Monday 24 March 2014

Semakin Reserved

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum readers. Subhanallah, lamanya saya tidak menitipkan apa-apa dalam blog ini. Walau bagaimanapun, saya masih mengikuti perkembangan rakan-rakan blogger jika ada khabar terbaru dalam entri mereka. Disebabkan lama sangat tak menulis, ayat saya juga mungkin kedengaran janggal. Serius, saya kekok!

Lama sudah saya berfikir. Selama 2 bulan 2014 menjengah rupa, banyak perkara yang berlaku. Subhanallah, ujian Allah itu luas dan variety! Memegang prinsip,

"Allah tidak akan menduga hambanya dengan ujian yang tidak mampu ditanganinya."

Saya pasrah dan redha. Sangat berharap diri saya mampu setabah srikandi-srikandi terdahulu dalam mengharungi ujian-ujian mendatang.

Cuma, apa yang bermain-main dalam fikiran saya sekarang, wajarkah saya paparkan kehidupan realiti saya di blog untuk bacaan umum? 

Semakin saya dewasa, saya menjadi semakin reserved. Saya semacam tidak selesa jika kehidupan saya dihebahkan. Mungkin dulu, pemikiran saya agak keanak-anakan. Kerana itu saya memuat naik segala apa cerita yang berlaku ke atas diri saya.

Sehinggalah saya terbaca sesuatu dari laman sosial :-


Macam ditumbuk-tumbuk batang hidung saya. Hehe. 

Agak sentap juga bila baca kan. Mungkin ada dalam kalangan readers yang terkesan dengan penulisan saya sehingga boleh menimbulkan rasa singgung di hati. 

Allah, saya mohon maaf. Mungkin saya tidak cakna perkara ini.

Mengambil iktibar dari quote tersebut, saya lantas berfikir.

"Adakah aku berblog untuk memberikan manfaat kepada orang lain? Atau aku berblog untuk mendapatkan perhatian orang lain?"

Saya rasa saya patut muhasabah dan mengkaji apa yang patut saya masukkan dalam blog saya.
Mungkin perihal Faiq mendapat perhatian ramai dalam blog ini, namun bagi menjaga privasi, saya rasa saya patut menghadkan apa yang boleh saya kongsi dan apa yang tidak. 

In shaa Allah, saya akan cuba memberikan seberapa banyak output yang bermanfaat untuk readers.

Dan susulan daripada perkembangan Faiq, apa yang saya boleh katakan di sini, alhamdulillah, Faiq telahpun menyambut hari lahirnya yang kedua.

Andai berkesempatan, saya akan mengarang entri selepas ini khusus untuk berkongsi perkembangannya. 

:)










2 comments:

  1. Simple entry tapi sangat terkesan. Assalammualaikum Fa dan Faiq sayang... Lama dah nad tak mesej Fa tanya perkembangan Faiq. Maaf ye Fa. Nad sangat sibuk tahun n. Tahun akhir master dan tahun pertama mengajar kelas-kelas SPM. In shaa Allah Fa, selesai semua ni, nad akan lebih rajin bertanya khabar Faiq. Rindu juga nak berblogging tapi hanya sempat karang entry-entry pendek sahaja :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nad.. Lamanya Nad menyepi.. :) Tertunggu2 juga karangan entri dari Nad. Hehe. Takpe Nad kalau ada apa2 just msg je Fa.. :)

      Keep in touch, good luck in your future undertakings. :)

      Delete