Wednesday, 25 July 2012

Watch Out for Pneumococcal Attack!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sepertimana yang diketahui, Faiq Aqwa puteraku dilahirkan pramatang 32 minggu dengan hanya seberat 1.42kg. Di awal kelahirannya, Faiq telah mengalami banyak komplikasi yang membimbangkan. Saat paling getir dalam hidupku setelah menerima khabar selepas 7 jam kelahirannya, bahawa anakku itu dijangkiti pneumonia. Paru-parunya yang sangat kecil, tidak sepadan dengan usianya ketika itu memburukkan lagi keadaan kesihatannya. Para doktor juga tidak menaruh harapan tinggi terhadap peluangnya untuk terus bernyawa.

Pneumonia, atau jangkitan kuman pada paru-paru mudah menyerang anak-anak kecil terutamanya bayi-bayi pramatang seperti Faiq. Penggunaan ventilator selama 3 hari sedikit sebanyak dapat membantunya bernafas. Faiq tidak mampu untuk bernafas sendiri. Sudah kujangkakan, paru-paru Faiq sememangnya mungkin bemasalah apabila lahir kelak kerana aku telah kehilangan amniotic fluid sewaktu kandunganku hanya berusia 16 minggu.

Kisah ini telah kucoretkan dalam entri-entri sebelumnya iaitu Istimewa Sebuah Pengorbanan dan Sayang Mujahidku Sayang. 

Sebagai seorang ibu, aku ingin memberikan Faiq segalanya yang terbaik, yang mampu ku usahakan dengan kudratku. Kesihatannya merupakan elemen terpenting untukku jaga setakat ini. Keadaannya buat masa ini alhamdulillah, masih berada pada tahap yang terkawal, namun perlukan pengawasan yang rapi.

Pneumonia. Mendengarnya sahaja memberikan aku debaran yang luar biasa getarnya. Fobia dengan bahayanya yang boleh membawa maut. Masih terbayang-bayang si kecil Faiq yang bertarung nyawa saatnya dirawat di NICU melawan penyakit ini. Sudah tentu aku enggan lagi semua ini berlaku ke atas Faiq. Cukuplah sekali aku melihatnya sedemikian. Lalu aku bertekad selepas ini, aku perlu lebih peka terhadap penyakit-penyakit yang boleh membahayakan nyawa anakku.

Oleh sebab itu, aku dan suami telah bersepakat untuk memberikan Faiq pneumococcal vaccination. Apa itu Pneumococcal?



Pneumococcal diseases atau penyakit pneumokokus (istilah Bahasa Melayu) berpunca daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae. Terdapat hampir 90 jenis serotip pneumokokus. Kebanyakkannya mengakibatkan penyakit yang ringan, namun ada juga segelintir yang menyebabkan jangkitan-jangkitan yang lebih berbahaya.

Bakteria Streptococcus Pneumoniae boleh menyebabkan jangkitan pada radang selaput otak (meningitis), jangkitan darah, jangkitan paru-paru (pneumonia), dan jangkitan telinga tengah (otitis media). Menyedari hakikat ini, aku dapat merasakan adalah perlu Faiq mendapatkan vaksin pneumococcal kerana sejarah kesihatannya yang pernah mendapat pneumonia dahulu. Mungkin dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak perihal penyakit pneumococcal untuk manfaat bersama.


Penyakit Pneumococcal boleh menyebabkan 4 jenis penyakit yang berpunca daripada 1 bakteria yang sama (Streptococcus Pneumoniae)  :-

Pneumococcal Meningitis (jangkitan pada radang selaput otak)
Simptom yang boleh terjadi kepada kanak-kanak ialah perasaan resah dan mengantuk, leher yang   tegang, hilang selera makan, serta muntah-muntah. Pneumococcal meningitis boleh membawa maut, dan hampir separuh yang terselamat mungkin akan mengalami beberapa ketidakupayaan kekal seperti pekak (ketulian), kerosakan otak atau kelumpuhan.

Pneumococcal Bacteremia (jangkitan dalam darah)
Ia merupakan infection di dalam aliran darah dan mampu menjadi serius jika dibiarkan. Simptomnya adalah demam panas, kesejukan melampau, kehilangan selera makan, keresahan dan sakit snedi.

Pneumococcal Otitis Media (jangkitan telinga tengah)
Jangkitan ini amat biasa dalam kalangan kanak-kanak. Simptomnya adalah seperti sakit badan, hidung berhingus, batuk, keresahan, kehilangan selera makan, kerap menangis, cirit-birit dan muntah-muntah.

Pneumococcal Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Kanak-kanak / Bayi yang dijangkiti pneumoccal pneumonia lazimnya memerlukan rawatan hospital. Simptomnya adalah seperti demam panas, batuk, pernafasan yang laju, mendengus, sakit dada, rasa loya, pening kepala, keletihan, kesejukan melampau dan sakit sendi.


Secara umumnya, kanak-kanak bawah 2 tahun dan warga emas adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Bakteria ini biasanya dijangkiti melalui hidung dan rongga kanak-kanak melalui batuk dan sentuhan.

Penyakit pneumococcal dapat dikawal sekiranya ianya dapat dikesan dari awal terutamanya bagi penumococcal otitis media yang dapat dirawat dengan antibiotik. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan bayi adalah disarankan untuk mengambil vaksin pneumococcal sebagai usaha untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak. Walaupun, vaksin ini tidak dapat menjamin 100% bahawa mereka akan dilindungi, namun ini dapat mengurangkan risiko jangkitan. Sekiranya bayi atau kanak-kanak telah mendapat vaksin ini, kemungkinan mereka akan mendapat mild fever tidak lebih dari 1 atau 2 hari  yang merupakan kesan biasa untuk imunisasi ini. Mereka juga mungkin mendapat radang dan kesakitan di bahagian yang disuntik. Namun, kesan ini cuma sementara.

(sumber : Pamplet Pneumococcal Diseases, by GlaxoSmithKline, GSK)

Vaksin pneumococcal ini telah diwajibkan di negara-negara maju seperti US namun belum lagi diwajibkan di Malaysia. Justeru itu, sekiranya ibu bapa yang inginkan vaksinasi ini, bolehlah dapatkannya di klinik atau hospital swasta.

Menyedari betapa bahayanya pneumococcal diseases ini menyebabkan kami rasa terpanggil untuk memberikan Faiq imunisasi tambahan ini. Lalu pada hari Sabtu yang lepas (21 Julai 2012), Faiq telah kami bawa berjumpa doktor kanak-kanak di sebuah klinik swasta pakar kanak-kanak di Klang.

Abah masih berusaha untuk memegang Faiq dengan betul. Takpe,bah..practice make perfect! 
Sampai senget-senget kepala Faiq. Hikhik. Sian anak mama..


Family potrait jap sebelum masuk bilik doc. Faiq memang suka pandang bawah. :(


Kami je yang posing lebih. Faiq buat tak tau je. Ah, tengok stokin aku lagi baik.

Faiq sejurus sebelum namanya dipanggil untuk masuk ke bilik doc. All the Best Sayang! 
Mama and abah love you so much!


Aku tak sempat nak ambil gambarnya sewaktu Faiq disuntik oleh Dr. Tan. Mungkin masa tu terlalu fokus dengan Faiq sampai lupa nak snap satu gambar. Aku memang fobia sikit kalau Faiq kena cucuk-cucuk ni. Sebab ada pengalaman dah masa di NICU dulu. Huuu~ tak sanggup nak tengok dia nangis. Tapi untuk kebaikannya, aku turutkan saja.

Selepas disuntik, ye of course Faiq menjerit kesakitan. Alah, sikit je kan Faiq... Tak la sakit mana pun kan? Faiq kan anak mama yang kuat?

Faiq berhenti menangis selepas keluar dari bilik doc. Sekarang dia tak nangis dah tapi dia membebel pulak. Baby talk. Mungkin komplen tak puas hati kami bawak dia gi cucuk? Hikhik.. Sian dia.

Dalam kereta, Faiq tertido keletihan. Letih ke kena cucuk? Huhu. Alhamdulillah, dah selesai semua prosedur cucuk mencucuk ni. Total pneumococcal vaccination has 4 doses. Ini baru dos pertama. Faiq akan disuntik 3 kali lagi. Next dose nya bulan September pulak kalau tak salah. InsyaAllah.

Oh yes. Harga untuk pneumococcal vaccine ni agak mahal jugak untuk 1 dos. It depends on the clinic/hospital. Tapi range untuk 1 dose is about RM200++. So, total up dalam RM1000 jugak kot to complete the course. Untuk Faiq, insyaAllah, kami cuba usahakan yang terbaik walaupun terpaksa berhabis wang ringgit. Walau bagaimanapun, kita hanya dapat berusaha dan berdoa, Allah jua yang menentukan. :)

Pulang dari klinik. Faiq kelihatan seperti biasa. Main, aktif dan tidur macam biasa. Faiq telah dibekalkan ubat demam oleh Dr. Tan. Just in case. Aku telahpun beri Faiq minum ubat tu.untuk elakkan demam. Walau bagaimanapun, kesokkan harinya :-

Faiq demam jugak!!!! Suhunya mencatat 37.4 celcius. Mild fever.
Anyway, kami memang dah menjangkakan.Ubat demam tu pun aku continue je bagi.

Tak puas hati nampaknya En. Faiq kita, semalam kena cucuk. *Membebel*

Masih lagi ada hati nak main walaupun tengah demam :)

You always make me smile sayang. :)

Tolak kain basah dari kepala. Tak mau dah. Old fashion katanya. Beli Kool Fever la mama!

Petang tu, suhu dah mula turun. Alhamdulillah. He starts playing with Mama's fingers.

Bosan ah main asik main jari je. *Mulut muncung*


And he ended up with this. :)


You will always be my hero, Faiq. No matter what, I will always love you with all my heart. I'm willing to give you everything I could to make you happy and to make sure that you stay healthy. That's a promise.
Thank you Allah, as You have granted my wish.
My only wish.
My Faiq Aqwa.

Alhamdulillah.

Sesungguhnya aku hanya berusaha untuk memberikannya yang terbaik, namun tertakluklah pada ketentuanNya.
Pastinya itu merupakan yang terbaik antara yang terbaik.

InsyaAllah.








Monday, 23 July 2012

Faiq's Territory

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Mood entri ini adalah santai. Jadi bahasa pun agak pasar borong sikit. Hee~

Faiq! Faiq! Faiq! Agaknya mesti readers semua bosan kan..Asyik tentang Faiq je? Hmm.. masalahnya itu je yang bermain dalam fikiranku sekarang. Eheh..Boleh la kan? Layankan aje...Hihihi.


Entri ini hanya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang Faiq dan wilayahnya. Wilayahnya? Skema. Eheh. Faiq' Territory.. Faiq's belongings, Faiq's stuff, Faiq's things, whatever you name it. Check it out!

Ni Playpen Faiq. Nama pun boy, so warna pun boyish la. Blue colour ada orange sikit-sikit. In the play pen, we placed a mini cot just to make him feel comfy. So, malam-malam memang tido kat sini. Oh yes, this playpen is located outside of my room sebab besar sangat. Bilik aku pun dah sendat. Tak muat dah. Eheh.

Macam ni la ghopenye kalau dia tido dalam play pen ni. Demo jap. *Klik*Klik*



Tiga ni je lah mainan yang Faiq ada setakat ni. Hehe. Pathetic tak? Takkkkk...bukan kedekut tau. Just because Faiq ni sensitif sikit kalau mainan yang berbulu macam teddy bear ke apa.. since he has the history of breathing difficulties, jadi aku pun tak beli la toys sebarangan untuk dia. Anyway, these toys are useful untuk dia belajar memegang dan mendengar bunyi-bunyian.

 Haipppp...Jangan usik, ni Faiq punya!




Ni pulak diapers Faiq. Hehe. Sebenarnya Faiq dah guna macam-macam brand, tapi rasanya 2 brand ni la pilihan aku. PetPet dan MamyPoko. Selalunya PetPet ni aku pakaikan hari-hari biasa, tapi untuk malam atau untuk gi jalan-jalan Faiq guna MamyPoko. Ada bau-bau saving sikit di situ. Eheh.


As I mentioned before, Faiq memang dah guna pelbagai jenis susu formula sebab susu ibu dah makin kurang. Plus dengan perutnya yang memang cerewet sangat! Tukar macam-macam susu, still sembelit. Haih....However, this is the latest brand Faiq minum sekarang. Enfalac A+ Step 1. Faiq agak sembelit jugak waktu minum susu ni awal-awal. But dah lama-lama ok la sikitActually, Enfalac A+ ni recommended by Faiq's paed. Katanya bagus. Tak tau la.. No doubt, susu ibulah yang terbaik kan. :)


Ok, ni bouncer Faiq. Jenama Sweet Cherry. Ada bulan, bintang dan matahari. Mungkin motif inventors yang design bouncer ni adalah untuk mendidik babies jadi angkasawan satu hari nanti? Hehe.. Anyway, bouncer ni Faiq guna waktu santai-santai, petang biasanya. Teman aku surfing internet. Hehe.



Ni pulak perkakas yang digunakan untuk mengroom Faiq, selalunya diguna lepas mandi. Segala minyak, lotion, cotton buds, cologne, semua dalam container ni. Baby wipes tu untuk lap bila Faiq shee-shee. Eheh.
Eh, apa yang macam bunjut tu? Nanti aku explain. Next pic please!


Haaaa~ klasik tak? Kain batik dengan daun sirih. Eheh. Memandangkan Faiq ni memang Hero Kembung, (colic), mama telah berusaha keras menjadi bidan tidak bertauliah dengan menuam perut Faiq guna alat-alat ni la. Bunjut tu sebenarnya berisi jintan hitam. Petua orang lama, bagus untuk hilangkan kembung perut baby. Caranya, daun sirih tu diletak di sebalik napkin, lalu diseterika biar panas. Lepas tu tekan-tekan atas perut Faiq. Tuam la tu maksudnya. Then, guna bunjut tu pulak. Lalukan kat seterika, biar panas. Tuam jugak kat perut Faiq. Kurang la sikit kembungnya. Oh ya, untuk baby lelaki, biasanya disarankan untuk tuam sekali genital dia untuk elakkan angin pasang. Istilah orang dulu-dulu. Rasanya medical term dipanggil hernia kot. Kurang pasti. Correct me if I'm wrong :)



This is my precious Spectra 3 Double Breast Pump. Spectra 3 ni aku guna time susu tengah meriah dan melimpah ruah dulu. Huhu. Tapi zaman tu dah berlalu. Sekarang aku masih lagi guna pump ni untuk buat relactation just untuk stimulate susu semula. Teringin nak Faiq membesar dengan susuku sendiri. Tak dapat fully, partially pun orait la kan?



Memandangkan aku ni pun agak terkial-kial jugak bab-bab menjaga baby ni, especially premature macam Faiq, aku perlukan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku ini untuk menjadi ibu yang lebih bertauliah. 
Yeah!



Dah macam hospital kan? Ni adalah ubat-ubatan Faiq sepanjang 5 bulan ini. Macam-macam ada! Sebut je korang nak ubat apa, Faiq ada. Eheh. Ubat gatal, ubat sembelit, ubat demam, ubat muntah, ubat kembung, ubat kahak, ubat batuk.. semua lah! Tapi aku tak la biasakan sangat Faiq dengan ubat-ubat ni. Kalau keadaan memaksa sangat je aku bagi. Kalau biasa-biasa tu, aku hold on dulu tengok dia boleh recover tak.. Kalau boleh, tak payah la bagi ubat. Bagus untuk build up his own antibody.



Kenangan.... :)  Ni la bekas-bekas kecik yang aku isi susuku untuk Faiq sewaktu dia di NICU dulu. Dan itulah ice box yang aku guna untuk hantar susu pada Faiq setiap hari dulu.
*Sebak tengok barang-barang ni*



Ni pun kenangan jugak. Susu Similac Neosure inilah yang aku bagi pada Faiq sehingga dia naik berat badan sehingga mencapai berat normal iaitu 3 kg. Sebenarnya ada lagi satu susu yang Faiq minum, Enfalac Khas Pramatang. Tapi susunya aku tak simpan. Ni pun kebetulan ada setin susu extra kat dapur. Boleh la pinjam jap buat photoshoot. :)


Stroller Sweet Cherry Model SCR 6. Kenapa aku beli stroller ni? Hmm, panjang citer nye. Ok tu ok la...Cantik tu cantik..tapi hati aku lebih berkenan kat SCR 9. Tapi memandangkan suami suka yang ni, (lagipun beliau yang nak beli) aku pun ikut je la. Aku suka SCR 9 sebab ruangnya lebih besar untuk Faiq tido kat dalam tu. Lagipun tapak baby tido tu flat. Lebih selesa rasanya. Kalau yang ni, tapaknya agak condong menyebabkan Faiq selalu menggelongsor ke bawah. So, aku cari alternatif untuk flatkan tapaknya dengan meletakkan playgym Faiq yang aku ubahsuai jadi pelapik cushion stroller ni. 
Jadi mak ni kena kreatif beb!
Playgym yang telah diubahsuai menjadi cushion. Say Hello to Monty The Lion!
Ok lah kan dari takde langsung. Eheh.



Ok, ni car seat Faiq. Jenama Sweet Heart. Hehehe. Barang-barang Faiq semua sweet-sweet kan? Sweet Cherry, Sweet Heart, hehehe. Ala-ala sentimental gitu. Waahh!
Anyway, car seat ni Faiq belum pernah guna lagi semenjak dibeli. Kenapa pun aku tak tau. Eheh. Maybe sebab bentuknya yang agak melengkung menyebabkan kami tak berapa berani lagi nak bagi Faiq guna.

Haa, ni Faiq bila guna car seat ni. Agak melengkung kan badan dia? Awat masyam sangat tu sayang? Nak tido la tu, mama kaco nak amik gambar dia. Eheh. Sebab itu, for the time being, kami lebih suka bagi Faiq guna :-



Orang putih panggil Moses Basket. Orang Melayu panggil bakul. Eheh. Ikut suka la nak panggil apa pun. Kenapa panggil Moses Basket? Aku rasa la kan, sebab kisah Nabi Musa dulu kot. Kan dulu Nabi Musa pernah dihanyutkan di Sungai Nil guna bakul? Jadi sempena peristiwa itulah maybe bakul ni dinamakan Moses Basket. Boleh google kisah tu ok. Aku pun pandai-pandai je ni. Tak tau la betul ke tak. Eheh.


 Ni hadiah dari Auntie aku, Teh Su. Sama je function dia. Moses Basket jugak. Cuma yang ni saiz dia lebih kecil.



Demo by Faiq again!
Faiq dah mengantuk..Tengok muka dia pun macam muka pasrah je. Tapi aku je yang buat tak reti. Jap Faiq, last!Last! Hehe.




Haa... Ni la pusat pentadbiran wilayah Faiq. Hehe. Ok. Merapu. Ni la workplace Faiq. Segala mak nenek ada kat sini. Malas nak citer la, korang tengok sendiri betapa banyaknya barang-barang dia.



Untuk menguruskan Faiq, kami diharuskan mencuci tangan sebelum menyentuh dia. Even this applies untuk semua ibu yang ada babies tak kira la baby tu premature atau full term. Wash your hands before you touch them. Sort of a kind reminder, including myself as well. Aku pun kadang-kadang tu lupa gak nak cuci tangan. Eheh.



Ok, yang ini memang kena selalu ada dalam simpanan aku. Dentinox Colic Drops for Infants. Even kadang-kadang kalau bawa Faiq keluar pun aku sumbat jugak ubat ni dalam beg. Kadang-kadang kalau Faiq kembung, he tends to be very cranky. Untuk mengelakkan Faiq terus mengamuk, aku kena spare ubat ni, just in case hasil tuaman guna daun sirih dan bunjut jintan tu tak menjadi. Don't worry, it's alcohol free. Memang dirumus khas untuk infants.



Eheh, macam posing ambik gambar kelas pulak aku tengok ubat-ubat ni. Hehe. Ni la daily vitamin Faiq. Appeton Infant Drops, Syrup Folate, Syrup Ferric Ammonium Citrate.
Faiq perlu ambil setiap hari vitamin ni untuk kesihatan seharian. Yang paling dia uwweeeek ialah Appeton tu. Memang cukup dibenci oleh Faiq. Pekat sangat kot.. Aku pernah rasa. Ok je bagi aku. Rasa masam manis. Yang paling dia suka ialah syrup Ferric Ammonium Citrate. Yang ni pun aku pernah rasa. Tapi blueekkk, tak sedap langsung! Kenapa yang Faiq suka sangat pun aku tak tau.


Sekadar mempamerkan koleksi puting Faiq. Tapi haraammmmm tak mau dia. Puekk terus. Rejected!


Yang bawah tu ialah termometer Faiq. Just untuk check suhu dia kalau-kalau dia demam atau normal. Harga murah je, RM12.90. Ada yang mahal, tapi aku beli yang murah.
 Yang warna biru tu ialah tasbih elektronik aku. 
Kenangan juga, aku mesti bawak tasbih tu ke NICU. Semasa jenguk Faiq dalam incubator aku menuturkan zikir. Ku harap aku terus istiqamah dalam berzikir. InsyaAllah. :)
*Sebak*

Mainly, Faiq ada 3 jenis botol susu. Avent, Tommee Tippee dan MAM. Ketiga-tiganya aku suka. Avent dan Tommee Tippee senang untuk sukat air sebab measurementnya jelas. Measurement MAM macam tak berapa jelas sebab covered dengan designnya yang over corak. So for design I choose Avent dan Tommee Tippee. Simple, senang nak measure. But for teat, let's view the next pic.
 Inilah teat yang paling Faiq suka. Vote for MAM's teat!
Disebabkan teat ni muat untuk every standard wide neck bottle, aku guna teat ni untuk semua botol Faiq termasuklah botol Avent. So memang teat ni je yang Faiq betul-betul berselera minum. But, unfotunately, it doesn't fit for Tommee Tippee's.  Too wide for it. 


Ini pulak...Oppss! Banyaknya baju Faiq! Kena stop cepat ni nak basuh baju pulak. By the way, ini merupakan laundry basket (?) Faiq. Betul kah laundry basket? Eheh. Whatever you call it..Selalunya aku mesin je baju-baju Faiq ni. Untuk elakkan cepat rosak, aku guna laundry bag. Ala, beg yang jaring-jaring tu. Try google ek sape yang tak kenal.


All in all, itulah sebahagian belongings Faiq yang sempat aku share dengan readers semua. Banyak lagi sebenarnya yang nak aku share, tapi yang unnecessary tu rasanya tak payah la kan? Korang pun bukan nak baca sangat blog ni. Eheh. Aku je yang syok sendiri. Hihihi. Whatever.



Faiq kalau kat rumah macam ni je pakaian dia. Sempoi tak? Kenapa? Sebab Faiq tak tahan panas. Nanti cepat demam. So baju-baju dia memang banyak yang ventilated supaya senang masuk angin. Seluar pun kadang-kadang pakai, tapi mainly selalu pakai diapers je.  
Chill je kan tengok dia tido? 



Fa, gi basuh baju woi! 
Opps! Okay..Okay..


Till then, we'll meet in the next entry. 

Insya Allah.


Saturday, 21 July 2012

Ramadhan Ku

Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan bulan kemuliaan- Ramadhan.

Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan peluang oleh-Nya untuk terus menikmati detik-detik permulaan Ramadhan, dan aku berharap semoga aku juga akan diberi kesempatan untuk terus beristiqamah dalam menjalankan kewajipan dan ibadahku sepanjang Ramadhan ini.

Ramadhan membawa seribu keistimewaan dalam sejarah hidupku, di mana tahun lalu aku disahkan hamil sejajar dengan ketibaan bulan yang penuh barakah ini. Setelah sekian lama menantikan seorang cahaya mata, Allah menunaikan permintaan kami dengan mengurniakan rezeki ini semasa di bulan Ramadhan. Betapa cantiknya aturanMu, Ya Allah! Berita paling gembira dalam bulan yang penuh kesucian. AllahuAkbar...Sungguh indah pengalaman tersebut. Andailah boleh ku putarkan kembali waktu yang berlalu...

Benarlah dengan kenyataan bulan yang penuh rahmat, Ramadhan juga menjanjikan limpah dan kurnian-Nya yang tidak pernah berpenghujung. Cuma kita yang tidak menyedari betapa banyaknya nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Ramadhan memberi peluang untuk kita melipatgandakan ibadah di samping mendapat ganjaran yang sangat tinggi oleh Allah swt. Hanya dengan melakukan kebaikan-kebaikan kecil, Allah menjanjikan pulangan yang mewah untuk hamba-hambaNya. Apatah lagi sekiranya kita mengerjakan ibadah-ibadah yang sememangnya dituntut olehNya. Pastilah berlipat ganda pulangannya. Masya Allah. Betapa beruntungnya kita sebagai hambaNya kerana sangat disayangi Allah!

Azamku untuk terus memperbaiki diri. Terus berusaha menjadi seorang yang terbaik untuk Tuhanku, suamiku, ibu bapaku, anakku, serta menjadi contoh positif kepada pelajar-pelajarku. InsyaAllah. Aku tahu, perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun, aku akan berusaha untuk ke arah itu. InsyaAllah, ada jalannya. :)

Aku hanya seorang insan yang tidak lepas dari melakukan kekhilafan yang berkali-kali setiap hari dalam sedar atau tidak. Sempena Ramadhan yang suci, aku di sini ingin memohon seribu keampunan kepada seluruh keluarga, sahabat handai, rakan taulan, rakan sekerja, dan masyarakat yang mengenali diriku yang penuh kelalaian ini andai kata aku pernah mengguris perasaannya atau sakiti hatinya. Ku pohonkan kemaafan dan semoga kita menjalani kehidupan yang baru tanpa sebarang dendam yang bersarang di hati. InsyaAllah.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita hikmah dan rahmah yang tersendiri. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.

Selamat Beribadah, Salam Ramadhan.

(sumber : Google Images)






Friday, 20 July 2012

Sihat Style Aku

Bismillahirrahmanirahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Rutin macam biasa, bangun pagi, mamai-mamai, gosok-gosok mata, menguap kejap, terkebil-kebil sediakan susu Faiq, solat Subuh, masuk tandas, tengok cermin, belek-belek muka sikit. Nampak lain macam. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Oh, kenapa aku dah makin tembam??? TIDAK!!!!!!

Kalau diusulkan ini pada mama, gerenti jawapannya :

"Alah, orang baru lepas beranak, memang badan naik..Biasalah tu..."

atau

" Nanti balik Terengganu, dah keje semula kurus la balik...."

atau

"Gemuk apa la macam tu, okey la tu dari kurus kering muka cengkung je..." 

Baru lepas beranak?? Masalahnya dah 5 bulan aku bersalin, tapi masih tak kurus-kurus pun?? Kadang-kadang aku rasa menyampah pulak tengok gambar aku kat sebelah ni yang ala-ala tamak dengan 2 slices of cakes tu. Macam mana nak kurus balik macam tu? Arrrrggh!!!

Arggghhhh!!! Tekanan!
(sumber : Google Images)


Aku sebenarnya memang tembam sejak kecik lagi. Hobi aku memang suka makan, makan, dan makan. I would never say no especially to CHOCOLATES! Yes, I am a CHOCOHOLIC. Pantang nampak chocolate, tangan akan automatik ambik dalam fridge, dan tanpa rasa bersalah akan ngap masuk mulut, dan hanya dalam beberapa minit, kulit bungkusan je yang tinggal. Eheh? Dah abis dah? Lepas tu jalan kat dapur semula, buka tudung saji, scanning kejap.................... Haa! Macam menarik ayam goreng tu. Rasa sikit lah! Daripada hanya nak "RASA" terus aku "TERASA" nak habiskan semuanya! Macam mana ni???

Sebenarnya, kita boleh turunkan berat badan kita dengan syarat kita betul-betul istiqamah. Mungkin sebelum ni aku tak begitu pentingkan penampilan kerana ada komitmen yang lebih penting. Tapi rasanya, aku perlu juga turunkan berat for the sake of health.  Kesihatan sangat penting untukku sekarang kerana Faiq  memerlukan aku ketika ini. Dan aku perlu sihat untuknya.

Jadi, 2 minggu lepas, aku telah berjaya membeli :-

Quaker Oatmeal in the House!!
(sumber : Gooble Images)


2 paket lagi tau! Hikhik..Taktau la bila boleh habis. Memandangkan rasa oat memang sangatlah tak sedap, jadi aku cuba resepi baru iaitu :

Quaker Instant Oatmeal
+

Susu Anmum Lacta


+

Shaklee's Energizing Soy Protein

+

Air suam

Memang sedap bagi aku. I mean, lebih sedap dari kita campurkan air dengan oat je kan? Oh ye! Aku ambil Shaklee's Energizing Soy Protein (ESP) ni untuk memperbanyakkan susu ibu. Walau bagaimanapun, hasil susu masih pada tahap minima. Bukan salah ESP ni tau ye, jangan salah anggap pulak. Mungkin faktor diriku yang memang liat sikit bab pump consistently. Nursing mothers have to pump every 2 hours to get excellent results.  Tapi aku? Hmmm... disebabkan kemalasan itulah yang menyebabkan pengurangan susuku. Tapi sekarang, aku bangkit untuk menjalankan relaktasi. Dengan harapan susuku akan mula bertambah dari sehari ke sehari, InsyaAllah.

Berbalik kepada topik, selain dari mengambil oatmeal, aku ada la jugak join kelab senaman mama. Ehh, bukan!Bukan! Mama tak buka kelas senaman tau. Hahahaha~ Huru-hara jadinya kalau mama jadi instructor. Mama join aktiviti senaman percuma setiap hari Sabtu dan Ahad di Pengkalan Batu dan Taman Rakyat. Macam-macam jugakla senaman aerobik dan senam tari yang disediakan. Syok jugak menari ni. Boleh keluarkan peluh, sambil kita enjoy! (Version Nora Danish dalam sitcom Puteri)

My mom is the 4th person standing from right. :)

Macam tu lah usaha aku untuk kurus semula. Senaman dan jaga makan. Aku kurang suka berolahraga. Memandangkan aku pun bukannya pernah dapat pingat pun time sekolah dulu bab-bab berlari ni. Tapi kalau something to do with music aku suka. Contohnya macam aerobik dan tarian. Memang favourite sangat la! Masa sekolah dulu, suka sangat la menari-nari ni. Bila dah berumahtangga, kena la control sikit kan. Heeee~
Tapi untuk seseorang yang memang tak suka berlari macam aku ni, terpaksalah cari alternatif lain untuk bersenam. Ada sesetengah tu suka bersukan, main netball, football, fishball.. Opss! Makan lagi. Adeeehhh...
As for me, I prefer aerobics and dance. Bagi aku, cara ni santai, you free to move in any style you wish. It's fun! Cara masing-masing, tepuk dada, tanya selera. Selamat Bersenam! :)

Wednesday, 18 July 2012

Segalanya Tentangmu, Faiq!

Bismillahirahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

17 Julai 2012
Faiq Aqwa telah menginjak usia 5 bulan pada tarikh tersebut. Alhamdulillah! Syukur pada-Mu Ya Allah.
Sesungguhnya aku sangat bersyukur anugerah ini terus diberikan kekuatan oleh-Mu untuk terus bersama-sama kami menyusuri kehidupan yang penuh ranjau berliku. Namun, kami akan terus mengorak langkah memberikan yang terbaik untuk anakanda yang tersayang. Seandainya aku perlu menggadaikan nyawa untuk kesejahteraannya, aku sanggup demi zuriatku.

Menjaga bayi pramtang tidaklah semudah menjaga bayi normal. Setiap apa yang berlaku ke atasnya harus diambil kira. Harus diteliti dan diperhatikan. Pernafasannya, penyusuannya, sistem penghadamannya, sistem perkumuhannya, alergi jika ada, ukur lilit kepalanya, segalanya!

5 bulan Faiq dalam jagaanku, pelbagai ragam yang dapat ku perhatikan melalui anak kecil itu. Perlahan-lahan aku mula berkenalan dengan empunya diri Faiq Aqwa. Berikut merupakan 10 perihal anakku yang satu ini.

  1. Faiq mudah mengalami kembung perut (colic) seawal usianya 2 bulan sehingga kini.
  2. Faiq sudah diperkenalkan dengan susu formula memandangkan beliau kurang gemar dengan direct feeding sejak awal lagi. Aku cuba yang terbaik untuk memberikan beliau susu ibu sehingga sekarang, namun penghasilan susu sangat mengecewakan. Kini aku menjalankan relactation dengan harapan susuku akan bertambah dari sehari ke sehari. InsyaAllah.
  3. Faiq sangat sensitif. Mudah merajuk sekira susunya lambat disediakan. Namun apabila dipujuk dan diusap, beliau mula bertoleransi.
  4. Faiq tidak menggemari puting kosong.
  5. Faiq suka dihayun dalam baby cot ketika mahu tidur. Aku tidak mengamalkan penggunaan buaian.
  6. Faiq suka mencakar kepalanya! Kadang-kadang habis luka-luka kepalanya dek kukunya yang tajam itu! Walaupun usianya sudah 5 bulan, namun aku terpaksa memakaikan sarung tangan (mittens) kepadanya kerana habitnya ini yang sangat sukar untuk diubah!
  7. Kulit Faiq alergik pada gigitan serangga atau luka. Cakaran yang dilakukan oleh beliau akan menyebabkan kepalanya bengkak-bengkak. Ini merupakan salah satu mengapa aku terpaksa memakaikan sarung tangan kepadanya.
  8. Faiq mudah sembelit! Apabila tiba masanya, beliau akan meneran sehingga merah mukanya! Mungkin faktor susu formula yang diberikan. Sudah ku cuba pelbagai susu. Percayalah, aku juga sudah tidak ingat susu terkininya ini susu yang ke berapa!
  9. Faiq suka diagah dan tersenyum.Sekiranya beliau sangat teruja dan gembira, lidahnya akan dijelirkan.
  10. Faiq tidak mempunyai rambut yang lebat sejak lahir lagi. Jadi aku sudah biasa dengan pertanyaan,      "Oh, dah bercukur dah ye?" atau " Bila buat cukur jambul? Tak jemput pun?" Sebenarnya kami tidak buat cukur jambul pun.. Memang rambutnya begitu. Oh, bercakap tentang majlis cukur jambul, rasanya kami bercadang untuk mengakikahkannya sahaja sewaktu Hari Raya Korban nanti. InsyaAllah. Majlis yang sepatutnya berlangsung pada awal kelahiran bayi tidak dapat dilaksanakan dek kerana faktor kesihatannya yang masih belum stabil ketika itu.

*          *          *          *          *
Sebenarnya, aku tidak mahu terlalu memikirkan apa yang akan jadi 10 tahun dari sekarang. Bagaimana Faiq ketika itu? Bagaimana kesihatannya? Bagaimana pelajarannya? Bukan aku tidak ambil tahu, bukan! Bukan itu maksudku. Ibu manalah yang tidak prihatin terhadap apa sahaja tentang anak mereka walaupun isu itu seakan remeh untuk diperkatakan. Cuma aku... seakan takut. Takut untuk menghadapi hari-hari esok.  Yang penuh misteri dan tanda tanya.

Aku telah melalui detik-detik yang paling sukar dalam hidupku, telahku kongsikan bersama kalian dalam entri-entri sebelum ini. Mungkin dek kerana itu, aku seakan trauma. Trauma dengan segala-galanya yang berkaitan dengan kesihatan Faiq. Sehingga kini aku masih lagi berpegang pada kata-kata :

Aku hanya mahukan satu hari lagi bersama anakku, untuk melihatnya terus membesar dan sihat sepenuhnya. Aku tidak mengharapkan lebih, aku tidak pernah mahu untuk memasang angan-angan tinggi. Cukuplah apabila aku tahu, hari esok anakku masih lagi sihat dan ceria bersamaku.

Dengan berfikir sedemikian, aku sentiasa akan mahu berikan yang terbaik untuk Faiq setiap hari. Aku tidak mahu sesalan menyelubungi fikiranku dek kerana aku bertindak sambil lewa terhadapnya. Aku tahu, ada di kalangan kalian yang kurang bersetuju dengan caraku berfikir. Mengatakan aku seorang yang mudah berputus asa, tidak bercita-cita tinggi, berfikiran negatif, dan banyak lagi anggapan-anggapan peribadi kalian yang pelbagai warna.

Aku hormati pendapat kalian. Kalian berhak menyuarakan apa sahaja pendapat yang dirasakan wajar. Namun aku punya alasan tersendiri. Alasan yang hanya aku yang mengerti.

Prinsip tersebut menjadikan aku sentiasa mahu menjadi ibu terbaik untuk Faiq. Sentiasa mahu berusaha untuk meletakkan prioritinya di tempat yang teratas. Mungkin perasaan malas kadangkala menguasai, namun apabila aku berpegang pada prinsip tersebut, serta-merta rajin pula yang menyapa. Ah, itu hanya psikologi semata-mata! Ku harapkan aku terus istiqamah dalam menjaga dan mendidik Faiq, membimbingnya ke jalan yang diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah..

I love you, sayang!