Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Tak kira apa pun, aku tetap nak habiskan post ni hari ini. Full stop.
Dari dulu, tahun 90an masa tahun pertama aku bersekolah, mama pernah cakap,
"Farrah kalau balik sekolah, dengan baju tak salin, stokin tak bukak, terus duduk menonong kat kerusi siapkan homework. Selagi tak siap, memang tak berganjak. Makan pun tak sentuh."
Entahlah, mungkin Tuhan dah jadikan aku dengan pemikiran begini. Mungkin juga didikan mama dan abah jugak menyebabkan aku begini. Kerja dapat hari ni, mesti siap hari ni,
Siap bermaksud tulisan kemas dan semua jawapan mesti betul.
Selagi tak siap, selagi tu la aku akan buat.
Mesti buat.
Mesti siap.
Mesti tulisan kemas.
Mesti betul semua.
Tahun 1995, darjah empat. Masa tu nak tidur dah. Kebiasaanya aku kalau nak tidur, mesti tangan abah yang kena ulik. Tangan orang lain alamatnya memang tak tidur la aku sampai ke pagi. Hehe. Masa nak dekat-dekat lena tu, aku baru teringat Pn. Siti Murni, cikgu matematik sekolah aku ada bagi homework.
Alamak??? Macam mana ni?
Buat dalam buku mana? Buku Matematik 1 ke Matematik 2?
Dan-dan tu jugak aku dail nombor bestfriend aku masa tu, Ayu untuk tanya dia kemusykilan aku yang bersarang atas batu jemala ni. Masa tu dah pukul 10 ke 11 malam, tapi aku buat muka tak malu jugak call Ayu.
"Hello, assalamualaikum.. Boleh cakap dengan Ayu?"
Ayah Ayu kot yang angkat masa tu.
"Ayu dah tidur la..."
"Err.. Pakcik, boleh tak kejutkan dia sekejap? Saya ada hal mustahak nak cakap dengan Ayu.
Umur 10 tahun.
Soal homework bab darab bahagi tu kira 'mustahak' sangat la berbanding masalah Palestin dan Zionis.
Mujur ayah Ayu baik. Beliau kejutkan jugak Ayu. Kalaulah aku jadi ayah dia dah lama aku sound. Sampai sekarang bila ingat balik memang aku malu gila dengan ayah si Ayu. Sorry pakcik!
Ayu pun mula bersuara di gagang.
"Hello..."
"Hello Ayu, Ayu, Farrah ni.."
"Hmm..."
"Ayu, ingat tak Cikgu Siti ada bagi homework pagi tadi? Farrah lupa la nak buat. Ada kan cikgu bagi?
"Hmm..."
"Buku mana eh Ayu? Buku 1 ke buku 2?"
"Hmm..."
"Buku 1 ke?"
"Hmm..."
"Err.. ok la Ayu, sorry ye Farrah ganggu ni. Sorry sangat. Assalamualaikum.."
"Hmm..."
Ok. Rasanya Ayu tak dengar pun apa yang aku cakap tadi. Mamai-mamai tengah sedap tidur, orang cakap pasal homework, kejadahnya la nak ingat masa tu.
Dan sudahnya aku tidur pukul 2 pagi sebab siapkan homework ditambah pula dengan tak boleh tidur disebabkan oleh masih lagi keliru buku mana nak guna untuk homework tu. Apa-apa hal pun, aku tetap kena siapkan on time.
Itu prinsip aku.
Pernah juga berlaku masa zaman belajar di U, aku tidur pukul 6.00 pagi sebab nak siapkan folio kajian Falsafah Sains. Pagi tu, pukul 8.00 pagi kena submit. Kenapa aku lewat siapkan, sedangkan orang lain semua dah siap awal?
Sebab isi-isi yang aku kena olah perlu aku teliti habis-habis agar tak tersilap maksudnya. Setiap olahan itu, ayatnya kena cantik dan mudah difahami. Perlu betul tatabahasanya. Perlu mantap pengolahannya.
Mungkin bagi orang lain akan fikir,
"Hello? Falsafah Sains je kot?"
Tapi aku tak boleh!!!!
Aku memang tak boleh fikir macam tu.
Aku memang tak boleh, dan tak reti nak buat kerja yang ala kadar.
Sikap tu berlarutan sampai la aku dah tua-tua ni. Pantang orang bagi kerja mesti nak kena buat sebaik mungkin. Mesti kena tip top dan perfect.
Kalau aku ditugaskan untuk mengetuai ahli jawatankuasa sesebuah program, biasanya aku yang akan selesaikan sebahagian besar tugas-tugas berkaitan. Bukan bermaksud anak-anak buahku tak buat kerja, tetapi sebab aku mahu beri yang terbaik. So, aku la yang kena bertungkus lumus untuk selesaikan sehabis baik. Kalau nak arah-arah orang suruh buat kerja ikut selera aku, tu bukan jenisku.
Aku rela buat sendiri, rela korban masa dan tenaga sendiri untuk settlekan perkara-perkara yang sepatutnya mengikut spesifikasi yang terbaik.
Janji aku puas hati dan aku boleh tidur lena malam itu tanpa nightmares yang menghantui aku sebab aku gagal dalam memberikan yang terbaik.
Sampai satu ketika, aku fikir.
Kenapa aku ni? Kenapa perlu nak detailed sangat?
Perfectionism is good, but sometimes, it hurts you.
Menjadi seorang perfectionist memang sangat meletihkan bagi aku.
Kerana aku seorang perfectionist yang introvert.
Aku nak beri yang terbaik dan pada masa yang sama aku tidak mahu menyusahkan orang lain.
Yang mana pada aku, ia sangat meletihkan.
Letih kerana aku tidak suka akan hasil yang ala kadar.
Dan letih juga kerana aku tidak mahu membebankan orang lain.
Letih juga kerana ada insan-insan yang gemar mengambil kesempatan atas sikapku ini.
Melambakkan tugas-tugas yang mana ku kira sangat berat untukku tanggung sendiri.
Namun, aku juga tidak tega untuk meminta bantuan.
Bukan kerana ego, namun, aku memang begitu.
Sandar seketika dan mula berfikir.
Biarlah apa yang orang kata, gila kerja, workaholic atau apa jua.
Aku bukan taksub.
Sambil memujuk hati, aku mula bina prinsip sendiri :-
Melakukan sesuatu yang diamanahkan itu bererti Allah percaya pada kemampuanmu.
Berhenti merungut dan persembahkan yang terbaik.
Jika ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas sikap perfectionistmu, anggaplah itu ganjaran dari Allah mungkin.
Allah mahu beri pahala.
Allah mahu gugurkan dosa.
Allah mahu gantikan kudrat dan keringatmu dengan sesuatu yang benar-benar kau inginkan.
Perfectionist untuk Allah.
Kerana Allah itu perfect.
Mempersembah padaNya hasil kerja yang perfect membuktikan hanya Dia yang layak menerima hasil ibadah yang sempurna.
Sempurnakan ibadahmu,
Kini, aku benar-benar pasti satu perkara.
Aku enjoy menjadi perfectionist.
Sebagai hasil terbaik ibadahku.
Untuk Tuhanku.
Tahniah Fa. Nad pernah jadi macam Fa suatu masa dulu, perfectionist lagi-lagi dalam bab assignment masa zam undergraduate. Tapi tak tahulah kenapa kesedaran nad sekarang makin berkurang. Akibatnya suka menangguh dan kerja jadi masya-Allah, banyak tak tertanggung. Tapi, dengan kerja yang banyak dan agak last minute tu, ada hati lagi nad nak cuba buat sebaik mungkin. Akibatnya, makan tak tentu, tidur tak cukup. Hm... Part minta suruh org buat kerja tu pun satu kelemahan nad sangat-sangat. Nad pun tak pandai minta tolong org. Hehe.
ReplyDeleteNad nak cuba perbaiki cara kerja nadlah. Nak jadi macam Fa... Pergi mana tah 'time-management' dalam hidup Nad sekrang.. Perlukan tips Fa yang lebih banyak untuk mengurus kerja and masa dengan lebih baik. Mungkin Fa boleh buat satu lagi entry khas tentang pengurusan kerja dan masa, kot? Sekadar cadangan. Hehe :)
Tq for this entry. Rindu sangat-sangat dengan entry Fa!
Nad.. bila baxa balik entri ni, macam riak pun ada. Demi Allah nad. tak terniat nak jadikan entri ni sebagai satu asbab keriakan. Fa memang tak boleh, Nad. Kadang2 ni rasa satu bebanan jugak. Nak menangis pun ada kalau kerja banyak sangat.
Deletepemikiran mcm fa ni bila google, ada orang istilahkan sebagai OCD. Obsessive Compulsive Disorder. satu masalah jiwa tau Nad!
Tapi in sha Allah fa cuba kawal.
Ahaaa... good idea Nad. tapi fa bukannya organized sangat pun orangnya. in sha Allah fa buat satu entri khas untuk time management atau apa2 yg berkaitan dgn organizing. Doakan fa ye Nad.
Take care tau! Tq so much sbb sudi baca entri fa ni..