Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Apa nak tulis? Hahaha.. Macam ape benda si Fa ni meraban kan.. Sebenarnya, seriously aku takde apa dalam minda untuk di share setakat ni.
Mungkin sedikit perkembangan dalam hidup, maybe?
Boleh la ek, sikit je ek..Sikit je.
2013 membawa suatu titik permulaan yang agak rough untuk aku kerana sebab-sebab yang tak dapat aku share kat sini tapi cukup aku katakan ia membawa perubahan besar dalam sikapku. The attitude, the laziness, the temper, everything has changed 360 degrees.
So, I think it should be suatu perubahan yang positif kan? Mungkin tulah yang dikatakan hikmah di sebalik kejadian. Mungkin di sebalik peristiwa berdarah (okay memang membohong sangat la tu, takde siapa yang terbunuh ye, melainkan sang nyamuk-nyamuk yang suka mengacau aku saat aku sedang dilanda masalah) tersebut, aku banyak belajar dari kesilapan diri. Serta merta tersedar betapa kerdilnya aku sebagai seorang hambaNya.
Hidup ni pelik. Kita menjangkakan A akan terjadi namun sebaliknya takdir menulis B. Kita sangkakan C tak mungkin muncul, tapi C dok tercongok depan muka kita walaupun dekat 20 tahun langsung hilang tanpa berita. Pelik kan? Sebenarnya perkara-perkara tu tak pelik, tapi itulah pentas hidup. Teater pentas yang diatur oleh Yang Maha Esa dan kitalah sebagai pembawa watak-wataknya. Takdir yang telah siap ditulis sebelum kita dilahirkan maka itulah skripnya.
Mungkin kita akan menyesal dengan kekhilafan yang telah kita lakukan, dan tak mungkin kita mampu untuk mengembalikan saat-saat sesalan yang seringkali kita ratapi. Ya, kita hanya manusia, manusia memang sentiasa melakukan kesalahan, dan setiap kesalahan itu sentiasa diakhiri dengan penyesalan.
Tapi kita lupa, di sebalik penyesalan itu, di situlah timbul seseorang yang baru dalam diri kita. Seorang yang mahu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan itulah hikmah mengapa kita ditakdirkan untuk berbuat salah dan menyesal. Cuba kalau kita tak buat kesalahan, dan tiada penyesalan dalam diri, mungkinkah kita sedar tentang kesilapan kita? Tak la kan.. Memang kita takkan sedar, sebab lumrah sifat manusia sudah terhantuk, baru terngadah. Kalau tak pernah dengar, silalah mengcopy dan google apa maksudnya. Ye, memang aku malas nak taip maksud dia, kalau tu yang korang tengah pikir. Heeee.... :)
Apa pun, aku sangat happy dengan kehidupan aku sekarang, aku yang baru, kehidupan yang baru, di tahun yang baru. Beristiqamahlah dalam perkara-perkara yang baik kerana melakukan perkara-perkara yang baik meskipun liat benor nak memulakan, tapi ganjarannya tidak akan terjangkau dek akal fikiran kita. :')
credit to finalsms.com (source : Google Images) |
No comments:
Post a Comment