Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Mempunyai anak adalah impian semua (hampir semua kot) pasangan yang berkahwin.
Mempunyai anak yang sempurna dan sihat adalah harapan semua ibu bapa.
Kami juga.
Faiq Aqwa.
Dilahirkan awal 2 bulan.
Kisah ini telah aku ceritakan pada anda semua dalam entri-entri yang lalu.
Part 1 : Istimewa Sebuah Pengorbanan
Part 2 : Sayang Mujahidku Sayang
Menyelusuri hampir 2 tahun bersamanya, aku akui Faiq seorang anak yang sangat membahagiakan jiwa keibuanku.
Anak yang petah berkata-kata.
Anak yang pintar.
Anak yang sensitif dan lembut.
Anak yang keras hati.
Anak yang sempurna di mata kami.
Alhamdulillah.
Aku abaikan sahaja kata-kata sinis menyatakan anakku itu dan ini.
Tidak boleh berjalan walau hampir 2 tahun, kecil dan kurus, dan pelbagai lagi. Ada juga yang menggelarkan Faiq OKU (Orang Kelainan Upaya).
Kalau benar, kenapa?
Aku tak punya masalah tentang itu.
Memang anakku tidak dapat berjalan apatah lagi berlari setakat entri ini dikarang. Faiq pada hari ini hanya mampu berdiri dan bertatih dengan sokongan.
Ya, aku bangga dengan kemajuannya.
Tiada sebab untuk mereka-mereka menkonklusikan perkara itu.
Kun Fa Ya Kun.
Apa yang akan jadi, aku terima.
Apa yang aku terima, akan aku redha.
Bukankah aku seorang hamba? Lalu, berlagaklah seperti hamba.
Usahlah mendabik dada seperti tuan.
Kalau itu yang diberi, maka aku terima.
Aku sudah lama menerima Faiq.
Bagaimanapun dia, akan aku sayang kerana dia sebahagian dari diriku.
Untuk pengetahuan readers, Faiq Aqwa anakku disahkan mempunyai struktur tulang belakang yang tidak seperti yang sepatutnya.
Digelar "kypho scoliosis".
Memang sebelum ini, aku perasan tulangnya agak bengkok. Namun aku fikir itu disebabkan oleh faktor badannya yang kurus.
Setelah aku ajukan kepada pakar tentang perkara ini, dan melalui imbasan sinar -X, didapati memang benar, tulang belakang Faiq tidak lurus.
Kyphoscoliosis ialah suatu keadaan di mana struktur tulang belakangnya yang membengkok ke sisi dan membongkok ke depan. Simptom ini adalah gabungan daripada dua jenis keabnormalan tulang belakang, iaitu kyphosis -tulang yang membongkok ke depan dan scoliosis- tulang yang membengkok ke sisi membentuk huruf S.
Aku tidak menjumpai gambar yang sesuai untuk aku muatkan dalam entri ini berkenaan dengan kyphoscoliosis. Plus, aku tidak berdaya untuk melihat gambar tersebut setiap kali entri ini dibaca olehku. Ya, kerana aku seorang ibu. Maaf, aku belum bersedia. Tambahan pula, hati-hati insan sekelilingku harus dijaga.
Aku harap bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan masalah ini, bolehlah search di Google.
Kini, Faiq sedang dipantau oleh doktor pakar tulang belakang berkaitan masalah ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di mana Faiq harus menghadiri temujanji setiap 6 bulan sekali untuk melihat perkembangan tulang belakangnya.
Entri kali ini pendek dan ringkas.
Aku tidak mahu bercerita panjang.
Mungkin juga emosiku tidak begitu stabil dengan ujian ini.
Kuatkah aku untuk menerima?
Aku tidak tahu.
Tetapi melihat senyuman di wajahnya yang ceria, adilkah aku membazir waktu untuk bersedih tatkala bersamanya?
Allah ada.
Kun Fa Ya Kun.
Aku terima Faiq seadanya.

Moga terus tabah dan kuat Faa...
ReplyDeleteلَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ
رَبَّنَا لَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ
أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Jazakillahu khairan kathira Ain. Tq so much, sahabatku.. :)
ReplyDeleteDoa yang baik untuk dikongsikan. Semoga Allah merahmati Ain sekeluarga.. :)
Amin..
Coomel sangat4 aaiq ni. Sabar ye faa, Insyaa Allah faiq akn mbesar mcm bdk2 lain.. tgk muka dia bernas je. Bdk pndai aaiq ni.
ReplyDeleteFa...
ReplyDeleteMaybe jgk baby2 pprom ada prob ngn tulang kot.. Anak akak ada prob ngn tulang kaki...
Huhu..sabar bebyk ye sis...
Mungkin juga kak riena.. Alhamdulillah, anak akak semakin sihat kan? Lama tak tanya khabar akak.. :) In shaa Allah, tq kak :)
Delete