Sunday, 12 August 2012

Sehari Bersama

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah,Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Tinggal kurang seminggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Sememangnya pada waktu-waktu begini, memang confirm jam di mana-mana jalanraya terutamanya berdekatan dengan shopping complex dan bazar-bazar sempena Ramadhan.

Pada tahun ini, tidak seperti tahun-tahun yang lepas, saya agak lemau sikit bab-bab berbelanja. Kalau tahun-tahun terdahulu biasanya saya akan survey mana-mana baju, kasut, beg, dan segala macam barang-barang keperempuanan (typical !!) sejak dari awal lagi. Namun, pada tahun ini, saya agak cool. Haha, mana tak cool nye, kalau selama tiga bulan ni saya tidak bergaji. Hihihi.. Memang la senyap je kan tanpa pembelian. Nak pergi window shopping rasa semacam pulak bila tengok orang lain sampai bertroli-troli memborong. Rasa semacam dalam erti kata mudah ----> JELES!!!!

Walau bagaimanapun, tertakluklah pada 9 Ogos yang lalu, kerajaan Malaysia telah bermurah hati (terima kasih banyak-banyak YAB PM!) untuk memberikan bonus Hari Raya sebanyak separuh bulan gaji menyebabkan mood berbelanja saya melonjak ke level tertinggi! Hihihi. Rasa macam semua benda yang saya nampak pada hari tu cantik! Dulu masa takde duit, takde la nampak cantik manapun barang tu. Eheh.. Cakap orang tak bergaji, macam tu lah. Hekhek...

Jadi pada 9 Ogos lepas, saya dan suami (yang kebetulan melawat Faiq minggu ini) telah bercadang untuk bersoping ( bak pronunciation  kawan sekerja saya) dengan sakannya. Seawal jam 9.00 pagi kami dah bertolak dari rumah ( Hamboi! Kalau pegi keje, lewat aje sampainya! Gi soping kan main awal!) Kami ke Shah Alam, sekitar Kompleks PKNS dan SACC Mall. Oh ye, Faiq kami tinggalkan di rumah bersama mama kerana saya khuatir kesihatannya terjejas dek cuaca dan kesesakan pengunjung di sana.

Suami telah memperuntukkan sejumlah kos untuk kami (saya dan Faiq), jadi dengan cara tersebut bolehlah kami berbelanja secara berhemah. Saya telah membeli 2 pasang baju kurung sebagai tambahan kepada baju kurung utama (ade ke istilah??) yang telah mama tempahkan awal-awal lagi ke aunty tailor berdekatan rumah saya. Baju kurung utama tu maksudnya baju kurung pilihan yang akan saya pakai pada pagi raya. Heeeee....
*Ehem* 
Justeru, dengan cara itu akan menambahkan lagi koleksi baju kurung saya yang boleh saya pakai untuk ke kelas sewaktu di sekolah pula. Tak membazir kan? Kalau beli baju yang stylista, fashionista, hijabista sangat alamatnya memang terperuk je lah dalam almari. Takkan saya pakainya gi sekolah! Jangan mimpi lah!

Kemudian kami ke Subang Parade untuk purchase baju-baju Faiq pula. Saya semacam teragak-agak untuk membeli baju raya untuk Faiq kerana Faiq ni perangainya memang tidak gemar memakai pakaian yang 'menyemart' bagai. Bagi lah baju cantik macam mana pun, akhirnya baju lubang-lubang jugak yang dia selesa. Tapi, takkan lah nak beraya pakai baju lubang-lubang kan? Huuuu... so, kami beli juga lah  beberapa pasang untuk Faiq (yang saya rasakan baju-baju tersebut hanya dapat bertahan beberapa minit sahaja di tubuhnya) (+_+)

Memandangkan saya akan pulang semula ke Terengganu untuk bertugas, kami mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama Faiq. Lalu, petang itu, setelah kami pulang bersoping, kami keluar semula membawa Faiq bersama untuk iftaar di Jusco Bukit Tinggi.

Faiq yang lena sewaktu tiba di Juco Bukit Tinggi.

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Kami bercadang untuk berbuka di Kenny Rogers Roasters namun mungkin bukan rezeki kami, Kenny Rogers di Bukit Tinggi sudah fully reserved untuk iftaar. Hmmm.. jadi kami ke The Chicken Rice Shop yang menghidangkan nasi ayam hainan yang memang menjadi all time favourite saya. Saya teragak-agak pada mulanya untuk berbuka di The Chicken Rice Shop, kerana pada tanggapan saya hidangan nasi lebih mendapat tempat oleh para pengunjung berbanding hidangan ayam panggang Kenny Rogers. Tapi, alhamdulillah, The Chicken Rice Shop masih menerima tempahan meja makan. Benarlah kan, bila Allah tutupkan suatu cabang rezeki, sebenarnya Dia mahu memberikan kita rezeki yang lebih istimewa. Alhamdulillah, dapatlah kami berbuka dengan hidangan nasi ayam pada malam itu.

Resam keluarga beranak kecil, memang kami tidak dapat makan dengan tenang sepanjang berbuka. Saya dan suami bergilir-gilir mengambil alih menjaga Faiq yang mahu turut serta berbuka bersama kami. Hikhik..
Saya dahulu yang bertugas menjaga Faiq memandangkan suami saya ni memang pantas bab-bab menghabiskan makanan. Kalau benarkan saya yang makan dulu, alamat lapar la encik suami. Heeeee...

Usai berbuka, kami berkejar menunaikan solat Maghrib di surau yang disediakan. Al-maklumlah kalau namanya bulan puasa, nak-nak lagi waktu Maghrib memang penuh satu surau tu! Tengok dari luar pun dah mengeluh dengan bertimbunnya kasut di luar pintu masuk surau. Hmmm... Kalau namanya surau muslimat, memang ada 3 benda yang akan menjadi rebutan.
  1. Tempat untuk solat, biasanya akan dianggap cop apabila kita meletakkan beg/tudung di tempat itu, (namun tidak digalakkan mengecop dengan beg, dikhuatiri ada yang 'kurang amanah' dalam surau tersebut),
  2. Telekung surau, biasanya akan dianggap cop apabila kita meletakkan telekung tersebut di tempat solat kita yang telah dicop sebentar tadi,
  3. Cermin. Haaaa...yang ni takleh cop ye..Memang kena menyempit-nyempit untuk nampakkan muka dalam cermin. Nak solek, nak calit lipstik, nak belit tudung, nak pin tudung, nak lilit tudung, haa, masa ni lah. Realiti di surau muslimat. Begitulah resamnya. Saya tidak terkecuali. :)

Abah bersama Faiq yang monyok sakit perut nak poopoo..

Selesai solat, kami berehat di bangku sambil mengambil gambar-gambar kenangan bersama Faiq. Memandangkan kami akan berjauhan dengannya untuk satu tempoh yang lama, jadi biarlah kami menitipkan kenangan tersebut sebagai pengubat rindu sewaktu di Terengganu nanti.

Bagaimana mama mahu meninggalkanmu sayang?


Melihat semula rentetan perjalanan hari itu, memberikan saya nafas baru dalam meniti hidup berkeluarga. Menyegarkan hubungan saya dengan suami yang selama ini berhempas pulas diduga semenjak Faiq dalam keadaan yang kurang stabil sewaktu di hospital suatu masa dahulu.  Saya akui saya masih lagi takut untuk memikirkan keadaan kesihatan Faiq di masa hadapan, saya tak sanggup memikirkannya. Saya paranoid dengan kejadian-kejadian mengejutkan pada suatu ketika dahulu. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa kepadaNya agar Faiq dikurniakan kesihatan yang terbaik sepanjang hayatnya, dijauhkan daripada penyakit-penyakit yang membahayakan, serta menjadi seorang yang soleh dan pintar. Itu doa saya setiap hari. Saya tidak putus-putus memohon doa daripadaNya kerana saya tahu, saya tidak berkuasa menggapai kemahuan-kemahuan saya. Hanya daripada Dia lah yang saya mohon supaya diizinkan dan dipermudahkan hajat-hajat saya. 

Kehidupan ini suatu misteri. Kita tidak tahu apa yang berlaku esok, dan itulah yang paling menakutkan kita sebagai manusia. Semoga kita bersedia menghadapi segala ujian yang diturunkan. Sebagai peringatan untuk diri saya yang mudah lupa.








No comments:

Post a Comment