Tuesday, 27 August 2013

Dia Anakku yang Cekal

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Bagi readers yang mengikuti blog ini dari awal, anda akan mengetahui kisah puteraku. Sejujurnya blog ini diwujudkan untuk aku berkongsi rasa dengan readers tentang perjuangannya. 

Ku kira sudah terlalu lama aku membiarkan blog ini sepi tanpa berita mengenai Faiq. Terlalu banyak cerita barangkali sehinggakan aku bingung ingin memulakan dari mana. Untuk entri kali ini, aku hanya ingin berbicara secara ringkas perihal mujahidku yang terkini.


We have been together for 1 year 6 months.

Itulah gambar terkini Faiq. Faiq yang nakal dan ceria. Faiq yang sentiasa membuat hatiku teruja setiap kali aku punya peluang pulang ke Klang. 
Faiq yang.... segala-galanya.

Mungkin jika readers melihat gambar berkenaan, terdetik dalam hati readers...

"Kurusnya...."

Ya, Faiqku memang kurus. Berat terkininya ialah 6.5kg pada usia 1 tahun 6 bulan. Telah dikategorikan sebagai Bayi Kurang Berat Badan oleh pihak hospital. Sedang menjalani pemantauan dari pakar dietatik dan doktor kanak-kanak.

Faiq pernah menjalani ujian urin dan darah untuk memeriksa sama ada masalah ini berpunca dari masalah-masalah lain yang tidak diketahui. Setakat entri ini ditulis, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Faiq tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Faiq bakal menghadiri temujanji seterusnya dengan doktor kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Rahimah tiga bulan dari sekarang.

Kalau dulu Faiq dikurung dalam rumah 24 jam, kini Faiq telah mula mengenali keindahan dunia di luar sana. Kami mula membawanya bersiar-siar. Ke taman permainan, ke shopping complex, ke mana sahaja. Mungkin ada juga mata-mata yang memerhatikan. Aneh barangkali dengan Faiq. Fizikal yang kecil seperti bayi namun lincah meneroka seperti seorang kanak-kanak!



Faiq pada usianya kini sudah mula pandai merangkak. Ya, hanya pada usianya 1 tahun 6 bulan, Faiq mula merangkak. Suatu jangka masa yang cukup panjang dan cukup menuntut kesabaran kami. Kini Faiq juga mampu memanjat, dan mencuba untuk berdiri dengan sokongan. Namun masih lagi belum mampu untuk bertatih. In Shaa Allah sayang, mama sentiasa mendoakanmu. :')

Faiq juga amat berminat dengan i-Pad, laptop, dan handphone. A tech-minded child I could say!






Cuma... naluri keibuanku agak tersentuh apabila ibu-ibu di luar sana gemar mempersoalkan perihal Faiq. Ada juga yang membandingkan anak mereka dengan Faiq. Berat anak mereka dengan Faiq, perkembangan anak mereka dan Faiq. Namun aku cukup memahami keprihatinan mereka terhadap perkembangan anak masing-masing. Ya, aku seorang ibu dan aku mengerti itu.

Aku tidak pernah malu dengan Faiq. 
Dengan tubuhnya yang kecil dan kurus.
Dengan perkembangan psikomotornya yang lewat.
Aku terima Faiq sebagaimana dia dikurniakan kepadaku.

Mereka tidak pernah merasa apa yang telah kami rasa.
Mereka tidak pernah tahu sakitnya penerimaan kami pada awal kelahirannya.
Mereka tidak tahu apa-apa.

Kehadiran Faiq bersama kami merupakan segala-galanya. 
Kami tidak pernah meminta lebih.
Kami tidak pernah mendesaknya untuk seiring dengan kanak-kanak normal.
Kami mahu dia menjadi dirinya sendiri. 
Seiring dengan kemampuannya.
Hanya doa dan usaha yang tidak pernah bertepi dapat kami berikan untuknya.



Anakku Faiq seorang yang istimewa.
 Dan kami sangat berbangga dengan kecekalannya.






















6 comments:

  1. Entry yg menyentuh hati..
    1) Bukan semua orang mengerti apa yang kita rasa dan apa yang kita dah lalui. Berbicara memang mudah tapi untuk memahami sangat payah sebenarnya.
    2) fa ibu yg kuat dan tabah. Nad byk blajar dr Fa sbnrnya.. Tq
    3) suka cermin mata Fa tu. Baru ke? Nad bru mncari2 juga since last week tp x jmpa lg yg bknan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kalau perasaan yang Fa cuba sampaikan dapat Nad rasa. :)

      Fa tak kuat sebenarnya Nad. Tapi Fa diasak untuk menjadi kuat. Fa terpaksa kuat demi Faiq. Nad yang banyak membantu sebenarnya, secara langsung dan tidak langsung. :')

      Ya Nad. Cermin mata baru. Tapi Fa rasa macam kelakar je. Haha. Fa beli di A-Look Subang Parade. :)

      Thanks for reading Nad!:)

      Delete
  2. assalammualaikum,
    sangat tabah seorang ibu..
    faiq such a brave n strong boy..luv u, semoga rahmat Allah sentiasa bersama faiq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Sis Nurkhuraishah.. Allah, saya tidaklah setabah yang disangka.. Namun situasi tersebut memaksa saya untuk menelan kepahitan tersebut. Alhamdulillah, terima kasih sis atas doanya. Semoga sis sekeluarga dilimpahi nikmat dan rahmah Allah yang berterusan. Amin.. :)

      Delete
  3. assalammualaikum,
    baru run into your blog..
    really touched.. faiq such a breave n strong boy (juz like his mother)..umur faiq lebih kurang my son :)
    moga rahmat Allah sentiasa melimpah terhadap faiq..AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma Ameen. Thank you sis. And may your child been blessed by Allah too! Thanks for dropping by!

      Delete