Thursday 26 July 2012

Berjauhan

Bismillahirahmannirahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


15 Ogos 2012.
Ada apa dengan 15 Ogos 2012? 

Raya? Takkkkk...ada 2 hari lagi puasa. Huh, tau nak raya je. Puasa penuh ke tak? 

Emmm...sale kat Gulatis? Err..tak tau ler pulak tu. Bukan! Bukan! Aishhh..salah lagi.. 


Apa yang jadi 15 Ogos 2012?

 *

*

*

 *


Aku akan kembali bekerja!!!!!
(sumber : Google Images)

 
8 bulan lamanya aku berehat demi Faiq. 1 bulan MC semasa mengandung, 3 bulan cuti bersalin, dan 3 bulan cuti tanpa gaji menjaga Faiq. Kini tibalah masanya aku harus menunaikan tanggungjawabku kepada sekolah yang tercinta.

Membawa Faiq dalam kandunganku dengan penuh teka teki,
Melahirkannya secara Ceasarean dengan penuh debaran, 
Melihatnya gigih berusaha untuk cuba bernafas dengan bantuan ventilator, 
Terpaksa menelan butir bicara pendapat dan penjelasan doktor tentang peratus jangka hayatnya yang benar-benar meruntun jiwaku,
 Memberinya semangat walaupun dalam keadaanku yang sungguh lemah di Neonatal Intensive Care Unit (NICU), 
Bersengkang mata sepanjang malam menyusukannya di Special Care Nursery (SCN) 
Menguruskan serba-serbi tentangnya di rumah selama lebih 4 bulan,
Berjaga malam melayan kerenahnya yang culas untuk tidur malam,
Berkejar ke klinik membawanya untuk mendapatkan rawatan doktor semasa kesihatannya kurang memuaskan,
Mengambil air penawar dari pakar perubatan Islam memandangkan dia sering menangis
Berdebar saat dia diam cuba bernafas dek tersedak susu,
Berhabis wang ringgit demi kesihatannya,
Bimbang dengan periventricular cyst yang terdapat di otaknya,
Risau dengan pernafasannya yang pernah menjadi isu besar di awal kelahirannya
Khuatir bagaimana keadaannya di masa hadapan, 
Aduhai Faiq,
kau adalah segala-galanya bagi Mama.


Aku akan pulang ke Terengganu, untuk meneruskan tanggungjawabku sebagai seorang guru. Aku tahu, di sana ramai yang memerlukan kerjasamaku untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa menjadi insan-insan yang berkualiti. Dan aku mengerti, pemergianku ini menandakan aku harus berpisah dengan Faiq,

Ya, aku harus berpisah dengan Faiq.

*     *     *     *    *

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa aku tidak membawa Faiq bersama-samaku. Ibu manalah yang sanggup berjauhan dengan permata hatinya. Begitu juga dengan diriku. Tank sanggup rasanya memikirkan bagaimana keadaanku sekiranya tidak melihat Faiq dalam sehari. 

Bagiku, Faiq belum bersedia dari segi kesihatan dan keselamatannya untuk ku bawa bersama. Memandangkan di sana nanti, kami perlu menghantar Faiq ke rumah pengasuh/nurseri, memberikan aku semacam rasa curiga untu meninggalkan Faiq bersama-sama mereka. Bukan tidak percaya, jauh sekali untuk memperkecilkan kemampuan pengasuh/nurseri, cuma bagi keadaan Faiq yang lahir pramatang, ditambah pula dengan masalah pernafasan yang pernah dialami olehnya, kes tersedak susu semasa di rumahku, pernah mengalami pendarahan otak suatu ketika dahulu, menjadikan aku fobia untuk meninggalkan Faiq kepada orang lain. Aku belum punya keberanian itu.

Menurut doktor, usia yang agak selamat bagi bayi pramatang dhantar ke nurseri/ rumah pengasuh adalah dalam lingkungan 1 tahun. Jadi, dengan mengambil nasihat doktor, kami (aku dan suami) bersetuju meninggalkan Faiq buat sementara waktu untuk dijaga oleh ibu bapaku di Klang.

Berat sungguh rasanya hati kerana terpaksa berjauhan dengan Faiq, namun aku perlu lakukan ini demi keselamatan dan kesihatannya. Naluriku kadang kala terfikir, adakah Faiq masih mengenaliku sekiranya kami lama terpisah? Tambahan pula, bebanan tugasku yang tidak menentu memungkinkan aku tidak dapat menjenguk Faiq sekerap mungkin. Bahkan, Terengganu-Klang bukanlah suatu jarak yang dekat.

Namun, aku harus melakukannya. Kami perlu memberikan yang terbaik untuk Faiq dan buat masa ini kami yakin inilah keputusan terbaik yang dapat kami putuskan sehingga Faiq benar-benar sihat sepenuhnya untuk dijaga oleh orang lain. Mama dan Abah semestinya akan menjaga dan menyayangi Faiq dengan sebaik mungkin. Aku pasti. Insha Allah.

Faiq, mama terpaksa meninggalkanmu demi keselamatan dan kesihatanmu sayang. Mama tak pernah melupakanmu. Semoga Faiq akan terus dilindungi Allah swt dari apa jua kesulitan.
Amin.






Wednesday 25 July 2012

Watch Out for Pneumococcal Attack!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sepertimana yang diketahui, Faiq Aqwa puteraku dilahirkan pramatang 32 minggu dengan hanya seberat 1.42kg. Di awal kelahirannya, Faiq telah mengalami banyak komplikasi yang membimbangkan. Saat paling getir dalam hidupku setelah menerima khabar selepas 7 jam kelahirannya, bahawa anakku itu dijangkiti pneumonia. Paru-parunya yang sangat kecil, tidak sepadan dengan usianya ketika itu memburukkan lagi keadaan kesihatannya. Para doktor juga tidak menaruh harapan tinggi terhadap peluangnya untuk terus bernyawa.

Pneumonia, atau jangkitan kuman pada paru-paru mudah menyerang anak-anak kecil terutamanya bayi-bayi pramatang seperti Faiq. Penggunaan ventilator selama 3 hari sedikit sebanyak dapat membantunya bernafas. Faiq tidak mampu untuk bernafas sendiri. Sudah kujangkakan, paru-paru Faiq sememangnya mungkin bemasalah apabila lahir kelak kerana aku telah kehilangan amniotic fluid sewaktu kandunganku hanya berusia 16 minggu.

Kisah ini telah kucoretkan dalam entri-entri sebelumnya iaitu Istimewa Sebuah Pengorbanan dan Sayang Mujahidku Sayang. 

Sebagai seorang ibu, aku ingin memberikan Faiq segalanya yang terbaik, yang mampu ku usahakan dengan kudratku. Kesihatannya merupakan elemen terpenting untukku jaga setakat ini. Keadaannya buat masa ini alhamdulillah, masih berada pada tahap yang terkawal, namun perlukan pengawasan yang rapi.

Pneumonia. Mendengarnya sahaja memberikan aku debaran yang luar biasa getarnya. Fobia dengan bahayanya yang boleh membawa maut. Masih terbayang-bayang si kecil Faiq yang bertarung nyawa saatnya dirawat di NICU melawan penyakit ini. Sudah tentu aku enggan lagi semua ini berlaku ke atas Faiq. Cukuplah sekali aku melihatnya sedemikian. Lalu aku bertekad selepas ini, aku perlu lebih peka terhadap penyakit-penyakit yang boleh membahayakan nyawa anakku.

Oleh sebab itu, aku dan suami telah bersepakat untuk memberikan Faiq pneumococcal vaccination. Apa itu Pneumococcal?



Pneumococcal diseases atau penyakit pneumokokus (istilah Bahasa Melayu) berpunca daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae. Terdapat hampir 90 jenis serotip pneumokokus. Kebanyakkannya mengakibatkan penyakit yang ringan, namun ada juga segelintir yang menyebabkan jangkitan-jangkitan yang lebih berbahaya.

Bakteria Streptococcus Pneumoniae boleh menyebabkan jangkitan pada radang selaput otak (meningitis), jangkitan darah, jangkitan paru-paru (pneumonia), dan jangkitan telinga tengah (otitis media). Menyedari hakikat ini, aku dapat merasakan adalah perlu Faiq mendapatkan vaksin pneumococcal kerana sejarah kesihatannya yang pernah mendapat pneumonia dahulu. Mungkin dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak perihal penyakit pneumococcal untuk manfaat bersama.


Penyakit Pneumococcal boleh menyebabkan 4 jenis penyakit yang berpunca daripada 1 bakteria yang sama (Streptococcus Pneumoniae)  :-

Pneumococcal Meningitis (jangkitan pada radang selaput otak)
Simptom yang boleh terjadi kepada kanak-kanak ialah perasaan resah dan mengantuk, leher yang   tegang, hilang selera makan, serta muntah-muntah. Pneumococcal meningitis boleh membawa maut, dan hampir separuh yang terselamat mungkin akan mengalami beberapa ketidakupayaan kekal seperti pekak (ketulian), kerosakan otak atau kelumpuhan.

Pneumococcal Bacteremia (jangkitan dalam darah)
Ia merupakan infection di dalam aliran darah dan mampu menjadi serius jika dibiarkan. Simptomnya adalah demam panas, kesejukan melampau, kehilangan selera makan, keresahan dan sakit snedi.

Pneumococcal Otitis Media (jangkitan telinga tengah)
Jangkitan ini amat biasa dalam kalangan kanak-kanak. Simptomnya adalah seperti sakit badan, hidung berhingus, batuk, keresahan, kehilangan selera makan, kerap menangis, cirit-birit dan muntah-muntah.

Pneumococcal Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Kanak-kanak / Bayi yang dijangkiti pneumoccal pneumonia lazimnya memerlukan rawatan hospital. Simptomnya adalah seperti demam panas, batuk, pernafasan yang laju, mendengus, sakit dada, rasa loya, pening kepala, keletihan, kesejukan melampau dan sakit sendi.


Secara umumnya, kanak-kanak bawah 2 tahun dan warga emas adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Bakteria ini biasanya dijangkiti melalui hidung dan rongga kanak-kanak melalui batuk dan sentuhan.

Penyakit pneumococcal dapat dikawal sekiranya ianya dapat dikesan dari awal terutamanya bagi penumococcal otitis media yang dapat dirawat dengan antibiotik. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan bayi adalah disarankan untuk mengambil vaksin pneumococcal sebagai usaha untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak. Walaupun, vaksin ini tidak dapat menjamin 100% bahawa mereka akan dilindungi, namun ini dapat mengurangkan risiko jangkitan. Sekiranya bayi atau kanak-kanak telah mendapat vaksin ini, kemungkinan mereka akan mendapat mild fever tidak lebih dari 1 atau 2 hari  yang merupakan kesan biasa untuk imunisasi ini. Mereka juga mungkin mendapat radang dan kesakitan di bahagian yang disuntik. Namun, kesan ini cuma sementara.

(sumber : Pamplet Pneumococcal Diseases, by GlaxoSmithKline, GSK)

Vaksin pneumococcal ini telah diwajibkan di negara-negara maju seperti US namun belum lagi diwajibkan di Malaysia. Justeru itu, sekiranya ibu bapa yang inginkan vaksinasi ini, bolehlah dapatkannya di klinik atau hospital swasta.

Menyedari betapa bahayanya pneumococcal diseases ini menyebabkan kami rasa terpanggil untuk memberikan Faiq imunisasi tambahan ini. Lalu pada hari Sabtu yang lepas (21 Julai 2012), Faiq telah kami bawa berjumpa doktor kanak-kanak di sebuah klinik swasta pakar kanak-kanak di Klang.

Abah masih berusaha untuk memegang Faiq dengan betul. Takpe,bah..practice make perfect! 
Sampai senget-senget kepala Faiq. Hikhik. Sian anak mama..


Family potrait jap sebelum masuk bilik doc. Faiq memang suka pandang bawah. :(


Kami je yang posing lebih. Faiq buat tak tau je. Ah, tengok stokin aku lagi baik.

Faiq sejurus sebelum namanya dipanggil untuk masuk ke bilik doc. All the Best Sayang! 
Mama and abah love you so much!


Aku tak sempat nak ambil gambarnya sewaktu Faiq disuntik oleh Dr. Tan. Mungkin masa tu terlalu fokus dengan Faiq sampai lupa nak snap satu gambar. Aku memang fobia sikit kalau Faiq kena cucuk-cucuk ni. Sebab ada pengalaman dah masa di NICU dulu. Huuu~ tak sanggup nak tengok dia nangis. Tapi untuk kebaikannya, aku turutkan saja.

Selepas disuntik, ye of course Faiq menjerit kesakitan. Alah, sikit je kan Faiq... Tak la sakit mana pun kan? Faiq kan anak mama yang kuat?

Faiq berhenti menangis selepas keluar dari bilik doc. Sekarang dia tak nangis dah tapi dia membebel pulak. Baby talk. Mungkin komplen tak puas hati kami bawak dia gi cucuk? Hikhik.. Sian dia.

Dalam kereta, Faiq tertido keletihan. Letih ke kena cucuk? Huhu. Alhamdulillah, dah selesai semua prosedur cucuk mencucuk ni. Total pneumococcal vaccination has 4 doses. Ini baru dos pertama. Faiq akan disuntik 3 kali lagi. Next dose nya bulan September pulak kalau tak salah. InsyaAllah.

Oh yes. Harga untuk pneumococcal vaccine ni agak mahal jugak untuk 1 dos. It depends on the clinic/hospital. Tapi range untuk 1 dose is about RM200++. So, total up dalam RM1000 jugak kot to complete the course. Untuk Faiq, insyaAllah, kami cuba usahakan yang terbaik walaupun terpaksa berhabis wang ringgit. Walau bagaimanapun, kita hanya dapat berusaha dan berdoa, Allah jua yang menentukan. :)

Pulang dari klinik. Faiq kelihatan seperti biasa. Main, aktif dan tidur macam biasa. Faiq telah dibekalkan ubat demam oleh Dr. Tan. Just in case. Aku telahpun beri Faiq minum ubat tu.untuk elakkan demam. Walau bagaimanapun, kesokkan harinya :-

Faiq demam jugak!!!! Suhunya mencatat 37.4 celcius. Mild fever.
Anyway, kami memang dah menjangkakan.Ubat demam tu pun aku continue je bagi.

Tak puas hati nampaknya En. Faiq kita, semalam kena cucuk. *Membebel*

Masih lagi ada hati nak main walaupun tengah demam :)

You always make me smile sayang. :)

Tolak kain basah dari kepala. Tak mau dah. Old fashion katanya. Beli Kool Fever la mama!

Petang tu, suhu dah mula turun. Alhamdulillah. He starts playing with Mama's fingers.

Bosan ah main asik main jari je. *Mulut muncung*


And he ended up with this. :)


You will always be my hero, Faiq. No matter what, I will always love you with all my heart. I'm willing to give you everything I could to make you happy and to make sure that you stay healthy. That's a promise.
Thank you Allah, as You have granted my wish.
My only wish.
My Faiq Aqwa.

Alhamdulillah.

Sesungguhnya aku hanya berusaha untuk memberikannya yang terbaik, namun tertakluklah pada ketentuanNya.
Pastinya itu merupakan yang terbaik antara yang terbaik.

InsyaAllah.








Monday 23 July 2012

Faiq's Territory

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Mood entri ini adalah santai. Jadi bahasa pun agak pasar borong sikit. Hee~

Faiq! Faiq! Faiq! Agaknya mesti readers semua bosan kan..Asyik tentang Faiq je? Hmm.. masalahnya itu je yang bermain dalam fikiranku sekarang. Eheh..Boleh la kan? Layankan aje...Hihihi.


Entri ini hanya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang Faiq dan wilayahnya. Wilayahnya? Skema. Eheh. Faiq' Territory.. Faiq's belongings, Faiq's stuff, Faiq's things, whatever you name it. Check it out!

Ni Playpen Faiq. Nama pun boy, so warna pun boyish la. Blue colour ada orange sikit-sikit. In the play pen, we placed a mini cot just to make him feel comfy. So, malam-malam memang tido kat sini. Oh yes, this playpen is located outside of my room sebab besar sangat. Bilik aku pun dah sendat. Tak muat dah. Eheh.

Macam ni la ghopenye kalau dia tido dalam play pen ni. Demo jap. *Klik*Klik*



Tiga ni je lah mainan yang Faiq ada setakat ni. Hehe. Pathetic tak? Takkkkk...bukan kedekut tau. Just because Faiq ni sensitif sikit kalau mainan yang berbulu macam teddy bear ke apa.. since he has the history of breathing difficulties, jadi aku pun tak beli la toys sebarangan untuk dia. Anyway, these toys are useful untuk dia belajar memegang dan mendengar bunyi-bunyian.

 Haipppp...Jangan usik, ni Faiq punya!




Ni pulak diapers Faiq. Hehe. Sebenarnya Faiq dah guna macam-macam brand, tapi rasanya 2 brand ni la pilihan aku. PetPet dan MamyPoko. Selalunya PetPet ni aku pakaikan hari-hari biasa, tapi untuk malam atau untuk gi jalan-jalan Faiq guna MamyPoko. Ada bau-bau saving sikit di situ. Eheh.


As I mentioned before, Faiq memang dah guna pelbagai jenis susu formula sebab susu ibu dah makin kurang. Plus dengan perutnya yang memang cerewet sangat! Tukar macam-macam susu, still sembelit. Haih....However, this is the latest brand Faiq minum sekarang. Enfalac A+ Step 1. Faiq agak sembelit jugak waktu minum susu ni awal-awal. But dah lama-lama ok la sikitActually, Enfalac A+ ni recommended by Faiq's paed. Katanya bagus. Tak tau la.. No doubt, susu ibulah yang terbaik kan. :)


Ok, ni bouncer Faiq. Jenama Sweet Cherry. Ada bulan, bintang dan matahari. Mungkin motif inventors yang design bouncer ni adalah untuk mendidik babies jadi angkasawan satu hari nanti? Hehe.. Anyway, bouncer ni Faiq guna waktu santai-santai, petang biasanya. Teman aku surfing internet. Hehe.



Ni pulak perkakas yang digunakan untuk mengroom Faiq, selalunya diguna lepas mandi. Segala minyak, lotion, cotton buds, cologne, semua dalam container ni. Baby wipes tu untuk lap bila Faiq shee-shee. Eheh.
Eh, apa yang macam bunjut tu? Nanti aku explain. Next pic please!


Haaaa~ klasik tak? Kain batik dengan daun sirih. Eheh. Memandangkan Faiq ni memang Hero Kembung, (colic), mama telah berusaha keras menjadi bidan tidak bertauliah dengan menuam perut Faiq guna alat-alat ni la. Bunjut tu sebenarnya berisi jintan hitam. Petua orang lama, bagus untuk hilangkan kembung perut baby. Caranya, daun sirih tu diletak di sebalik napkin, lalu diseterika biar panas. Lepas tu tekan-tekan atas perut Faiq. Tuam la tu maksudnya. Then, guna bunjut tu pulak. Lalukan kat seterika, biar panas. Tuam jugak kat perut Faiq. Kurang la sikit kembungnya. Oh ya, untuk baby lelaki, biasanya disarankan untuk tuam sekali genital dia untuk elakkan angin pasang. Istilah orang dulu-dulu. Rasanya medical term dipanggil hernia kot. Kurang pasti. Correct me if I'm wrong :)



This is my precious Spectra 3 Double Breast Pump. Spectra 3 ni aku guna time susu tengah meriah dan melimpah ruah dulu. Huhu. Tapi zaman tu dah berlalu. Sekarang aku masih lagi guna pump ni untuk buat relactation just untuk stimulate susu semula. Teringin nak Faiq membesar dengan susuku sendiri. Tak dapat fully, partially pun orait la kan?



Memandangkan aku ni pun agak terkial-kial jugak bab-bab menjaga baby ni, especially premature macam Faiq, aku perlukan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku ini untuk menjadi ibu yang lebih bertauliah. 
Yeah!



Dah macam hospital kan? Ni adalah ubat-ubatan Faiq sepanjang 5 bulan ini. Macam-macam ada! Sebut je korang nak ubat apa, Faiq ada. Eheh. Ubat gatal, ubat sembelit, ubat demam, ubat muntah, ubat kembung, ubat kahak, ubat batuk.. semua lah! Tapi aku tak la biasakan sangat Faiq dengan ubat-ubat ni. Kalau keadaan memaksa sangat je aku bagi. Kalau biasa-biasa tu, aku hold on dulu tengok dia boleh recover tak.. Kalau boleh, tak payah la bagi ubat. Bagus untuk build up his own antibody.



Kenangan.... :)  Ni la bekas-bekas kecik yang aku isi susuku untuk Faiq sewaktu dia di NICU dulu. Dan itulah ice box yang aku guna untuk hantar susu pada Faiq setiap hari dulu.
*Sebak tengok barang-barang ni*



Ni pun kenangan jugak. Susu Similac Neosure inilah yang aku bagi pada Faiq sehingga dia naik berat badan sehingga mencapai berat normal iaitu 3 kg. Sebenarnya ada lagi satu susu yang Faiq minum, Enfalac Khas Pramatang. Tapi susunya aku tak simpan. Ni pun kebetulan ada setin susu extra kat dapur. Boleh la pinjam jap buat photoshoot. :)


Stroller Sweet Cherry Model SCR 6. Kenapa aku beli stroller ni? Hmm, panjang citer nye. Ok tu ok la...Cantik tu cantik..tapi hati aku lebih berkenan kat SCR 9. Tapi memandangkan suami suka yang ni, (lagipun beliau yang nak beli) aku pun ikut je la. Aku suka SCR 9 sebab ruangnya lebih besar untuk Faiq tido kat dalam tu. Lagipun tapak baby tido tu flat. Lebih selesa rasanya. Kalau yang ni, tapaknya agak condong menyebabkan Faiq selalu menggelongsor ke bawah. So, aku cari alternatif untuk flatkan tapaknya dengan meletakkan playgym Faiq yang aku ubahsuai jadi pelapik cushion stroller ni. 
Jadi mak ni kena kreatif beb!
Playgym yang telah diubahsuai menjadi cushion. Say Hello to Monty The Lion!
Ok lah kan dari takde langsung. Eheh.



Ok, ni car seat Faiq. Jenama Sweet Heart. Hehehe. Barang-barang Faiq semua sweet-sweet kan? Sweet Cherry, Sweet Heart, hehehe. Ala-ala sentimental gitu. Waahh!
Anyway, car seat ni Faiq belum pernah guna lagi semenjak dibeli. Kenapa pun aku tak tau. Eheh. Maybe sebab bentuknya yang agak melengkung menyebabkan kami tak berapa berani lagi nak bagi Faiq guna.

Haa, ni Faiq bila guna car seat ni. Agak melengkung kan badan dia? Awat masyam sangat tu sayang? Nak tido la tu, mama kaco nak amik gambar dia. Eheh. Sebab itu, for the time being, kami lebih suka bagi Faiq guna :-



Orang putih panggil Moses Basket. Orang Melayu panggil bakul. Eheh. Ikut suka la nak panggil apa pun. Kenapa panggil Moses Basket? Aku rasa la kan, sebab kisah Nabi Musa dulu kot. Kan dulu Nabi Musa pernah dihanyutkan di Sungai Nil guna bakul? Jadi sempena peristiwa itulah maybe bakul ni dinamakan Moses Basket. Boleh google kisah tu ok. Aku pun pandai-pandai je ni. Tak tau la betul ke tak. Eheh.


 Ni hadiah dari Auntie aku, Teh Su. Sama je function dia. Moses Basket jugak. Cuma yang ni saiz dia lebih kecil.



Demo by Faiq again!
Faiq dah mengantuk..Tengok muka dia pun macam muka pasrah je. Tapi aku je yang buat tak reti. Jap Faiq, last!Last! Hehe.




Haa... Ni la pusat pentadbiran wilayah Faiq. Hehe. Ok. Merapu. Ni la workplace Faiq. Segala mak nenek ada kat sini. Malas nak citer la, korang tengok sendiri betapa banyaknya barang-barang dia.



Untuk menguruskan Faiq, kami diharuskan mencuci tangan sebelum menyentuh dia. Even this applies untuk semua ibu yang ada babies tak kira la baby tu premature atau full term. Wash your hands before you touch them. Sort of a kind reminder, including myself as well. Aku pun kadang-kadang tu lupa gak nak cuci tangan. Eheh.



Ok, yang ini memang kena selalu ada dalam simpanan aku. Dentinox Colic Drops for Infants. Even kadang-kadang kalau bawa Faiq keluar pun aku sumbat jugak ubat ni dalam beg. Kadang-kadang kalau Faiq kembung, he tends to be very cranky. Untuk mengelakkan Faiq terus mengamuk, aku kena spare ubat ni, just in case hasil tuaman guna daun sirih dan bunjut jintan tu tak menjadi. Don't worry, it's alcohol free. Memang dirumus khas untuk infants.



Eheh, macam posing ambik gambar kelas pulak aku tengok ubat-ubat ni. Hehe. Ni la daily vitamin Faiq. Appeton Infant Drops, Syrup Folate, Syrup Ferric Ammonium Citrate.
Faiq perlu ambil setiap hari vitamin ni untuk kesihatan seharian. Yang paling dia uwweeeek ialah Appeton tu. Memang cukup dibenci oleh Faiq. Pekat sangat kot.. Aku pernah rasa. Ok je bagi aku. Rasa masam manis. Yang paling dia suka ialah syrup Ferric Ammonium Citrate. Yang ni pun aku pernah rasa. Tapi blueekkk, tak sedap langsung! Kenapa yang Faiq suka sangat pun aku tak tau.


Sekadar mempamerkan koleksi puting Faiq. Tapi haraammmmm tak mau dia. Puekk terus. Rejected!


Yang bawah tu ialah termometer Faiq. Just untuk check suhu dia kalau-kalau dia demam atau normal. Harga murah je, RM12.90. Ada yang mahal, tapi aku beli yang murah.
 Yang warna biru tu ialah tasbih elektronik aku. 
Kenangan juga, aku mesti bawak tasbih tu ke NICU. Semasa jenguk Faiq dalam incubator aku menuturkan zikir. Ku harap aku terus istiqamah dalam berzikir. InsyaAllah. :)
*Sebak*

Mainly, Faiq ada 3 jenis botol susu. Avent, Tommee Tippee dan MAM. Ketiga-tiganya aku suka. Avent dan Tommee Tippee senang untuk sukat air sebab measurementnya jelas. Measurement MAM macam tak berapa jelas sebab covered dengan designnya yang over corak. So for design I choose Avent dan Tommee Tippee. Simple, senang nak measure. But for teat, let's view the next pic.
 Inilah teat yang paling Faiq suka. Vote for MAM's teat!
Disebabkan teat ni muat untuk every standard wide neck bottle, aku guna teat ni untuk semua botol Faiq termasuklah botol Avent. So memang teat ni je yang Faiq betul-betul berselera minum. But, unfotunately, it doesn't fit for Tommee Tippee's.  Too wide for it. 


Ini pulak...Oppss! Banyaknya baju Faiq! Kena stop cepat ni nak basuh baju pulak. By the way, ini merupakan laundry basket (?) Faiq. Betul kah laundry basket? Eheh. Whatever you call it..Selalunya aku mesin je baju-baju Faiq ni. Untuk elakkan cepat rosak, aku guna laundry bag. Ala, beg yang jaring-jaring tu. Try google ek sape yang tak kenal.


All in all, itulah sebahagian belongings Faiq yang sempat aku share dengan readers semua. Banyak lagi sebenarnya yang nak aku share, tapi yang unnecessary tu rasanya tak payah la kan? Korang pun bukan nak baca sangat blog ni. Eheh. Aku je yang syok sendiri. Hihihi. Whatever.



Faiq kalau kat rumah macam ni je pakaian dia. Sempoi tak? Kenapa? Sebab Faiq tak tahan panas. Nanti cepat demam. So baju-baju dia memang banyak yang ventilated supaya senang masuk angin. Seluar pun kadang-kadang pakai, tapi mainly selalu pakai diapers je.  
Chill je kan tengok dia tido? 



Fa, gi basuh baju woi! 
Opps! Okay..Okay..


Till then, we'll meet in the next entry. 

Insya Allah.


Saturday 21 July 2012

Ramadhan Ku

Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan bulan kemuliaan- Ramadhan.

Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan peluang oleh-Nya untuk terus menikmati detik-detik permulaan Ramadhan, dan aku berharap semoga aku juga akan diberi kesempatan untuk terus beristiqamah dalam menjalankan kewajipan dan ibadahku sepanjang Ramadhan ini.

Ramadhan membawa seribu keistimewaan dalam sejarah hidupku, di mana tahun lalu aku disahkan hamil sejajar dengan ketibaan bulan yang penuh barakah ini. Setelah sekian lama menantikan seorang cahaya mata, Allah menunaikan permintaan kami dengan mengurniakan rezeki ini semasa di bulan Ramadhan. Betapa cantiknya aturanMu, Ya Allah! Berita paling gembira dalam bulan yang penuh kesucian. AllahuAkbar...Sungguh indah pengalaman tersebut. Andailah boleh ku putarkan kembali waktu yang berlalu...

Benarlah dengan kenyataan bulan yang penuh rahmat, Ramadhan juga menjanjikan limpah dan kurnian-Nya yang tidak pernah berpenghujung. Cuma kita yang tidak menyedari betapa banyaknya nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Ramadhan memberi peluang untuk kita melipatgandakan ibadah di samping mendapat ganjaran yang sangat tinggi oleh Allah swt. Hanya dengan melakukan kebaikan-kebaikan kecil, Allah menjanjikan pulangan yang mewah untuk hamba-hambaNya. Apatah lagi sekiranya kita mengerjakan ibadah-ibadah yang sememangnya dituntut olehNya. Pastilah berlipat ganda pulangannya. Masya Allah. Betapa beruntungnya kita sebagai hambaNya kerana sangat disayangi Allah!

Azamku untuk terus memperbaiki diri. Terus berusaha menjadi seorang yang terbaik untuk Tuhanku, suamiku, ibu bapaku, anakku, serta menjadi contoh positif kepada pelajar-pelajarku. InsyaAllah. Aku tahu, perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun, aku akan berusaha untuk ke arah itu. InsyaAllah, ada jalannya. :)

Aku hanya seorang insan yang tidak lepas dari melakukan kekhilafan yang berkali-kali setiap hari dalam sedar atau tidak. Sempena Ramadhan yang suci, aku di sini ingin memohon seribu keampunan kepada seluruh keluarga, sahabat handai, rakan taulan, rakan sekerja, dan masyarakat yang mengenali diriku yang penuh kelalaian ini andai kata aku pernah mengguris perasaannya atau sakiti hatinya. Ku pohonkan kemaafan dan semoga kita menjalani kehidupan yang baru tanpa sebarang dendam yang bersarang di hati. InsyaAllah.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita hikmah dan rahmah yang tersendiri. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.

Selamat Beribadah, Salam Ramadhan.

(sumber : Google Images)