Thursday 26 July 2012

Berjauhan

Bismillahirahmannirahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


15 Ogos 2012.
Ada apa dengan 15 Ogos 2012? 

Raya? Takkkkk...ada 2 hari lagi puasa. Huh, tau nak raya je. Puasa penuh ke tak? 

Emmm...sale kat Gulatis? Err..tak tau ler pulak tu. Bukan! Bukan! Aishhh..salah lagi.. 


Apa yang jadi 15 Ogos 2012?

 *

*

*

 *


Aku akan kembali bekerja!!!!!
(sumber : Google Images)

 
8 bulan lamanya aku berehat demi Faiq. 1 bulan MC semasa mengandung, 3 bulan cuti bersalin, dan 3 bulan cuti tanpa gaji menjaga Faiq. Kini tibalah masanya aku harus menunaikan tanggungjawabku kepada sekolah yang tercinta.

Membawa Faiq dalam kandunganku dengan penuh teka teki,
Melahirkannya secara Ceasarean dengan penuh debaran, 
Melihatnya gigih berusaha untuk cuba bernafas dengan bantuan ventilator, 
Terpaksa menelan butir bicara pendapat dan penjelasan doktor tentang peratus jangka hayatnya yang benar-benar meruntun jiwaku,
 Memberinya semangat walaupun dalam keadaanku yang sungguh lemah di Neonatal Intensive Care Unit (NICU), 
Bersengkang mata sepanjang malam menyusukannya di Special Care Nursery (SCN) 
Menguruskan serba-serbi tentangnya di rumah selama lebih 4 bulan,
Berjaga malam melayan kerenahnya yang culas untuk tidur malam,
Berkejar ke klinik membawanya untuk mendapatkan rawatan doktor semasa kesihatannya kurang memuaskan,
Mengambil air penawar dari pakar perubatan Islam memandangkan dia sering menangis
Berdebar saat dia diam cuba bernafas dek tersedak susu,
Berhabis wang ringgit demi kesihatannya,
Bimbang dengan periventricular cyst yang terdapat di otaknya,
Risau dengan pernafasannya yang pernah menjadi isu besar di awal kelahirannya
Khuatir bagaimana keadaannya di masa hadapan, 
Aduhai Faiq,
kau adalah segala-galanya bagi Mama.


Aku akan pulang ke Terengganu, untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai seorang guru. Aku tahu, di sana ramai yang memerlukan kerjasamaku untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa menjadi insan-insan yang berkualiti. Dan aku mengerti, pemergianku ini menandakan aku harus berpisah dengan Faiq,

Ya, aku harus berpisah dengan Faiq.

*     *     *     *    *

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa aku tidak membawa Faiq bersama-samaku. Ibu manalah yang sanggup berjauhan dengan permata hatinya. Begitu juga dengan diriku. Tank sanggup rasanya memikirkan bagaimana keadaanku sekiranya tidak melihat Faiq dalam sehari. 

Bagiku, Faiq belum bersedia dari segi kesihatan dan keselamatannya untuk ku bawa bersama. Memandangkan di sana nanti, kami perlu menghantar Faiq ke rumah pengasuh/nurseri, memberikan aku semacam rasa curiga untu meninggalkan Faiq bersama-sama mereka. Bukan tidak percaya, jauh sekali untuk memperkecilkan kemampuan pengasuh/nurseri, cuma bagi keadaan Faiq yang lahir pramatang, ditambah pula dengan masalah pernafasan yang pernah dialami olehnya, kes tersedak susu semasa di rumahku, pernah mengalami pendarahan otak suatu ketika dahulu, menjadikan aku fobia untuk meninggalkan Faiq kepada orang lain. Aku belum punya keberanian itu.

Menurut doktor, usia yang agak selamat bagi bayi pramatang dhantar ke nurseri/ rumah pengasuh adalah dalam lingkungan 1 tahun. Jadi, dengan mengambil nasihat doktor, kami (aku dan suami) bersetuju meninggalkan Faiq buat sementara waktu untuk dijaga oleh ibu bapaku di Klang.

Berat sungguh rasanya hati kerana terpaksa berjauhan dengan Faiq, namun aku perlu lakukan ini demi keselamatan dan kesihatannya. Naluriku kadang kala terfikir, adakah Faiq masih mengenaliku sekiranya kami lama terpisah? Tambahan pula, bebanan tugasku yang tidak menentu memungkinkan aku tidak dapat menjenguk Faiq sekerap mungkin. Bahkan, Terengganu-Klang bukanlah suatu jarak yang dekat.

Namun, aku harus melakukannya. Kami perlu memberikan yang terbaik untuk Faiq dan buat masa ini kami yakin inilah keputusan terbaik yang dapat kami putuskan sehingga Faiq benar-benar sihat sepenuhnya untuk dijaga oleh orang lain. Mama dan Abah semestinya akan menjaga dan menyayangi Faiq dengan sebaik mungkin. Aku pasti. Insha Allah.

Faiq, mama terpaksa meninggalkanmu demi keselamatan dan kesihatanmu sayang. Mama tak pernah melupakanmu. Semoga Faiq akan terus dilindungi Allah swt dari apa jua kesulitan.
Amin.






4 comments:

  1. Mesti akan terasa berat, sedih, rindu yang teramat pada Faiq nanti bila Fa sudah mula mengajar. Insya-Allah Fa.. Apa yang Fa lakukan ni adalah yang terbaik untuk Faiq. Insya-Allah. Tak apa. Dah tak lama nak sekolah. Bulan 8,9, 10, pastu bulan 11 cutiiiii (fikir kejap je 3 bulan lebih ni). Ok Fa. Semoga Fa terus kuat :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe~ InsyaAllah Ummi, sebenarnya belum ada kekuatan lagi nak bagi Faiq tinggal dengan babysitter. InsyaAllah, tunggu Faiq kuat sikit. Thanks. Hahaha~ memang itulah yang diharap2kan. Cuti!!!! InsyaAllah, mudah-mudahan Fa boleh balik sekerap mungkin dan boleh terima keadaan ketiadaan Faiq di sisi Fa buat sementara waktu. Thanks ummi. :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah Fa. Sekuranf-kurangnya awak tak tinggal kan dia dgn org lain, your own parents kan, and hopefully Allah will give you strength to go through this. Dia takkan turunkan ujian melainkan Dia tahu kita boleh menghadapinya :)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Tasha..thanks for the dua n support. I'm trying to be very realistic in this. Hope this decision is the best for Faiq.
    Ameen :)

    ReplyDelete