Showing posts with label chill. Show all posts
Showing posts with label chill. Show all posts

Friday, 29 March 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Harap maklum, title macam entri motivasi penceramah dari Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kan, tapi ini bukanlah berkisarkan tentang pelajaran, namun intipati dan mesej dari entri ini yang boleh digunapakai untuk semua golongan termasuklah students yang sedang membaca entri ini.


Amboi korang kalau bab online cepat je ye.. 

Integration dah study belum??

Haa, yang Form 4 tu... correction Ujian 1 dah settle dah? 


Hikhik.... Jangan marah haaa... Usik sikit je...

Ehhh.. jap-jap.

Gambar ni boleh guna ni untuk students Form 2.

Tunjukkan kat mana sel deria masam, manis, masin dan pahit  di lidah .

Hikhikhik.
Ehem.
Back to the topic.


Entri kali ini adalah back dated ye readers. Aku sebenarnya dah lama benar tak update entri blog ni sebab banyak sangat keje! I mean, memang banyak sangat! So, waktu cuti-cuti macam ni, barulah aku berkesempatan untuk update blog. 

Update pun dah tak berapa update sangat la. 
Cerita dah basi. 
Hahaha.

Setelah lama kami tak keluar bersama, aku dan AB decide nak bawak Faiq keluar untuk merapatkan silaturrahim antara kami.

So, kami dengan bangganya membawa Faiq ke Jusco Bukit Tinggi (again? duh!) untuk window shopping.

Hanyalah window shopping memandangkan hari tersebut adalah dalam pertengahan bulan. 

So faham-faham la.



Duit jangan kau pergi....
Tinggalkan diriku sendiri...


So, layankan gambar-gambar sepanjang kami berusaha mengambil hati Faiq dengan mengumpannya dengan kecanggihan teknologi seperti Galaxy Tab dan juga keseronokan bermain game di tempat permainan kanak-kanak, Jusco Bukit Tinggi.

Adakah usaha kami berjaya? 

Sama-sama kita saksikan.


:)


Macam aku je kan yang beriya. Diorang wat taktau je.
Guys..
What do we expect anyway?


Abah sedang berusaha untuk mengambil hati dak tecik Faiq dengan mengumpan game dalam Tab.
Nampaknya tiada respon positif dari target (Faiq).

Abah pulak yang syok main game.


Abah tidak berputus asa lalu membawa Faiq ke Playland Jusco Bukit Tinggi, Klang.

Playland kah namanya? Aku main hemtam je sebab aku pun tak tau. Kikikiki.


Ok, target macam berminat dengan mainan kat sini.
Steady abah...

Eh apa yang di tengok tu.....

*



*



*



*


Ohhhh...si big teeth rupanya!

Mentang-mentanglah sekarang dah ada teeth..
Dia pun sibuk jugak nak kawan ngan big teeth..


Alamak, target mulai takut dengan big teeth!

Lariiiiiiii!



Target nampaknya takut dengan semua benda termasuk la game ni.

Dalam takut-takut tu sempat jugak nak sentuh-sentuh button.


Usaha gagal nampaknya.

Lalu kami pun pulang dengan hampa sebab Faiq langsung tak happy dengan aktiviti jalan-jalan kali ni.

:(


Perjalanan pulang ke rumah perlu melintasi Giant Bukit Tinggi. 
Tiba-tiba aku terfikir, 

Why not kita bawak Faiq gi Giant? Selama ni, dia tak pernah jejak kaki (lebih tepat, aku yang tolong jejakkan kaki dia) ke sana.

Lalu AB menyahut cadangan aku dan terus belok menuju ke Giant.

Sebenarnya dulu kami takut nak bawak Faiq ke Giant sebab Giant kan tempat tumpuan, semua yang nak beli barang dapur mesti cari Giant bukannya Nobita ataupun Sizuka.
So kami assume Giant ni macam crowded gila and avoid Faiq dari bersiar-siar kat sana.

Tapi kali ni, naluri aku rasa nak bawak Faiq kat sana.

So we did brought him there. And guess what?


*



*



*



*



*



*



*



*



*




*




*

Faiq loves balls!

To be precise, Faiq loves balls in the ball cage at Giant!

Hahaha.


We made it!


Yes!!!!!


Usaha kami berjaya akhirnya untuk membawa Faiq jalan-jalan sambil bergumbira.

Poor Faiq.. Berbulan-bulan tak keluar jalan-jalan dengan mama dan abah.

Itupun hanyalah di Giant je.

Giant telah berjaya menambat hati Faiq.

Bukannya Jusco mahupun Pavilion.

:')

Giant pun Giant lah.

Asalkan Faiq boleh senyum dan ketawa.


I love you sweetie!














Wednesday, 5 December 2012

Cuti Yang Awesome

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Cuti sekolah dah mula! Pasti budak-budak yang ambil SPM tahun ni dah mula berangan-angan nak buat apa lepas ni kan. Suka la tu, dah habis sekolah. Boleh la tukar title jadi pelajar lepasan SPM lepas ni, kalau dulu korang ni pegang title budak sekolah je kan.. Paling glam pun title ketua pengawas, tak pun ketua rumah. Betul tak? Tu dah cukup gah la tu. Hahaha.. Sekarang dah boleh la merasa jadi budak beso-beso. (Macam la beso sangat korang yeeerr. Heee...)

Anyway, apa aku nak stori tentang cuti aku? Kalau tengok kawan-kawan lain, ramai yang pergi melancong. Ini dapatlah dibuktikan dengan memview facebook-facebook mereka-mereka yang sangat-sangat awesome dengan pemandangan cantik lagi menarik dan tertarik. *tarik nafas dalam-dalam sebab ayat panjang sangat*.

Cuti aku hanyalah dipenuhi dengan view-view seperti ini :-

Doc Mcstuffins
(Google Images)

Mickey Mouse Clubhouse
(Google Images)

Special Agent OSO
(Google Images)

Pororo, The Little Penguin
(Google Images)

Tayo, The Little Bus
(Google Images)


Semua ni aku tengok di tempat paling best sekali iaitu di :-

Channel 613, Astro.
(Google Images)

Menarik kan cuti aku? Huhu.

Aku terpaksa korbankan masa chill, melancong, trip sana sini, sebab Faiq. Memandangkan Faiq tak boleh (TAK BOLEH means TAK BOLEH LANGSUNG!) keluar rumah sebab kes dapat pneumonia bulan lepas, aku hanya memerapkan diri dengan Faiq sambil menonton rancangan-rancangan menarik (lah sangat) di televisyen. Precise sikit, Channel 613, Disney Junior. Aku memang takde peluang langsung nak tengok favorite show aku, melainkan kalau si kecik ni tido. Sampai ada sekali tu aku tak tau pun Malaysia masuk AFF Suzuki Cup. Lawan dengan negara mana, berapa score, siapa kena kutuk, siapa tak pandai main, siapa man of the match, sume aku tak tau.

Yang aku tahu hanyalah ini :-

Pororo, The Little Penguin Opening Theme Song
(Youtube)


Mickey Mouse Clubhouse Opening Theme Song


Special Agent OSO Opening Theme Song
(Youtube)


Doc Mcstuffins Opening Theme Song
(Youtube)

Tayo, The Little Bus Opening Theme Song
(Youtube)

Semua ni memang favorite Faiq. Nak-nak Mickey Mouse Clubhouse tu. Huuuu...

Faiq and his gigantic phone, but he prefers mine instead. (+_+)
Smiling (without any teeth) while watching Special Agent Oso.


Awesome kan cuti aku? (+_+)
Tapi, lama-lama aku pulak jadi addicted dengan lagu-lagu ni. Sampai kadang-kadang dalam tak sedar aku duk humming lagu-lagu ni dalam kereta ke, masa mandi ke.. Eheh. Ok, aku memang dah tak layan dah lagu-lagu kotemporari masa kini sekarang ni. Sejak duk terperuk dalam rumah, Cikgu Farrah hanya mengenali lagu-lagu ini sahaja. Naif dan lurus tak cikgu? *kelip-kelip mata memohon belas ehsan sambil tersenyum polos*

Anything for you, sweetie. But, not too much tv, it's not good for your eyesight, dear. Mama takmo Faiq kena pakai spek macam mama. Dulu mama ingat pakai spek tu best, nampak cam budak pandai yang legend je, tapi hakikatnya pakai spek memang melecehkan. Kalau tak, takkan la berkotak-kotak contact lens aku order. Gaya penting walaupun pagi-pagi kena terkebil-kebil pasang lens. =')

Aku lebih suka Faiq sukakan buku macam aku, tapi nampak gayanya Faiq ni macam abah dia, suka gadget, suka computer, suka games, suka technology. Hmmm.. muka pun dah banyak muka abah dah... Suka la tu AB! Huh!









Sunday, 7 October 2012

Kuantan, Here I Come!


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Waaaaaahhhhh! Memang penat + happy sangat hari ni sebab aku baru je balik dari Kuantan, since AB ajak aku ke sana. Beliau ada tugas kat sana, so he thought about taking me there, sambil-sambil boleh jalan-jalan sekali. Aku pada mulanya memang agak reluctant jugak nak pergi. Masa AB ajak tu aku macam, " Errmmm..nanti Fa pikir dulu?"

Aku bukan apa, aku rasa tak sedap hati keluar berjalan-jalan tanpa Faiq. Adakah aku dikira sebagai ibu yang tak awesome sebab bercuti tanpa Faiq? Tapi kalau aku bawak dia, takut akan menjejaskan kesihatan dia. Mana nak? Ke tak payah keluar? Bila AB buat kerja beliau sorang-sorang? Ishh.. rasa macam tak patut pulak kan..

Setelah mendarab, membahagi, menambah dan menolak (ikut teknik BODMAS ye, murid-murid) aku fikir..Hmm.. Why not? Pergi la sekali sekala. Lagipun memang lama sangat aku tak keluar jalan-jalan. Tentang Faiq, Insha Allah aku akan bawak dia sekiranya keadaannya mengizinkan. Insha Allah, aku tak pernah lupakan Faiq.

So, pada 5 Oktober 2012, aku dan AB bergerak ke Kuantan pada pukul 6.30 pagi dari Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan aku asyik tido je. Eheh, haruslah kan kalau tak drive. Memang ngorok je la kerjanya. AB la setia bawak kereta sensorang. Aku ke Kuantan dengan kereta aku, since aku nak tukar tayar kereta yang memang dah lama botak, cuma aku je buat tak tau. Haha. Nak tak nak, aku kena jugak tukar!

Kami sampai Kuantan pukul 10.30 pagi, terus ke workshop area Kuantan. Semasa AB melakukan tawar-menawar harga yang sememangnya takkan aku amik port, aku pun telah menyelambakan diri untuk menyenap gambar semasa di kerusi workshop tu.

Credit to Smashing Scarves for this very exquisite shawl.

Selepas berjaya mendapat tayar baru, Oyen pun meluncur laju menuju ke Bandar Kuantan. Kami check in di Hotel Seasons View, yang memang locate kat tengah-tengah Kuantan tu. Budget hotel for a budget couple like us. :)

Entrance Hotel Seasons View, nice!

A larger view. Masa ni dah malam. Actually, masa aku sampai tu tengahari. Lupa nak snap masa mula-mula sampai. :)

Masa tu aku ada jugak berjalan-jalan sekitar East Coast Mall, Berjaya Megamall dan Kuantan Parade. Tapi, aku tak snap la gambar-gambar kat dalam shopping complex tu. Semua pun sama je kan? Alah, macam la korang tak pernah gi shoppping complex. Haa, sama je la kat dalam tu kedai-kedainya. Eheh. Cover, sebenarnya lupa nak amik gambar. ^_^

Tapi walau bagaimana pun, kalau korang benar-benar nak tahu macam mana ghupanya shopping complex-shopping complex tu, ni la, aku upload dari Google. Huh.

East Coast Mall, Kuantan. Credit to the blog address above. Thanks for the picture. :)
(Google Images)
Berjaya Megamall, Kuantan
(Google Images)

I can't get any other better picture, so I guess this is the best?
Kuantan Parade, Kuantan.
(Google Images)

Gaya itu penting walaupun berlokasikan basement dan bercerminkan cermin kereta. 

Lepas berjalan-jalan tapi tak beli apa-apa, kami pun bercadang nak ke Pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Ala, pantai yang banyak batu-batu besar tu? Kalau korang tengok cerita Ali Setan, scene akhir tu diorang shoot kat pantai ni la. Awww! Kantoi ku gemar cerita retro. :D Tapi, memang, the beach is beautiful. Batu-batu besar tu yang buat pantai tu unik sebenarnya. :)

Saya lah si gergasang pantai. Muahahaha,
Serius, macam besar gila aku dalam gambar ni.

Apa?? Awak kata saya gemuk?? Saya marah ni!
Apa pun tak boleh (Part I)

Apa pun tak boleh (Part II)

Apa pun tak boleh (Part III)

Dating boleh tak boleh..Hehe.

Rasa macam aku kembali ke alam dulu. Masa aku baru baru-baru kahwin. Kami pun memang pernah bercuti ke Kuantan sebelum aku mengandungkan Faiq. Dan ni adalah sebahagian dari memori-memori dahulu.

OMG! Betapa berbezanya aku. Ya, dunia kita berbeza. Waaah! Mencik tau!
Kuantan, December 2010.

Masa ni pun kurus jugak. Double mencik!
May 2011. 

Ala-ala malu gitu. Waaah, rindunya! *rindu zaman kurus ye, bukan rindu AB, AB ada je ni ha.*

Sekali lagi, aku ulang, gambar-gambar tersebut adalah gambar dulu-dulu. Gambar sekarang tu haaa, yang kat atas tadi. Korang pun boleh beza kan yang mana dulu dan sekarang. Jangan tipu dengan mengeluarkan kenyataan " Ala, Fa...sama je aku tengok" atau "Ala, Fa..ok la macam ni dari dulu, kau kurus sangat..." JANGAN! Aku tau tu semua dusta je. Eheh. Very the jaga hati korang ni. I terharu tau.... :')

Lepas tu, mana lagi kami pegi ekk.. Oh, masa tu dah nak malam, so lepas solat maghrib, kami terus menuju bersama Oyen yang setia ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan. Sebabnya kami dah lapo bebeno, aku pun lupa nak amik gambar signboard restoran ni. Tapi, aku ada upload dari Google Image khas untuk kamu-kamu readers yang sangat awesome. 

Sekali lagi, credit to the blog address above.
Thanks for the picture. :)
Walaupun gambar ni hanya aku copy dari Google, tapi senario dia memang tak jauh beza dengan apa yang aku alami. Memang peeee...nnuuuuuuhhhh.... orang! *tarik nafas*

Sampai-sampai je dah pukul 9.00 malam. Memang confirmla berduyun-duyun orang datang menikmati hidangan dinner. Ada sekali tu nak terbeliak biji mata aku, sekali sampai mau dekat 20 orang. Mana nak sumbat pun tak tau. Memang penuh sangat! Masa tu kami dah blur.. Aku pun macam berdiri je la kat situ control-control malu. Eheh. Mana ni, takde ke orang yang siap makan... Adui...lama pulak korang makan ..

"Bang, atas ada tempat lagi bang...."

Suara tu muncul di saat-saat kami sedang terkial-kial cari meja kosong. Oh, ada lagi tempat kat atas? Maak aii, besar betul restoran nih! Ada dua tingkat! So, kami pun berbunga-bunga la naik tangga menuju  ke atas seperti yang ditunjukkan oleh brader tadi.

Sampai kat atas, tengok-tengok punya la banyak selipar-selipar dan kasut-kasut, macam kat masjid pun ada. Ohhh, ada ruang bersila kat atas rupanya..Tapi penuh sangat-sangat. So, kami amik keputusan turun semula. Nak balik la, cari kedai lain..Tapi, tiba-tiba AB panggil, ada meja kosong!! Happy! Happy!
Ada rezeki kami nak makan kat sini malam ni.

Lepas order, ni lah hasil pengisian masa lapang aku sementara tunggu makanan sampai.

Abom Boiiikkk yang tak berapa sihat.. Syian die.... Tapi selera makan dia tetap sihat walafiat. :P

"Malam ni sit up 100 kali baru tido."
Ah, nampak memang tipu sangat la kan?

Perut : Tau tak aku tengah nyanyi Oppa Gangnam Style sekarang?? Boleh senyum plak dia.



Mana satu nak ngap dulu, tomyam ke air?

Ketam!!!! Dah lama sangat aku nak makan ketam. Sejak preggy lagi. Ni baru dapat makan. :)

Tuuuu diaaaaaa.... Ikan Bakar Petai. Dibakar bersama-sama petai. Ikan apa dia guna tidaklah pula aku tahu.

Yang menariknya restoran ni memang islamik, ada doa makan, ada mural konsep Makkah, ada surau kat tingkat atas. Aku tak snap la satu-satu, memang nampak kepochi sangat la kalo aku duk terkial-kial dengan kamera time orang berasak-asak nak makan kaannn..


Haaa...baca doa tu..Senang je kan. Lepas tu baru boleh makan. Bismillahirrahmanirrahim. Hmm...sebenarnya, aku terharu sangat dengan husband (AB) aku sebab aku tak tau pun dia nak order ketam. Aku ingatkan dia order ikan bakar je. Kira surprise jugaklah untuk aku. Dari aku mengandung dia janji nak belanja aku makan ketam. Kira waktu tu mengidam la. Tapi tak sempat nak makan, aku ada complication dulu. Huhu..Baru sekarang dapat merasa. Haha, ada juga bau-bau romantik AB nih! 


Tolong abaikan apa yang ada atas meja ye, fokus muka aku je!

Sembunyi di celah-celah makanan.

Serius, aku memang tak sangka aku dan AB yang makan semua ni.

Waaa...bukan aku yang makan semua nih!!! Bukan! Bukan!

Dan pengakhirannya kami balik dengan tak dapat menghabiskan makanan yang ada. Ada lagi baki isi ikan aku ingat lagi, tapi waktu tu memang dah terlalu kenyang sampai aku tengok ikan pun dengan perasaan berbalam-balam (ayat BM skema, sila rujuk Cikgu BM anda). Macam rugi pun ada jugak, kalau la ada baki ikan tu depan mata aku sekarang ni, mau aku habiskan. Eheh. Moralnya, orang tamak selalu rugi. Haha, tak la. Kami tak tamak pun. Kami gelojoh sahaja. :P

Dah kenyang, apa lagi?

Haruslah balik kan? (Mana janji sit up 100 kali kau Fa oii?)

Buka pintu!!! Kami dari pejabat agama.... ^_^

"Tak abis-abis gambor!" kata Faizol kepada Farrah Falina.

Dan malam itu, aku terus tido tanpa memikirkan sit up 100 kali. Tapi aku gosok gigi tau!

*     *     *     *    *

Esoknya, kami akan berangkat balik ke Terengganu. Dan sebelum kami bertolak :-

Breakfast dulu! Teka, mana satu aku punya? 

Lepas makan, amik gambar lagi. Haih....(penat kononnya padahal suka enterprem tau aku ni..)

Memang takde gaya lain ha aku ni, peace tu jugak la yang aku buat.

Fine, fine..Ni gambar last. Muak dah kan tengok gambar aku. Huuuu..

Overall, I had a good time with AB. Memang seronok. Dah lama sangat kami tak keluar berdua. Emm...
Berdua?


*




*




*




*




*

Tapi lagi seronok kalau Faiq ada....




Sorry, Faiq.. Mama janji akan bawak Faiq jalan-jalan dengan mama dan abah kalau keadaan Faiq mengizinkan. Insha Allah sayang ye. 

Mungkin entri ini nampak santai dan seronok, tapi hakikatnya aku tetap memikirkan Faiq yang jauh nuuuuuunnn di sana. Harap sangat suatu hari nanti Faiq akan melakar dan mewarna dunia ini bersama-sama kami.

In shaa Allah. :')