Sunday 11 March 2012

Meniti Alam Rumahtangga

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Tanggal 18 Mac 2010, termeterailah ijabqabul antara aku dan suami, Faizol bin Abd Aziz... Lelaki yang paling bermakna dalam hidupku. Nak story ape ye tentang majlis perkahwinanku? Emmm......

Waaa....memang takut pun ada!! Majlisku berlangsung di kediaman uncleku di Terengganu. Masa nak buat majlis tu, ramai jugalah yang membantah....

" Farrah! nape ko x buat kat Klang??? Aku nak g macam mana??"
" Faa....lama tu nak sampai Trganu....sakit pinggang aku nak bawak kete!!"
" Faa, maybe aku x dapat g la...Jauh sangat....Sorry ekk...Aku kirim hadiah je...Jangan buka dulu tau!"

Em...tu la antara respon2 yang diberikan oleh kawan-kawanku...Adui, nak wat camno...Famili nak buat kat sana....Aku ikut je....Tp Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar.....=) except perkara-perkara kecik la...Ada juga la yang mencabar kesabaran aku ni...

Contohnya macam kes ni....
Kami dah tempah pakej perkahwinan dari sebuah butik pengantin. Dah siap pilih warna dan pelamin...Memandangkan husband aku, (pada masa tu tunang la....) seorang yang tinggi lampai (dalam 182cm kot..) bos butik tu inform kena buat baju baru untuk dia sebab baju readymade yang ada kat butik tu x muat dgn dia.huhu~~~~ Kami OK je...(asalkan dapat nikah, sanding n kahwin....hikhikhik....)

 3 bulan pun berlalu...Lagi seminggu nak kahwin, bos butik tu call aku cakap,
"Baju tunang awak tailor tu jahit salah warna...tak sama dengan baju awak...."

Hah???? Gila ke ape? Lagi seminggu nak kawin tapi baju x siap??? Aku pun terus cakap kat akak tu,
"Saya nak jugak baju tunang saya sama macam kami tempah hari tu dan sama warna dengan saya..”
Husband aku pada waktu tu dah nervous sebab baju tak siap...huhu~~~Siannye..Siap gaduh lagi dgn akak tu..huhu~~ Then, akak tu dah janji nak tempah semula baju sanding husband aku kat tailor lain n gerenti siap sebelum hari persandingan aku...Fuhhh...lega! mujur tak kena tambah duit...huhuhu~~~

Yey… Lagi sehari hari nak kahwin......Akhirnya baju yang ditunggu-tunggu pun siap... Bila kami tengok je baju husband aku tu,
"HAAAAA!!!"

Berlinang air mata aku tengok baju tu...Ya, patutnya aku bersyukur baju tu dapat siap sebelum hari perkahwinan kami... Tapi hatiku berdetik....
" Kenapa baju ni besar dan menggelebeh...Ya Allah... naye ke tunang aku pakai baju macam ni.."
Jelas riak wajah suamiku waktu tu menahan sedih..Tak sanggup rasa tengok dia monyok je..Terus aku ajak dia round Kuala Terengganu cari butik pengantin yang buka hari tu untuk cari baju ganti yang sepadan dengan persalinanku dan ini jawapannya yang kuterima dari butik-butik tersebut,

" Kami takdok baju warne gini ..."
" Kalu kak mari awal skek, buleh la kite jahit untuk kak… "
" Ada baju warna ni, tapi cik abang kak tinggi sangat...Takdok saiz..."

Menangis aku dalam kereta...Takde cara lain terpaksa kami menelan pahitnya dugaan ini.. Kami terpaksa teruskan majlis dengan mengenakan persalinan tersebut.. Alhamdulillah…semuanya OK..walaupun hanya aku je yang perasan kekurangan baju tersebut pada majlis tu..=)




Hmmm…kes ni pun berlaku juga semasa perkahwinanku…..
Pada awalnya, majlis pernikahan kami dirancang untuk dijalankan pada pukul 11.00 pagi di Masjid Universiti Darul Iman (UDM), Kuala Terengganu.. Atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, abah terlewat sket sampai di lokasi pernikahan.. Nervous jugak la masa tu… Mau tak nervous, wali belum sampai…HUHU~~~~ Tapi alhamdulillah dalam15 minit kemudian abah berjaya sampai….Dan pernikahan kami berlangsung dengan jayanya..Sekali lafaz je tau! Hikhikhik……….

Masa kat masjid tu, cameraman pun memulakan tugas untuk mengambil gambar kami..Posing punya posing….Alamak?? Dah dekat sejam ada kat masjid..Aku belum make up lagi untuk majlis persandingan pukul 12.30 tghari nanti!!!! Terkulat2 aku meninggalkan masjid bersama keluargaku…Janjiku pada suami, dalam pukul 12.30pm aku akan siap make up dan langsungkan majlis perarakan dan persandingan.


Bila sampai di rumah, terus tanggalkan make up dan bersihkan muka untuk make up persandingan…Haaa…ni lah silap aku…sebab tak rancang sebaik mungkin…Patutnya aku make up sekali harung je untuk pernikahan dan persandingan sebagai langkah untuk jimatkan masa..Tapi yela kan…dah seronok sangat, maklumla tak penah make up, terus nak make up 2 kali sekaligus dalam masa sehari….Jam dah pukul 12.30pm…Husband aku dah menunggu kat luar untuk majlis perarakan kami.. Berpuluh2 kali dia call aku suruh aku cepat2 siap masa aku tengah disolek oleh mak andam…Tak senang duduk jurumekap aku tu tengok cik abang duk call minta cepat skit…Tapi alhamdulillah, jurumekap berjaya solek muka aku dalam 15 minit je ( yang sepatutnya siap dalam masa sejam) Jadi boleh bayangkan tak make up express yang diexposekan pada muka ku? Ini lah rupanya………..


 Well, bagi aku, warna n riak mukaku agak garang.. maybe sbb aku x penah make up, or maybe la faktor kekangan masa menyebabkan semua ini terjadi..Sedih juga la..huhu~~asalnya nak nampak lebih cantik, tapi…aku rasa aku prefer tak make up kot…Lebih bebas.Lebih natural….Anyway, thanx a lot to my make up artist..=)”










Aku terpaksa akur dengan pelbagai dugaan yang mendatang pada majlis perkahwinanku..Tapi berkat kesabaran dan keutuhan cinta kami (cewaaaahhhh…..) kami dapat juga berkahwin dalam masa lebih kurang 2 tahun menyemai kasih… Bukan senang nak sampai ke tahap ni…Tapi syukur sangat ke hadrat Ilahi sebab kami dapat langsungkan pernikahan dengan sebaik mungkin… Sebenarnya, kalo diikutkan ada banyak lagi kenangan2 lucu dan menarik semasa perkahwinan kami, tapi memadailah dengan kisah2 yang telah ku muatkan dalam blog ini sebagai coretan rentetan perjalanan majlis kami..

Setelah 5 bulan melayari alam rumahtangga, aku akui pelbagai perubahan yang perlu aku lakukan pada diri ini untuk bergelar seorang isteri…Yela…kahwin memang seronok, bersanding memang best, posing maut semasa outdoor photoshoot memang glamour, terima ucapan tahniah dari kawan2 dalam laman Facebook semasa kita bergelar raja & ratu sehari memang membuatkan kita rasa diri kita begitu popular dan dikenali ramai, tapi……………

TAK SEMUDAH ITU…………….
Banyak yang aku belajar selepas aku berkahwin yang sukar untukku ceritakan di sini..Pelajaran yang perlu dirasai dengan pengalaman sendiri..Kalau nak tau, jangan tunggu lama2…Jom ramai2 mendirikan masjid!!!Yay!
Aku tinggalkan post ni dengan gambar-gambar perkahwinan aku. Thanx for viewing this page..=)
Till then, Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh……………….=)













2 comments:

  1. Assalamualaikum...salam perkenalan...Ermmm...nak tanya, gmbr yang kat pokok tu dalam kawasan UDM @ KUSZA ker?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..min.
    gambar yang kat pokok pakai baju gown putih tu ke? gambar tu diambil kat masjid terapung, kuala ibai, terengganu..salam perkenalan dari saya juga! :)

    ReplyDelete