kita dambakan itu sukar benar untuk dimiliki. Adakalanya kita langsung tidak sempat mencium wanginya bunga-bunga cinta sebelum cinta itu terus jauh meninggalkan kita. Tanpa pesan. Tanpa kata-kata akhir. Tanpa penutup. Satu yang aku amat pasti, keadaan itu sejujurnya lebih memedihkan.

Takdir Allah swt telah menetapkan siapa pemilik cinta kita selepas Dia dan Rasulullah saw. Yakni pasangan yang sah dari segi syarak dan hukum. Walaupun kelihatan cinta itu tempang kerana tidak seagung cinta yang terdahulu, tapi ketidak sempurnaan itulah sebenarnya menyempurnakan kehidupan kita. Belajarlah untuk menerima. Menerima. Menerima takdir yang telah ditentukan walaupun berat sekali hati untuk menggalasnya. Percayalah, kebahagiaan akan datang menjemput kita sekirannya kita percaya dengan keajaiban aturan kehidupan oleh Yang Maha Mengetahui.

Bukankah kehidupan ini penuh dengan debunga-debunga keajaiban?

Wallahu'alam.

P/S: Topik ini dibincangkan secara universal, so think universally. Tiada kaitan antara yang hidup, yang sudah pergi dan yang sedang menaip baris ini. Chill! :)






Friday, 7 December 2012

A Solution for Dear Faiq

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Tadi aku bawak Faiq pergi jumpa doktor, memandangkan Faiq ni mempunyai masalah batuk-batuk. Serius, kalau dia batuk, memang aku risau sangat sebab batuk dia bukan calang-calang batuk. (Ade ke ayat?) Kalau lambat bertindak, mungkin boleh dapat pneumonia.

Jadi kami ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Chong, Taman Sri Andalas, Klang.

The entrance.
credit to shidazam.blogspot.com.

Masa operasi
(credit to shidazam.blogspot.com)

Actually, klinik ni aku dapat info dari rakan-rakan Facebook. Diorang yang suggest klinik ni, katanya ok, harga ok, doktor ok, dan macam-macam lagi la. Since aku dah serik terpaksa hantar Faiq masuk hospital, aku pun merajinkan kaki untuk ke klinik ini. Opps, aku pun grab gambar orang lain nih. Tuan punya gambar tu yang tertera pada caption. Thanks sis!

Setelah diperiksa, Faiq perlu diberikan nebulizer, which actually musuh ketat gelemat dia. Tau apa ketat gelemat? Muehehehe. Sape orang Terengganu dia tau la. 

Selepas nebulizer, Doktor Chong, which aku rasa sangat pleasant orangnya, telah indicate di mana Faiq ni kalau batuk, memang akan betul-betul hardcore punya batuk. Memang sampai kena admit bagai. So, Doktor Chong pun bekalkan :-

*


*


*


*


*

Aero Chamber Pump RM 98 (yellow box) and Ventolin Inhaler RM 20++ (white and blue box)


Tak buka plastik pun lagi, Nak tunjuk punyalah baru barang nih. Hehe.

Ventolin Inhaler ni biasa kita tengok pesakit-pesakit asthma yang pakai. Yang sedut-sedut tu. Penah tengok kan... Haa, ni sama la. Doktor Chong kata, fungsinya sama macam nebulizer, cuma inhaler ni dosnya lebih rendah berbanding nebulizer. Sesuai untuk digunakan di rumah. Percaya tak, abah aku ingat nak beli dah mesin nebulizer tu letak satu kat rumah, in case kalau tengah-tengah malam Faiq batuk dan tak boleh tido. Tapi baru bercadang je. Mesin tu dekat RM 400 lebih jugak kot. Tak campur ubat gas dia lagi. Hmm..

Aerochamber tu (warna kuning) ialah sebagai saluran untuk memerangkap gas ubat dari inhaler untuk masuk ke dalam mulut Faiq sewaktu dia bernafas. Kenapa kena pakai aerochamber ni? Sebab Faiq belum pandai sedut macam orang dewasa. Kalau aku cakap, "Sedut, Faiq! Sedut Faiq! Cepat! Sedut!" Haram takkan dia paham arahan aku. Lantas terus dingkari arahan itu sambil menepis kuat inhaler yang jatuh terjelepok di atas lantai. Huhu. Ok, get it? Sebab tu kena guna aerochamber ni, supaya sesi sedut-menyedut lebih mudah.

Kalau pakai inhaler ni, menurut kata doktor, akan memudahkan rongga pernafasannya, dan dia boleh bernafas dengan baik. Faiq belum lagi di diagnose sebagai asthma, tapi disebabkan dia ni premature, so, ciri-ciri asthmatic tu memang ada la. Sebab tu treatment dia sama macam pesakit asthma. Nebulizer, inhaler, suction dan sebagainya. Aku benar-benar mengharapkan supaya Faiq tidak akan ada asthma. Harap sangat-sangat.

Walau bagaimanapun, aku belum lagi menggunakan aerochamber dan inhaler tu sehingga entri ini ditaip. Takut mungkin? Ya, aku memang benar-benar takut. Takut aku salah teknik. Takut akan keadaan Faiq pun ya jugak. Eh, semua la takut. Setakat entri ini disiapkan, Faiq masih dalam keadaan yang boleh dikawal. Batuknya juga tidaklah terlalu serius bagiku. Sekiranya keadaan memaksa, mungkin aku akan gunakan inhaler tu.

Total charge klinik tadi ialah RM150. Agak mahal untuk visit kali ni, tapi aku rasa berbaloi. Selalunya charge dia tak lebih RM 50. Paling-paling pun RM 40. Tapi kali ni walaupun agak gulp sikit, tapi bagi aku worth it. Consultation, Nebulizer, Aerochamber, Ventolin Inhaler = RM150. Ok la kan? Aerochamber tu dah dekat seratus. Memang la confirm charge mesti above RM 100 kan. Plus, aku rasa cara Doktor Chong ni ok la. Tak la sewenang-wenangnya bagi ubat batuk, ubat kahak, ubat macam-macam. Ubat yang benar-benar perlu sahaja yang diberi. Siapa-siapa yang tinggal area Klang ni, bolehlah try ke klinik ni, berdekatan dengan Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas, Klang.

Visit kami ke Klinik Doktor Chong tadi mungkin memberi kami satu harapan, at least a pinch of hope, for dear Faiq dalam menangani masalah kesihatannya. Serius, aku memang tak sanggup tengok Faiq dalam ICU lagi. Daya kami cuma usaha dan tawakkal kepadaNya.

Nafas panjang ku hela.


Ya, kami harus kuat demi Faiq. :)



Rabbi Yassir Wala Tu'assir.
"Wahai Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan"








Wednesday, 5 December 2012

Cuti Yang Awesome

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Cuti sekolah dah mula! Pasti budak-budak yang ambil SPM tahun ni dah mula berangan-angan nak buat apa lepas ni kan. Suka la tu, dah habis sekolah. Boleh la tukar title jadi pelajar lepasan SPM lepas ni, kalau dulu korang ni pegang title budak sekolah je kan.. Paling glam pun title ketua pengawas, tak pun ketua rumah. Betul tak? Tu dah cukup gah la tu. Hahaha.. Sekarang dah boleh la merasa jadi budak beso-beso. (Macam la beso sangat korang yeeerr. Heee...)

Anyway, apa aku nak stori tentang cuti aku? Kalau tengok kawan-kawan lain, ramai yang pergi melancong. Ini dapatlah dibuktikan dengan memview facebook-facebook mereka-mereka yang sangat-sangat awesome dengan pemandangan cantik lagi menarik dan tertarik. *tarik nafas dalam-dalam sebab ayat panjang sangat*.

Cuti aku hanyalah dipenuhi dengan view-view seperti ini :-

Doc Mcstuffins
(Google Images)

Mickey Mouse Clubhouse
(Google Images)

Special Agent OSO
(Google Images)

Pororo, The Little Penguin
(Google Images)

Tayo, The Little Bus
(Google Images)


Semua ni aku tengok di tempat paling best sekali iaitu di :-

Channel 613, Astro.
(Google Images)

Menarik kan cuti aku? Huhu.

Aku terpaksa korbankan masa chill, melancong, trip sana sini, sebab Faiq. Memandangkan Faiq tak boleh (TAK BOLEH means TAK BOLEH LANGSUNG!) keluar rumah sebab kes dapat pneumonia bulan lepas, aku hanya memerapkan diri dengan Faiq sambil menonton rancangan-rancangan menarik (lah sangat) di televisyen. Precise sikit, Channel 613, Disney Junior. Aku memang takde peluang langsung nak tengok favorite show aku, melainkan kalau si kecik ni tido. Sampai ada sekali tu aku tak tau pun Malaysia masuk AFF Suzuki Cup. Lawan dengan negara mana, berapa score, siapa kena kutuk, siapa tak pandai main, siapa man of the match, sume aku tak tau.

Yang aku tahu hanyalah ini :-

Pororo, The Little Penguin Opening Theme Song
(Youtube)


Mickey Mouse Clubhouse Opening Theme Song


Special Agent OSO Opening Theme Song
(Youtube)


Doc Mcstuffins Opening Theme Song
(Youtube)

Tayo, The Little Bus Opening Theme Song
(Youtube)

Semua ni memang favorite Faiq. Nak-nak Mickey Mouse Clubhouse tu. Huuuu...

Faiq and his gigantic phone, but he prefers mine instead. (+_+)
Smiling (without any teeth) while watching Special Agent Oso.


Awesome kan cuti aku? (+_+)
Tapi, lama-lama aku pulak jadi addicted dengan lagu-lagu ni. Sampai kadang-kadang dalam tak sedar aku duk humming lagu-lagu ni dalam kereta ke, masa mandi ke.. Eheh. Ok, aku memang dah tak layan dah lagu-lagu kotemporari masa kini sekarang ni. Sejak duk terperuk dalam rumah, Cikgu Farrah hanya mengenali lagu-lagu ini sahaja. Naif dan lurus tak cikgu? *kelip-kelip mata memohon belas ehsan sambil tersenyum polos*

Anything for you, sweetie. But, not too much tv, it's not good for your eyesight, dear. Mama takmo Faiq kena pakai spek macam mama. Dulu mama ingat pakai spek tu best, nampak cam budak pandai yang legend je, tapi hakikatnya pakai spek memang melecehkan. Kalau tak, takkan la berkotak-kotak contact lens aku order. Gaya penting walaupun pagi-pagi kena terkebil-kebil pasang lens. =')

Aku lebih suka Faiq sukakan buku macam aku, tapi nampak gayanya Faiq ni macam abah dia, suka gadget, suka computer, suka games, suka technology. Hmmm.. muka pun dah banyak muka abah dah... Suka la tu AB! Huh!