Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Lama sudah aku tidak mengasah skill menulis. Sebabnya tidak pula aku cuba memikirkan. Sibuk barangkali. Dengan hal sekolah, hal rumah, Faiq, puasa, raya, peperiksaan. Aduh bikin bingung sih!
Untuk pengetahuan semua, Bluetooth aku masih lagi merajuk denganku. Namun aku ada cara baru untuk upload gambar. Muahahaha. Gi main jauh-jauh Bluetooh, aku tidak perlukan kamu lagi. *ketawa jahat*. Caranya dengan upload gambar-gambar yang aku inginkan itu ke dalam Facebook Messenger melalui Android ke akaun aku sendiri. Lepas tu buka Facebook di laptop, klik pada Message icon, cari conversation antara aku dan aku sendiri (forever alone sangat kan), and tadaaa!
Siap! Gambar-gambar tersebut selamat dipindahkan ke dalam laptop.
*kibas-kibas tangan tanda dah selesai*
Heh.
Aku bukanlah seorang yang pro dalam menaip laju pada skrin Android sebab itu post entri melalui handphone bukan pilihanku. Rimas kalau setiap kali taip mesti salah eja lalu digelakkan oleh kawan-kawan dalam WhatsApp. Gelak itu pula bukanlah sekejap malah turut dijadikan topik hangat pada hari itu. Sangat annoying.
Oleh sebab itulah aku gemar menaip entri menggunakan lappy. Best main tekan-tekan. Memandangkan dulu cita-cita aku pada usia 5 tahun ialah untuk menjadi cashier yang berwibawa kerana minatku yang mendalam dalam seni tekan-tekan button, maka haruslah entri-entri aku dizahirkan dengan keypad laptop yang turut menggunakan prinsip tersebut. . Mehehehe. Bolehlah dari tak ada langsung.
Entri hari ini juga entri yang agak merapu sebab tak ada motif. Nak taip entri yang telah aku rancang perlu masa yang sesuai sebab aku bukan jenis yang boleh taip entri bila-bila masa. Tak ada feel. Menggedik.
Aku taip entri ni pun sebab kebetulan aku buka lappy untuk selesaikan kemasukkan markah pelajar. Mestilah sambil menyelam minum air. Manfaatkan peluang yang ada sementara laptop berada di meja. Maaflah kalau korang rasa wasting time baca entri ini. Hehe. Raya ada lagi ni, aku ambil peluang minta maaflah sebab buang masa korang.
Salam Aidilfitri readers!
Maaf zahir dan batin.
Haha. Serious dah terbuang masa 5 minit ni baca.. Haha! :D
ReplyDeleteHahaha.. kan. hehe. Takpe tunggu next entry Nad. In shaa Allah, ada pengisian. :)
Delete