Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pakar motivasi ada menyatakan fakta bahawa semakin lama sebuah perkahwinan itu dilayari, maka semakin banyaklah usaha yang perlu diterapkan demi mengembalikan kemanisan berkasih sayang. Dan aku akui itu. Setelah lebih 3 tahun melayari bahtera perkahwinan, sedikit demi sedikit aku mula merasai betapa hidup kami penuh dengan rutin kerja yang tak pernah bertepi.
Suamiku yang sibuk dengan tugasan di pejabat dan aku pula sibuk dengan urusan sekolah. Balik rumah pun begitu. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing tambahan pula Faiq berjauhan dengan kami.
Hingga pada suatu ketika, aku merasakan suatu perasaan yang aneh hadir dalam hatiku. Perasaan yang hiba, sedih dan rasa terpinggir. Sunyi dan sepi walaupun aku tidak keseorangan.
Aku merasakan hidup ini tidak ada apa yang istimewa selain daripada pergi kerja balik kerja.
Bangun, kerja, balik, tidur.
Oh, boringnya.
Bagi sesiapa yang belum mengenali suamiku, beliau seorang yang agak pendiam walaupun kadang kala boleh tahan juga sengalnya. Hehe. Dan yang paling utama beliau sangat bijak menyembunyikan perasaan. Aku yang hidup dengannya 3 tahun lebih ni pun tak tahu apa yang sedang dialaminya. Masalahnya, kedukaannya. Sungguh, aku memang tidak tahu, kerana beliau tidak pernah meluahkan.
Apa yang keluar dari mulutnya hanya perkara-perkara cetek dan santai sekadar berbahasa memecah sunyi. Untuk digali perasaannya, aku tahu itu tidak mungkin kerana beliau amat sukar berbicara tentang itu.
Sikapnya yang satu ini kadangkala menyebabkan aku sering memikirkan yang tidak-tidak terhadapnya. (Astaghfirullah al azim).
Dia sayang aku lagi tak?
Aku pakai macam ni dia suka tak?
Aku ni cantik tak di mata dia?
Model tu cantik, tinggi lampai. Excited la dia tu.
Dia ni senyaaaaap je, entah dengar ke tak apa aku cakap tadi.
Soalan-soalan yang macam tu seringkali berlegar-legar dalam fikiranku. Aku khuatir dengan kualiti kasih sayangnya. Masih wujudkah cinta itu? Masih hangat lagikah seperti 3 tahun yang lalu? Aku tak pasti kerana beliau tidak pernah meluahkan.
Nak menyebut I LOVE YOU pun lepas aku jenuh bertanya, barulah beliau mahu menjawab.
Haih.
Aku rasa kebanyakan wanita di luar sana akan bersetuju jika aku katakan wanita lebih teruja apabila suami meluahkan perasaannya dengan rela hati dan penuh ikhlas dan bukan kerana faktor 'menjawab sebuah pertanyaan'.
Maka itulah yang aku rasakan dan aku perlu menerima kenyataan bahawa suamiku tak romantik! Aku perlu terima itu dan belajar untuk hidup dengan situasi tersebut. Aku cuba berfikiran positif.
"Lebih baik dia tak romantik. Kalau lebih-lebih kang orang tangkap cintan pulak dengan dia"
"Baguslah dia tak reti mengayat. Tu tandanya dia bukan jenis yang sebegitu. (In shaa Allah)"
Pulangannya, aku harus akur. Aku tahu suamiku bukan seorang yang bijak bermadah. Suamiku seorang yang praktikal dan ringkas. Tolong belajar menerima, wahai Farrah.
* * * * *
Pada suatu hari, sewaktu kami duduk menunggu pesanan makanan kami tiba di sebuah restoran, tiba-tiba seorang pelayan menghampiri kami,
"Bang, ada order kerang bakar tak?"
"Aaa.. ye..ye.. ada"
Lantas pelayan tersebut meletakkan sepinggan kerang bakar di atas meja.
Terpinga-pinga aku dibuatnya.
"Bila pulak kita order kerang bakar?"
"Kan Fa nak makan dulu. Ingat tak?"
Aku cuba mengingat. Ya, aku pernah menyuarakan aku teringin sangat nak makan kerang bakar. Seingat aku selepas aku melahirkan. Namun kerana sewaktu itu kami sedang sibuk menguruskan perihal Faiq, nampaknya hasrat itu hanya tinggal kenangan.
Suamiku ingat perkara itu.
Perkara yang aku anggap remeh dan kecil itulah yang beliau tunaikan untukku pada hari itu.
Di meja itu juga aku menangis kerana sepinggan kerang bakar.
Dan perasaan bersalah dan berdosa bertuju-tuju membedil jiwaku.
Aku buruk sangka terhadapnya. Aku memikirkan beliau yang bukan-bukan.
Allah, ampuni aku.
Romantik suamiku bukan pada sejambak bunga ros.
Jiwang suamiku bukan pada kad bermadah berpanjang jela.
Tapi pada keprihatinannya.
Yang mana aku tidak pernah menyedari.
Setiap baris kata-kataku selama ini rupanya ada seseorang yang sentiasa meneliti.
Kerang bakar menjadi saksi.
:)
Sobs!
ReplyDeleteI feel you Faa because Rizal pun bukan jenis yang expressive and pandai berayat madah ni haha tapi sekali dia buat gesture yang best haaa mmg terharu habis la!
Kan Tasha? :) Sama2 la kita menerima. Hehe.
DeleteOwh...hehe..kiter senasib kot Faa...agaknya org keje kat K******H tu tak romantik kot..stress keje banyak..kuikui..kadang2 tu pujuk hati sendiri je kununnya dia masing sayangkan diri ini..penah jugak terlintas di fikiran soklan2 yang Faa tulis tue...;-) harap2 takla kan...
ReplyDeleteWawa... tq sebab drop by. Haha.. Betul la kot. Fa pun tak tau apa yang diorang bz sangat.. But what ever, kita try la menerima. In Shaa Allah, diorang tak macam apa yang kita fikirkan.. hehe.
DeleteFaa...at least faa dah duduk sekali...dekat, bole tengok 24jam..wawa ni jauh..selalu bersangka baik jer lah...think positive.n percaya...heheh
DeleteBetul tu wawa. In shaa Allah, mereka boleh dipercayai. hehehe.
Delete