Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Satu perkara yang
sedang aku fikirkan sekarang ialah,
Alangkah indahnya
jika aku dapat mengasuh anakku dengan tanganku sendiri?
Dan ayat-ayat
tersebut selalu menerawang menerjah lubuk perasaanku.
Bagaimana jika aku
dapat melihat sendiri perkembangan Faiq di depan mataku?
Menguruskan makan
minumnya?
Mendodoikannya
apabila waktu tidur?
Membasuh pakaian dan
lampin-lampinnya?
Memasakkan pelbagai
jenis makanan yang lazat untuknya?
Pendek kata menjadi
seorang ibu yang sejati untuknya?
Tuntutan tugas
menjadikan hidupku seolah-olah terbahagi dua.
Menjadi seorang pendidik dan pada
waktu yang sama, berusaha untuk menjadi seorang ibu.
Aku tekankan disini, berusaha menjadi seorang ibu.
Allahu Allah.
Sukarnya untuk
menjadi yang terbaik bagi kedua-duanya.
Menjadi seorang guru
bukanlah sekadar mengajar dalam kelas, menanda latihan murid atau menanda
kertas peperiksaan.
Guru juga disifatkan
sebagai seseorang yang mempunyai tugas yang cukup mudah, balik awal, cuti
banyak dan sebagainya.
Tetapi entri ini
bukanlah bertujuan aku mahu mengomel tentang tugas guru yang tidak bersempadan.
Maksudku, tidak kiralah aku bekerja sebagai apa pun, yang penting tugasku
sebagai seorang ibu langsung terbatas dan perlu dihadkan.
Ku kira pada masa
kini, kebanyakkan anak-anak perempuan (termasuk diriku) diberi pendidikan
setinggi mungkin dengan harapan anak-anak tersebut membesar menjadi seorang
yang berkarier dan berkerjaya, di samping mampu menguruskan diri mereka sendiri
tanpa perlu bergantung harap pada sesiapa pun.
Aku juga begitu. Abah
dan mama mengajar diriku untuk berdikari dan menguruskan diri sendiri dengan
sebaik mungkin. Aku telah digesa untuk belajar memandu seawal 17 tahun supaya
kelak aku dapat ke mana-mana sahaja tanpa perlu bergantung pada orang lain. Aku
juga diajar supaya tidak mudah membenarkan sesiapa membelanja diriku, terutama
sewaktu bujang dahulu khuatir akan terhutang budi, aku juga diterapkan
nilai-nilai survivor supaya kelak jika aku ditakdirkan perlu sendiri, aku mampu
survive tanpa siapa-siapa di sisi.
Sewaktu bujang
dahulu, aku rasakan aku mampu hidup sendiri. Ada kerjaya sendiri, ada kereta
sendiri dan ada wang poket sendiri tanpa perlu meminta-minta daripada sesiapa.
Aku mampu drive sejauh 200km berulang-alik setiap minggu dari Melaka ke Klang. Untuk pengetahuan umum,
aku ditugaskan di Melaka untuk penempatan pertama (first posting). Baju, beg,
kasut memang setiap bulan bertukar ganti. Tudung macam-macam warna aku beli.
Oh, pada masa itu, online shopping masih belum popular. Jadi aku kerap ke
shopping complex bersama-sama my BFFs untuk shopping, shopping dan shopping.
Memang heaven, ok!
Aku rasa aku tak
mampu hidup kalau tidak bekerja. Aku perlu kerja. Aku perlu duit untuk beli
macam-macam barang untuk memenuhi kehendakku. Petik jari, nak apa, semua boleh
dapat sebab ada duit sendiri.
(Melainkan aku kalau
aku minta Ferari la kan. Agak- agak la wei!)
NAMUN
Setelah aku berumah
tangga, dikurniakan Faiq (Alhamdulillah), menempuh pelbagai kesukaran sewaktu
awal kelahirannya, dan seterusnya berjauhan dengannya, aku merasakan betapa
kosongnya hidupku. Percaya atau tidak, telah sekian lama aku tidak menukar beg
tangan, bajuku juga tidak lagi semeriah dulu, koleksi tudung juga masih berada
pada takuk lama, seolah-olah keinginan untuk berbelanja itu mati disitu.
Mengapa?
Aku rasakan itu semua
tidak lagi perlu. Aku hanya mahu melihat Faiq di depan mata. Membesarkan dengan
kedua-dua tanganku, supaya aku merasai setiap kepayahan dalam mengasuhnya
menjadi khalifah di bumi Allah ini. Dalam bahasa mudah, aku mahu menjadi ibu
sepenuh masa untuknya. Bukan lagi seperti sekarang di mana aku sendiri tidak
tahu untuk menggambarkan betapa peliknya hidupku kini. Pulang dari kerja
rumahku kosong. Menonton televisyen bersama AB berdua seolah-olah kami masih
dalam era berbulan madu. Walhal anakku nun jauh di sana sedang menjerit-jerit
meminta susu.
Aneh.
Aku kehilangan
segalanya. Aku kehilangan masa-masa terindah bersama Faiq. Aku bukanlah insan
pertama dapat melihat Faiq tumbuh gigi, aku juga terlepas mendengar perkataan
pertama yang dituturkan olehnya, aku terlepas mendengar babytalk nya yang
melucukan, segalanya.
Tidak dinafikan Faiq
tidak rapat denganku. Aku dianggap seperti makhluk asing dari Planet Zargus
mungkin. Hahaha.
Namun, apalah
pilihanku? Aku tersepit di antara kerjaya dan keadaan Faiq. Aku belum dapat
memberikan kepercayaanku pada nurseri-nurseri yang sedia ada kerana
Faiq mempunyai tingkahlaku yang sukar dijangka. Tidak mahu ditinggalkan
sendirian, suka merengek, suka menjerit, mahu dipujuk, selagi tidak dipujuk,
maka selama itulah dia akan menangis. Seolah-olah dia mahu dibelai selalu, Dia
mahukan perhatian sepenuhnya dari penjaganya.
Adakah mungkin tingkahlaku preemies begitu?
Satu persoalan di
sini,
Adakah pengasuh yang sanggup menjaganya?
Bersabar dengan
kerenahnya?
Ya, mungkin ada.
Tapi sejauh mana perhatiannya?
Mampukah dia bersabar dengan kerenah Faiq yang kadang kala
menjengkelkan?
Aku tak yakin.
Aku belum yakin ada yang mampu.
Persoalan di sini bukannya aku mahu mempertikaikan
kredibiliti pengasuh/ nursery, tapi aku tahu suatu perkara,
Penjagaan seorang pengasuh itu tidak setanding penjagaan
seorang ibu kandung.
Lalu bertubi-tubi fikiranku di asak, aku mahu menjaga Faiq
sendiri! Aku mahu mengasuhnya sendiri. Aku mahu melaksanakan tanggungjawabku
padanya yang sekian lama aku pinjamkan pada kedua ibu bapa ku. Namun aku tak
mampu.
Dilema terbesar dalam hidupku barangkali.
Mahu berhenti kerja, mampukah aku?
Mahu dihantar ke nursery, mampukah mereka?
Aduhai anak, janganlah pernah kamu fikirkan bahawa mama dan
abah sengaja menjauhkan kami darimu.
Janganlah kamu anggap kami lalai dalam menunaikan
tanggungjawab kami.
Kerana ini keputusan yang terbaik untukmu,
Untuk kesihatanmu, Untuk keselamatanmu.
I'm sorry, dear. |
sabar la ye cikgu fa, biar la mama n abah jaga faiq dulu, at least cikgu xpayah risau or serabut2 ttg keselamatan dia.
ReplyDelete*peluk*
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan Faa dan keluarga. Allahumma ameen..
thanks ain.. Mudah-mudahan. :)
Deletehaiii! i hve faiq too! hehe :)
ReplyDelete