Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
"Aku janji, akan aku namakan anak ini dengan sebaris nama yang membawa erti kekuatan sekiranya anak ini selamat dilahirkan"
Masih segar terpapar dalam memori kira-kira hampir 3 tahun yang lalu, aku yang terdesak memikirkan nasib puteraku yang ku kandung hanya 8 bulan bakal berdepan dengan kesudahan yang masih berteka-teki. Dalam keadaan yang lemah dan tidak mampu bergerak, aku gagahi jua perjuangan ini untuk melahirkan sang khalifah ini walaupun aku tahu risiko yang bakal dihadapi olehnya.
"Congratulations, you've got a lovely boy!"
Masih terngiang-ngiang suara doktor yang menyambut kelahiran bayiku. Bait itu tidak pernah mungkin akan ku lupa. Intonasi dan nada suaranya masih jelas kedengaran di cuping telingaku.
Suara itu. Ya, suara itu. Suara pertama yang aku dengar dari tubuh kecil itu. Tersekat-sekat dan lemah sekali. Tersedak-sedak menagih nafas yang tercungap-cungap. Meski wajahnya terselindung di balik tabir yang memisahkan aku dengannya, aku cukup kenal itulah janin yang menjadi penghuni rahimku selama 8 bulan.
32 minggu.
Tanpa amniotic fluid.
What can we expect from this little boy?
FAIQ AQWA
(Keutamaan yang Perkasa)
Kami pilih sebagai panggilan. Semoga berbekalkan kekuatan, anak ini mampu berjuang sebagai mana beliau berjaya melengkapi alam rahimnya walau dirinya tidak sesempurna anak-anak lain.
* * * * *
Kira-kira 4 tahun lalu, sewaktu aku belum disahkan hamil, pernah aku menatap helaian akhbar yang memaparkan sebuah kisah yang menyayat hati :-
"IBU SANGGUP DERMAKAN SUMSUM TULANG UNTUK ANAK"
Hati ini mula bermonolog sendirian.
"Bahagianya ibu itu. Walaupun anaknya tidak sesihat anak-anak lain, dia masih punya anak. Dia masih punya zuriat. Sekurang-kurangnya dia punya seseorang untuk dicurahkan kasih sayangnya"
Aku tahu ibu itu bahagia.
Anak itulah kebahagiaannya meski kesihatan dirinya menjadi korban.
Apalah sangat pengorbanan itu jika itu bisa membahagiakan?
* * * * *
Aku tahu, terlalu lama aku meninggalkan dunia blog ini tanpa mengkhabarkan sekelumit berita tentang anakku, Faiq.
Ramai yang prihatin bertanyakan tentang Faiq, bagaimana dia sekarang?
Sudah boleh berjalankah?
Sudah mampu bercakapkah?
Terima kasih kerana masih mahu mendengar khabarnya.
Sungguh, aku sangat terharu.
:)
Alhamdulillah Faiq Aqwa sudah mampu berjalan sendiri pada usia 2 tahun dan mampu berkata-kata sejak usianya 1 tahun 6 bulan.
Bahagia sekali diri ini. Syukur padaMu Ya Rabb.
Faiq Aqwa,
Ketika entri ini dikarang, dia telah berusia 2 tahun 9 bulan.
Bermakna, sudah 9 bulan dia dapat berjalan dan kini telah mampu berlari.
Sudah mampu berbual dan kepetahannya semakin terserlah apabila diajak berbicara.
Sudah mengenal dan mampu menyebut A sehingga Z, nombor 1 sehingga 20, dan paling cekap dalam mengenal warna.
Paling meminati kereta.
Segala jenis automobil dia kenal hanya dengan melihat logonya.
Tanyakan sahaja kereta apa di jalan raya, pasti dia akan menjawab dengan betul.
Jika di pasaraya, department mainan kereta lah yang akan ditujunya dahulu.
Replika model kereta mewah yang kecil-kecil itu yang suka dibeleknya.
Sekecil-kecil logo itu juga dia boleh mengenalpasti jenama kereta tersebut.
Kini, dia juga kenal jenis modelnya.
BMW 5 Series
BMW 3 Series
BMW X5
BMW X6
Ini antara model kereta yang dikenal olehnya.
Allahu Rabbi..
Aku menulis bukan kerana aku berbangga dengan anakku.
Aku menulis bukan kerana aku berbangga dengan anakku.
Demi Allah, bukan maksudku begitu.
Aku hanya mengagumi kekuasaanNya.
Benarlah Tuhan itu Maha Mampu Menjadikan Segalanya.
Aku hanya mengagumi kekuasaanNya.
Benarlah Tuhan itu Maha Mampu Menjadikan Segalanya.
Aku juga hairan bagaimana anak sekecil itu, yang belum sampai 3 tahun usianya mampu mengingat dan mempunyai minat yang agak matang dan dewasa.
Beliau kurang gemar kartun.
Tidak meminati superhero seperti anak-anak lain.
Tidak suka berlawan dan tidak menyukai permainan lawan-lawan.
Faiq sangat berbeza.
Pemalu tetapi suka berkawan.
Bila berhadapan dengan anak-anak lain di taman permainan, beliau suka menyertai mereka.
Namun, seringkali diherdik oleh anak-anak lain kerana beranggapan dia hanya mengganggu kumpulan mereka.
Apatah lagi saiznya yang kecil dan kurus.
Manalah mungkin diterima masuk dalam geng mereka.
:')
Tapi Faiq tidak pernah menangis. Dan tidak juga mencari peluang untuk membalas herdikan mereka. Tidak mahu mencari perbalahan dalam situasi itu, Faiq sekadar mengundur diri dari mereka dan cuba mencari permainan lain untuk dimain di sana.
Sendiri.
Ah, anakku!
Kau membuatkan mama sangat terharu..
* * * * *
Namun, Tuhan itu Maha Adil.
Faiq sebenarnya menyimpan suatu rahsia yang tidak pernah aku war-warkan pada sesiapa pun di alam maya.
Sebelum ini, aku tidak kuat untuk menceritakan.
Berbulan-bulan lamanya entri tentang Faiq aku simpan buat diriku dan juga keluarga.
Aku tidak mampu untuk berkongsi di saat aku belum benar-benar dapat menerima kenyataan itu.
Aku berdiam sebelum ini kerana aku tidak mahu kisah ini menjadi viral dan menjadi perbualan kosong di luar sana.
Sungguh, aku lemah.
Namun, kini, perlahan-lahan aku raih kekuatan dariNya untuk terus menulis tentang resam kehidupan yang silih berganti warna. Tidak selamanya kita berada di puncak. Adakala kita perlu jatuh untuk menyedarkan diri yang kita bukan Tuhan.
Kita tidak mampu mencipta sendiri kehidupan ini.
Semua telah tertulis dan ditakdirkan.
Lalu, dengan kekuatan itulah aku akan memperihalkan segala apa yang tersimpan dalam lipatan memoriku.
* * * * *
Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga Allah merahmati anakku.
Faiq Aqwa disahkan mempunyai beberapa komplikasi setelah 2 tahun dilahirkan ke dunia. :-
- Kypho-Scoliosis - tulang belakang bengkok ke kanan dan bongkok ke hadapan.
- Syringomyelia - kelainan pada saraf tulang belakang di mana air sumsum tulang (Cerebrospinal Fluid (CSF)) yang berkumpul setempat pada satu bahagian di tulang belakang. Dalam kes Faiq, air sumsum tulang belakang Faiq banyak berkumpul di bahagian atas tulang punggung, di bahagian belakang pinggang.
- Cross Fused Renal Ectopia - keadaan di mana ginjal (buah pinggang) berada dalam kedudukan abnormal. Dalam kes Faiq, ginjalnya bertindih antara ginjal kiri dan ginjal kanan.
Subhanallah,
Walhamdulillah,
Walaa ilaa ha illallah,
Wallahuakbar.
Demi Tuhan yang Maha Mengetahui.
Maha Adil dan Saksama.
Dia telah mengurniakan seorang anak yang cukup sempurna akal dan akhlaknya.
Namun, siapa menyangka, anakku yang kelihatan normal pada luarannya menanggung beban yang aku sendiri tidak mampu untuk menggalas.
Sewaktu didiagnos semua komplikasi ini, aku terdiam sebentar.
Terduduk aku setelah membaca laporan MRI yang telah disahkan oleh pakar radiologi Januari yang lepas.
Oh, Faiq anakku.
Berdasarkan pembacaanku dan pemahaman oleh doktor yang merawat Faiq, komplikasi-komplikasi tersebut mungkin akan menyebabkan :-
- Tulang belakang terus membengkok dan membongkok sekiranya tidak dirawat akibat Kyphoscoliosis.
- Paralyse atau lumpuh (nauzubillahiminzaalik) akibat Syringomyelia.
- Jangkitan kuman dalam urin yang akan menyebabkan kerosakan ginjal akibat Cross-Fused Renal Ectopia.
*menghela nafas panjang*
Aku tahu, aku mungkin akan merasai sebuah kehilangan sekiranya Tuhan berkehendakkan begitu.
Aku perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Tapi satu yang pasti,
Aku tidak akan pernah berhenti berusaha untuk membahagiakan anak syurga ini.
Tidak pernah terlintas di fikiran ini bahawa anak ini menyusahkanku, walaupun aku perlu berulang-alik hampir 300 kilometer pergi dan balik dari Klang ke Kuala Terengganu berikutan Faiq masih di bawah jagaan datuk dan neneknya.
Faiq perlu rawatan terbaik dari pakar-pakar yang terbaik, in shaa Allah. Buat masa ini, Faiq sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah , Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Dan ketahuilah pada semua yang membaca entri ini, tiada sekelumit perasaan 'sengaja' untuk meninggalkan Faiq berbatu-batu jauhnya.
Tiada sedikitpun perasaan mahu menyusahkan ibu bapaku untuk menjaga Faiq selama ini.
Bukan niatku untuk sengaja tidak mahu mencari pengasuh terbaik untuk anakku.
Bukan juga kerana paksaan ibu bapaku untuk merampas kasih sayang kami.
Bukan!
Luluh hatiku bila yang lain berkata semacam apa yang kurang enak didengar.
Seolah-olah aku bersenang lenang di sini tanpa perlu menjaga anakku seperti ibu bapa lain.
Subhanallah, terlalu berat tuduhan itu.
Faiq bukan seperti anak-anak normal yang lain.
Lantaran itulah, aku mengorbankan kebahagiaan aku untuk berjauhan dengannya.
Faiq perlu diberi rawatan.
Usaha memberi rawatan yang terbaik, itulah tanggungjawab dan amanahku.
SubhanAllah.
Hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan ini tatkala mendengar anak-anak jiran bermain dan bercanda di luar rumah.
Rindu pada Faiq semakin mencengkam jiwa.
Faiq belajar bertatih
2 November 2013, 1 tahun 9 bulan
Faiq belajar berdiri sendiri
14 Januari 2014, 1 tahun 11 bulan
Langkah-langkah pertama Faiq
29 Januari 2014, 1 tahun 11 bulan
Faiq Aqwa, terkini dengan Tarian Tiptoe.
2 tahun 8 bulan, 5 Oktober 2014
Setelah satu pengorbanan yang telah aku lalui ketika beliau berada dalam rahimku, kini tiba pula pergorbanan yang seterusnya untuk mencari penawar komplikasinya.
Jangan pernah simpati untukku.
Kerana aku sedang berbahagia dalam mengorbankan.
Aku tidak akan pernah berhenti berusaha.
Kerana Faiq adalah kebahagiaanku.
Bertabah faa. Kita diuji kerana Dia tahu kita mampu menerimanya. Jgn per ah putus asa dlm berikhtiar dan berdoa
ReplyDeleteMiracle do happens. Have faith in Allah. InsyaAllah :)
Amin, Thanks Kak Jazilah. Semoga Allah merahmati akak sekeluarga. Terima kasih sebab sudi baca blog Fa.
Delete:)
Blh nmpak kekuatan faiq. Selindung sakit di sebalik akal dan keletah yg bijak.
ReplyDeleteMoga faiq terus kuat!
Thank you so much Juicy X. Alhamdulillah, macam tulah Faiq, sehingga saya sendiri pun tak pernah menyangka sebenarnya dia ada semua tu. Kalau tak buat MRI, memang saya tak tahu.
DeleteThank you much atas doanya, Semoga Allah merahmati Juicy sekeluarga ya..
Terharu dan sebak dengan entry Fa tapi nad tahu Faiq sangat kuat. Sedang membaca tadi, tiba2 ada fikiran mencelah, "Keajaiban pasti berlaku untuk Faiq. Fa hanya perlu bertabah dan berkorban sedikit lagi..". In shaa Allah kan Fa, seperti banyak miracle yang berlaku dalam hidup Faiq sebelum ini, nad percaya keajaiban itu pasti berulang untuk tahap kesihatan Faiq.Itu sahaja yang mampu ada dalam fikiran nad buat masa ini :). Tahniah Fa kerana sudah sampai ke tahap ini. Tak semua ibu mampu hadapi cabaran sehebat Fa dengan terus kuat untuk berfikiran positif dan mngorbankan begitu banyak kebahagiaan hanya untuk kesihatan Faiq.. Peluk cium nad untuk Faiq tersayang...
ReplyDeleteNad...
DeleteInilah entri yang susah benar Fa nak publish. Terlalu sukar tetapi kerana ramai yang bertanya dan ramai juga yang salah faham dengan keengganan Fa untuk bawa balik Faiq, Fa harus reveal to make it clear.
In sha Allah, berbekalkan doa yang tak putus-putus dari Aunty Nad terutamanya, in sha Allah Faiq akan cuba yang terbaik dalam perjuangan hidupnya.
Rasanya perjalanan Fa masih terlalu awal untuk digelar wanita kuat Nad.. Ramai lagi rasanya yang jauh lebih kuat diuji. Nad salah seorang itu. Fa sayang Nad. Harap Nad take very good care of yourself ya..
Thak you so much sebab sudi baca entri ni. :)
p/s: Entri yang Nad request to kena tunggu sikit masa lagi. Hehe. Belum siap lagi. :)