Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Aku bukan apa, aku rasa tak sedap hati keluar berjalan-jalan tanpa Faiq. Adakah aku dikira sebagai ibu yang tak awesome sebab bercuti tanpa Faiq? Tapi kalau aku bawak dia, takut akan menjejaskan kesihatan dia. Mana nak? Ke tak payah keluar? Bila AB buat kerja beliau sorang-sorang? Ishh.. rasa macam tak patut pulak kan..
Setelah mendarab, membahagi, menambah dan menolak (ikut teknik BODMAS ye, murid-murid) aku fikir..Hmm.. Why not? Pergi la sekali sekala. Lagipun memang lama sangat aku tak keluar jalan-jalan. Tentang Faiq, Insha Allah aku akan bawak dia sekiranya keadaannya mengizinkan. Insha Allah, aku tak pernah lupakan Faiq.
So, pada 5 Oktober 2012, aku dan AB bergerak ke Kuantan pada pukul 6.30 pagi dari Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan aku asyik tido je. Eheh, haruslah kan kalau tak drive. Memang ngorok je la kerjanya. AB la setia bawak kereta sensorang. Aku ke Kuantan dengan kereta aku, since aku nak tukar tayar kereta yang memang dah lama botak, cuma aku je buat tak tau. Haha. Nak tak nak, aku kena jugak tukar!
Kami sampai Kuantan pukul 10.30 pagi, terus ke workshop area Kuantan. Semasa AB melakukan tawar-menawar harga yang sememangnya takkan aku amik port, aku pun telah menyelambakan diri untuk menyenap gambar semasa di kerusi workshop tu.
Credit to Smashing Scarves for this very exquisite shawl. |
Selepas berjaya mendapat tayar baru, Oyen pun meluncur laju menuju ke Bandar Kuantan. Kami check in di Hotel Seasons View, yang memang locate kat tengah-tengah Kuantan tu. Budget hotel for a budget couple like us. :)
Entrance Hotel Seasons View, nice! |
A larger view. Masa ni dah malam. Actually, masa aku sampai tu tengahari. Lupa nak snap masa mula-mula sampai. :) |
Masa tu aku ada jugak berjalan-jalan sekitar East Coast Mall, Berjaya Megamall dan Kuantan Parade. Tapi, aku tak snap la gambar-gambar kat dalam shopping complex tu. Semua pun sama je kan? Alah, macam la korang tak pernah gi shoppping complex. Haa, sama je la kat dalam tu kedai-kedainya. Eheh. Cover, sebenarnya lupa nak amik gambar. ^_^
Tapi walau bagaimana pun, kalau korang benar-benar nak tahu macam mana ghupanya shopping complex-shopping complex tu, ni la, aku upload dari Google. Huh.
East Coast Mall, Kuantan. Credit to the blog address above. Thanks for the picture. :) (Google Images) |
Berjaya Megamall, Kuantan (Google Images) |
I can't get any other better picture, so I guess this is the best? Kuantan Parade, Kuantan. (Google Images) |
Gaya itu penting walaupun berlokasikan basement dan bercerminkan cermin kereta. |
Lepas berjalan-jalan tapi tak beli apa-apa, kami pun bercadang nak ke Pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Ala, pantai yang banyak batu-batu besar tu? Kalau korang tengok cerita Ali Setan, scene akhir tu diorang shoot kat pantai ni la. Awww! Kantoi ku gemar cerita retro. :D Tapi, memang, the beach is beautiful. Batu-batu besar tu yang buat pantai tu unik sebenarnya. :)
Saya lah si gergasang pantai. Muahahaha, Serius, macam besar gila aku dalam gambar ni. |
Apa?? Awak kata saya gemuk?? Saya marah ni! |
Apa pun tak boleh (Part I) |
Apa pun tak boleh (Part II) |
Apa pun tak boleh (Part III) |
Dating boleh tak boleh..Hehe. |
OMG! Betapa berbezanya aku. Ya, dunia kita berbeza. Waaah! Mencik tau! Kuantan, December 2010. |
Masa ni pun kurus jugak. Double mencik! May 2011. |
Ala-ala malu gitu. Waaah, rindunya! *rindu zaman kurus ye, bukan rindu AB, AB ada je ni ha.* |
Lepas tu, mana lagi kami pegi ekk.. Oh, masa tu dah nak malam, so lepas solat maghrib, kami terus menuju bersama Oyen yang setia ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan. Sebabnya kami dah lapo bebeno, aku pun lupa nak amik gambar signboard restoran ni. Tapi, aku ada upload dari Google Image khas untuk kamu-kamu readers yang sangat awesome.
Sekali lagi, credit to the blog address above. Thanks for the picture. :) |
Sampai-sampai je dah pukul 9.00 malam. Memang confirmla berduyun-duyun orang datang menikmati hidangan dinner. Ada sekali tu nak terbeliak biji mata aku, sekali sampai mau dekat 20 orang. Mana nak sumbat pun tak tau. Memang penuh sangat! Masa tu kami dah blur.. Aku pun macam berdiri je la kat situ control-control malu. Eheh. Mana ni, takde ke orang yang siap makan... Adui...lama pulak korang makan ..
"Bang, atas ada tempat lagi bang...."
Suara tu muncul di saat-saat kami sedang terkial-kial cari meja kosong. Oh, ada lagi tempat kat atas? Maak aii, besar betul restoran nih! Ada dua tingkat! So, kami pun berbunga-bunga la naik tangga menuju ke atas seperti yang ditunjukkan oleh brader tadi.
Sampai kat atas, tengok-tengok punya la banyak selipar-selipar dan kasut-kasut, macam kat masjid pun ada. Ohhh, ada ruang bersila kat atas rupanya..Tapi penuh sangat-sangat. So, kami amik keputusan turun semula. Nak balik la, cari kedai lain..Tapi, tiba-tiba AB panggil, ada meja kosong!! Happy! Happy!
Ada rezeki kami nak makan kat sini malam ni.
Lepas order, ni lah hasil pengisian masa lapang aku sementara tunggu makanan sampai.
Abom Boiiikkk yang tak berapa sihat.. Syian die.... Tapi selera makan dia tetap sihat walafiat. :P |
"Malam ni sit up 100 kali baru tido." Ah, nampak memang tipu sangat la kan? |
Perut : Tau tak aku tengah nyanyi Oppa Gangnam Style sekarang?? Boleh senyum plak dia. |
Mana satu nak ngap dulu, tomyam ke air? |
Ketam!!!! Dah lama sangat aku nak makan ketam. Sejak preggy lagi. Ni baru dapat makan. :) |
Tuuuu diaaaaaa.... Ikan Bakar Petai. Dibakar bersama-sama petai. Ikan apa dia guna tidaklah pula aku tahu. |
Haaa...baca doa tu..Senang je kan. Lepas tu baru boleh makan. Bismillahirrahmanirrahim. Hmm...sebenarnya, aku terharu sangat dengan husband (AB) aku sebab aku tak tau pun dia nak order ketam. Aku ingatkan dia order ikan bakar je. Kira surprise jugaklah untuk aku. Dari aku mengandung dia janji nak belanja aku makan ketam. Kira waktu tu mengidam la. Tapi tak sempat nak makan, aku ada complication dulu. Huhu..Baru sekarang dapat merasa. Haha, ada juga bau-bau romantik AB nih!
Tolong abaikan apa yang ada atas meja ye, fokus muka aku je! |
Sembunyi di celah-celah makanan. |
Serius, aku memang tak sangka aku dan AB yang makan semua ni. |
Waaa...bukan aku yang makan semua nih!!! Bukan! Bukan! |
Dan pengakhirannya kami balik dengan tak dapat menghabiskan makanan yang ada. Ada lagi baki isi ikan aku ingat lagi, tapi waktu tu memang dah terlalu kenyang sampai aku tengok ikan pun dengan perasaan berbalam-balam (ayat BM skema, sila rujuk Cikgu BM anda). Macam rugi pun ada jugak, kalau la ada baki ikan tu depan mata aku sekarang ni, mau aku habiskan. Eheh. Moralnya, orang tamak selalu rugi. Haha, tak la. Kami tak tamak pun. Kami gelojoh sahaja. :P
Dah kenyang, apa lagi?
Haruslah balik kan? (Mana janji sit up 100 kali kau Fa oii?)
Buka pintu!!! Kami dari pejabat agama.... ^_^ |
"Tak abis-abis gambor!" kata Faizol kepada Farrah Falina. |
Dan malam itu, aku terus tido tanpa memikirkan sit up 100 kali. Tapi aku gosok gigi tau!
* * * * *
Esoknya, kami akan berangkat balik ke Terengganu. Dan sebelum kami bertolak :-
Breakfast dulu! Teka, mana satu aku punya? |
Lepas makan, amik gambar lagi. Haih....(penat kononnya padahal suka enterprem tau aku ni..)
Memang takde gaya lain ha aku ni, peace tu jugak la yang aku buat. |
Fine, fine..Ni gambar last. Muak dah kan tengok gambar aku. Huuuu.. |
Berdua?
*
*
*
*
*
Tapi lagi seronok kalau Faiq ada....
Sorry, Faiq.. Mama janji akan bawak Faiq jalan-jalan dengan mama dan abah kalau keadaan Faiq mengizinkan. Insha Allah sayang ye.
Mungkin entri ini nampak santai dan seronok, tapi hakikatnya aku tetap memikirkan Faiq yang jauh nuuuuuunnn di sana. Harap sangat suatu hari nanti Faiq akan melakar dan mewarna dunia ini bersama-sama kami.
Comelnya Fa. Faiq pun comel. Jelousnyer tengok korang bercuti. Nak bercuti jugak!!!!
ReplyDeleteAla...ummi, ummi boleh je nak bercuti kan..Fa tengok Singapore banyak tempat-tempat menarik kat sane.. Pergi balik hari pun boleh tu...:)
DeleteAjak husband gi tau.
Macam Fa ni, husband ada keje kat Kuantan, so dia ajak sekali. :)
Thanks for reading, Ummi! :)
nampak ok juga hotel ni, thanks for sharing
ReplyDelete