Friday 20 July 2012

Sihat Style Aku

Bismillahirrahmanirahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Rutin macam biasa, bangun pagi, mamai-mamai, gosok-gosok mata, menguap kejap, terkebil-kebil sediakan susu Faiq, solat Subuh, masuk tandas, tengok cermin, belek-belek muka sikit. Nampak lain macam. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Oh, kenapa aku dah makin tembam??? TIDAK!!!!!!

Kalau diusulkan ini pada mama, gerenti jawapannya :

"Alah, orang baru lepas beranak, memang badan naik..Biasalah tu..."

atau

" Nanti balik Terengganu, dah keje semula kurus la balik...."

atau

"Gemuk apa la macam tu, okey la tu dari kurus kering muka cengkung je..." 

Baru lepas beranak?? Masalahnya dah 5 bulan aku bersalin, tapi masih tak kurus-kurus pun?? Kadang-kadang aku rasa menyampah pulak tengok gambar aku kat sebelah ni yang ala-ala tamak dengan 2 slices of cakes tu. Macam mana nak kurus balik macam tu? Arrrrggh!!!

Arggghhhh!!! Tekanan!
(sumber : Google Images)


Aku sebenarnya memang tembam sejak kecik lagi. Hobi aku memang suka makan, makan, dan makan. I would never say no especially to CHOCOLATES! Yes, I am a CHOCOHOLIC. Pantang nampak chocolate, tangan akan automatik ambik dalam fridge, dan tanpa rasa bersalah akan ngap masuk mulut, dan hanya dalam beberapa minit, kulit bungkusan je yang tinggal. Eheh? Dah abis dah? Lepas tu jalan kat dapur semula, buka tudung saji, scanning kejap.................... Haa! Macam menarik ayam goreng tu. Rasa sikit lah! Daripada hanya nak "RASA" terus aku "TERASA" nak habiskan semuanya! Macam mana ni???

Sebenarnya, kita boleh turunkan berat badan kita dengan syarat kita betul-betul istiqamah. Mungkin sebelum ni aku tak begitu pentingkan penampilan kerana ada komitmen yang lebih penting. Tapi rasanya, aku perlu juga turunkan berat for the sake of health.  Kesihatan sangat penting untukku sekarang kerana Faiq  memerlukan aku ketika ini. Dan aku perlu sihat untuknya.

Jadi, 2 minggu lepas, aku telah berjaya membeli :-

Quaker Oatmeal in the House!!
(sumber : Gooble Images)


2 paket lagi tau! Hikhik..Taktau la bila boleh habis. Memandangkan rasa oat memang sangatlah tak sedap, jadi aku cuba resepi baru iaitu :

Quaker Instant Oatmeal
+

Susu Anmum Lacta


+

Shaklee's Energizing Soy Protein

+

Air suam

Memang sedap bagi aku. I mean, lebih sedap dari kita campurkan air dengan oat je kan? Oh ye! Aku ambil Shaklee's Energizing Soy Protein (ESP) ni untuk memperbanyakkan susu ibu. Walau bagaimanapun, hasil susu masih pada tahap minima. Bukan salah ESP ni tau ye, jangan salah anggap pulak. Mungkin faktor diriku yang memang liat sikit bab pump consistently. Nursing mothers have to pump every 2 hours to get excellent results.  Tapi aku? Hmmm... disebabkan kemalasan itulah yang menyebabkan pengurangan susuku. Tapi sekarang, aku bangkit untuk menjalankan relaktasi. Dengan harapan susuku akan mula bertambah dari sehari ke sehari, InsyaAllah.

Berbalik kepada topik, selain dari mengambil oatmeal, aku ada la jugak join kelab senaman mama. Ehh, bukan!Bukan! Mama tak buka kelas senaman tau. Hahahaha~ Huru-hara jadinya kalau mama jadi instructor. Mama join aktiviti senaman percuma setiap hari Sabtu dan Ahad di Pengkalan Batu dan Taman Rakyat. Macam-macam jugakla senaman aerobik dan senam tari yang disediakan. Syok jugak menari ni. Boleh keluarkan peluh, sambil kita enjoy! (Version Nora Danish dalam sitcom Puteri)

My mom is the 4th person standing from right. :)

Macam tu lah usaha aku untuk kurus semula. Senaman dan jaga makan. Aku kurang suka berolahraga. Memandangkan aku pun bukannya pernah dapat pingat pun time sekolah dulu bab-bab berlari ni. Tapi kalau something to do with music aku suka. Contohnya macam aerobik dan tarian. Memang favourite sangat la! Masa sekolah dulu, suka sangat la menari-nari ni. Bila dah berumahtangga, kena la control sikit kan. Heeee~
Tapi untuk seseorang yang memang tak suka berlari macam aku ni, terpaksalah cari alternatif lain untuk bersenam. Ada sesetengah tu suka bersukan, main netball, football, fishball.. Opss! Makan lagi. Adeeehhh...
As for me, I prefer aerobics and dance. Bagi aku, cara ni santai, you free to move in any style you wish. It's fun! Cara masing-masing, tepuk dada, tanya selera. Selamat Bersenam! :)

4 comments:

  1. takpe darl,sebab?itu tandanya u happy..jaga makan,jaga minum..itu yang penting..u still breast feed kan?Nak diet melampau tu takleh la,asal ice tak amik pun ok..hehehe

    Selmat berpuasa mommy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Linziana..

      Hahaha~ happy plus malas kot.duk rumah je tak keje2 lagi. Duk umah mak plak tu, lagi la, asik makan je.hikhik..I breastfeed but not as frequent as before. Since susu pun kurang. Thanks for the advice and thanks for dropping by. :)

      Delete
  2. Saya pun ambil ESP juga. Baru je consume. Tapi bukan untuk tambah susu, tapi untuk kesuburan. Masig giat berTTC balik kan, so kenalah ambil protein yang mencukupi. Dont worry Fa, Nanti bila u dah start keje, mesti kurus punya. Lagi nak puasa ni, insya-Allah kurus balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi, haah..ESP banyak khasiatnya sbb protein kan..InsyaAllah, bagusla ummi teruskan pemakanan yang sihat. :)

      Hahaha~ ntah la tu. bila ntah nak kurus balik. Lengan pun dah macam body builder dah. hehehe. InsyaAllah, kalo keje, takde masa sangat nak makan..kan?
      Thanks for reading! :)

      Delete